Alhamdulillah, tadi aku dah bayar zakat fitrah untuk 2 orang (aku dan isteri). Kadar zakat fitrah negeri Selangor RM7.00 sahaja. Aku bayar untuk 2 orang, jadi jumlah perlu bayar hanya RM14.
Rasa lega dapat tunaikan salah satu tuntutan agama Islam ni.
Kewajipan Bayar Zakat Fitrah
Menunaikan zakat fitrah adalah wajib dalam Islam. Mengabaikan bayar zakat fitrah adalah haram dan berdosa di sisi Allah SWT.
Mulanya aku ingat nak bayar zakat fitrah pada waktu wajib atau waktu paling afdhal, tapi takut terlupa pulak nanti. Baik bayar je awal-awal.
Risau juga tak sempat bayar zakat fitrah sebab sekarang tengah sibuk nak pindah rumah sewa baru. Nasib baik sempat.
Juga jangan lupa hulurkan sumbangan kepada Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin bagi membantu penduduk Palestin yang menghadapi peperangan dengan Israel ketika ini.
Semoga Allah memelihara Gaza dan saudara seIslam kita di Palestin.
ramai yg tak tau, sbnrnya suami yg kena bayar zakat utk isteri. tpi ada di kalangan kita, isteri yg bayarkan zakat. so, isteri2 di luar sana.. remindkan husband utk bayarkan zakat.
alhamdulillah, kitorang tak pernah lupa tuk bayar zakat fitrah :D
zakat merupakan tuntutan agama. Setahun sekali je….
assalamualaikum tuan.
Tahniah.. Semoga zakat kita semua sampai ke asnafnya.
Zakat pendapatan dan perniagaan jom sama sama laksanakan.
Alhamdulillah..sejak berkahwin, suami tak pernah lupa nak bayar zakat.
dah bayar zakat hati pun lebih lega dan senang..
sama2lah kita kembali kepada fitrah..asal usul kejadian kita..
bersih sebersih2nya
Alhamdulillah dah settle semua…
Alhamdulillah…. dah selesai minggu pertama lagi…. dan semoga kita permudahkan untuk terus beri sumbangan dan derma untuk hari mendatang…
Alhamdulillah dah selesai bayar zakat jugak. elok jugak bayar awal takut nanti terlupa pulak.
Syukur Alhamdulillah.. Saya dah bayar zakat untuk 5 orang pada minggu lepas dekat surau depan rumah saya…. Bila dah selesai menunaikan kewajipan, lega rasanya…
alhamdulillah … dah tunaikan zakat fitrah juga..tidaklah nanti tergesa gesa nak raya nak mencari amil lagi…
Dua-dua saya dah buat, bayar zakat dan sumbangan kepada Gaza.
Alhamdulillah rasa tenang sekejap :)
ok..dh bayar juga..:D
sekali saja dlm setahun.tak membebankan juga.tp nilai nya tinggi bagi mereka yg memerlukan…:-)
alhamdulillah.. zakat membawa berkat..
Perkara wajib memang kene dilangsaikan…