Alhamdulillah petang semalam aku dah tunaikan kewajipan bayar zakat fitrah bagi tahun 2013 ni. Lega rasanya bila dah bayar zakat untuk diri dan juga isteri.
Zakat fitrah ni wajib bayar kerana ianya zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Kadar zakat fitrah di Selangor sebanyak RM7.00 bersamaan 2.70 kg beras. Aku bayar untuk 2 orang dengan jumlah RM14.00 tunai.
Aku hampir-hampir terlupa sebenarnya nak bayar zakat fitrah. Nasib baik petang semalam aku singgah Kompleks PKNS Bangi nak keluarkan duit dari mesin ATM. Masuk je pintu Kompleks PKNS nampak ada satu meja kaunter bayar zakat.
Lepas cucuk duit terus aku pergi tunaikan zakat fitrah kat situ. Lebih kurang seminit je semua urusan pembayaran zakat selesai.
Kawasan afdal tunaikan zakat fitrah adalah di kawasan di mana kita mencari rezeki.
Siapa belum bayar zakat fitrah silalah bayar dalam bulan Ramadhan ni. Jangan dilengah-lengahkan sangat takut nanti terlupa pulak.
Mungkin ada yang nak bayar pada waktu paling afdal iaitu sebelum solat sunat Aidilfitri. Tapi kalau tak sempat bayar nanti zakat yang dibayar selepas solat sunat Aidilfitri hanya dikira sebagai sedekah-sedekah biasa.
Dari Ibnu Abbas r.a., bersabda Rasulullah SAW, “Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin.
Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
Tujuan zakat fitrah adalah untuk membantu fakir miskin menyambut Aidilfitri. Adalah lebih afdal membayarnya pada ketika yang hampir dengan Aidilfitri, asalkan sebelum solat sunat Aidilfitri.
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5 iaitu:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal
Sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
3. Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan.
4. Waktu Makruh
Selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
5. Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal. Hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan dengan segera zakat fitrah, dan pada waktu itu ianya dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Jangan terlalu sibuk dengan urusan dunia, tambah-tambah dekat nak sambut hari raya Aidilfitri ni sampai terlupa kewajipan untuk bayar zakat fitrah. Kalau tak bayar hukumnya berdosa.
Lagipun tiada alasan untuk tidak bayar zakat sebab ada banyak kaunter bayar zakat fitrah dah disediakan seluruh Malaysia bagi memudahkan kita menunaikan kewajipan berzakat.
Bayar melalui SMS pun boleh, lagi mudah. Sekarang ni siap ada kaunter zakat fitrah ‘drive thru‘. Pandu kereta lalu kat kaunter drive thru tu untuk bayar zakat, macam pergi beli fast food je. Senang betul!
Semoga zakat fitrah yang telah kita bayar diterima oleh Allah SWT, dan dapat menampung apa-apa kekurangan kita sepanjang bulan Ramadhan ni, serta dapat membantu orang-orang miskin meraikan Aidilfitri bersama-sama dengan penuh gembira dan bahagia.
InsyaAllah..
Siapa dah bayar zakat fitrah angkat tangan… Bagus!!
alhamdulilah, dapat manfaat dan pengetahuan berguna bagi saya
tentang zakat.
terima kaseh
Kepada semua blogger kat luar… contohilah post nie…
walaupun simple.. tapi berisi…
aku bayar zakat kat mydin…elok sediakn kaunter zakat kat tmpat2 tumpuan ni baru senang nak bayar…
Zaman teknologi sekarang. Nak bayar zakat x perlu beratur dh skg . Semua berada di hujung jari, Hihihi :cheerful:
den pun hampir-hampir terlupa. asyik fokus dengan blog je.haha
waktu haram bayar zakat tu.. kena lah cepat2 kita bayor mana yang tak bayor lagi.. =)
zaman skang nie dah senang nak bayar..dekat bazar ramadhan pun dah…sama panjang beratur nak bayar zakat dengan nak beli nasi kukus…hahaha
semoga rezeki semakin bertambah,,, Aminnn,,,
Zakat fitrah adalah perkara yang wajib, harus segera ditunaikan sebelum waktunya habis nie
Terima kasih atas infonya, semoga ilmu anda bisa menjadi amalan yang berkah buat anda
Alhamdulillah..minggu lepas dah sempurnakan zakat ni
bagi yang belum tunaikan ada beberapa hari lagi…
Sudah ditunaikan zakat fitrah minggu lepas.
saya dah bayar zakat anak tunaikan zakat fitrah di Sabah, sebab dia bertugas di sana……
mari sama2 tunaikan kewajipan..kejap je pun urusan bayar zakat..huhu
insyaallah esok saya nak bayar zakat
Alhamdulillah…marilah sama2 kita tunaikan kewajipan
Tahniah bayar awal. Kat Masjid Puchong tahun lepas, warga bangla dan indon pakat tarik tangan amil nak bayar zakat fitrah sedangkan orang dah nak solat raya…bukan indon dan bangla saja, orang kita pun ramai…itulah pedahnya bayar lambat.
Bayar je sehari atau 2 hari sebelum raya. Takde la pagi2 tu sebelum solat raya kelam kabut tarik tangan amil nak bazar zakat fitrah. Masa tu amil pun nak bersiap2 untuk solat raya dah.
alhamdulillah.
aku pun dah sempurnakan minggu lepas. kat pasar malam bangi
Kat pasar malam pun ada? Biasa pergi bayar kat shopping mall je sambil2 beli baju raya..