Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet

Done bayar zakat fitrah secara online. Alhamdulillah..

Tahun-tahun sebelum ni aku biasa bayar zakat online melalui web Zakat Selangor. Kadang-kadang bayar melalui servis MyEG.

Tahun ni aku pilih untuk bayar zakat fitrah guna aplikasi Boost eWallet pula, sebab malas nak login internet banking. Lagipun dalam eWallet tu ada tersimpan duit yang belum digunakan.

Sejak kena duduk rumah sebab PKP, jarang guna eWallet.

Bayar zakat fitrah secara online melalui Boost eWallet

Buat masa sekarang ni, bayar zakat melalui Boost eWallet cuma boleh guna untuk negeri Selangor, Kedah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja. Untuk negeri-negeri lain, kena rujuk lembaga zakat negeri masing-masing.

Masa PKP ni memang disarankan bayar zakat secara online. Aku pun lebih suka bayar online sebab lebih cepat dan mudah. Semudah ABC je.

Bayar Zakat Fitrah Guna Boost eWallet

Untuk bayar zakat guna Boost eWallet, cuma perlu buka aplikasi Boost kat telefon bimbit. Lepas tu akan nampak butang tertulis Zakat. Tekan je butang tu.

Kemudian, tekan Add New Zakat Account dan pilih jenis zakat yang nak dibayar (Zakat Fitrah).

Bayar zakat fitrah guna Boost eWallet
Pilih Lembaga Zakat Selangor (Zakat Fitrah)
Nota: Bayar zakat guna Boost eWallet tak dapat Boost Coins. Shake Rewards, Level Up dan Missions tak dikira. Jangan tersalah niat pula. Bayar zakat bukan sebab nak dapatkan coins.

Selepas dah pilih jenis zakat yang nak dibayar, tekan + pada akaun zakat tu dan isi nombor kad pengenalan.

Kemudian isi nama penuh, nombor telefon, pilih harga beras, dan nak bayar untuk berapa orang.

Zakat fitrah harga beras

Bayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan.

Harga Beras

RM7.00
Beras Super Special Tempatan

RM14.00
Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Ponni, Beras Wangi

RM21.00
Beras Jepun, Beras Merah, Beras Basmathi

 
Selesai isi semua maklumat tu, tekan butang Save and Pay Zakat dan masukkan PIN akaun Boost. Bayaran akan ditolak dari baki duit yang ada di dalam eWallet.

Bila dah berjaya buat bayaran, aplikasi Boost akan paparkan status “SUCCESS” seperti dalam gambar di bawah ni.

Bayaran zakat fitrah guna Boost eWallet

Boost juga akan hantar resit bayaran zakat tu ke alamat email yang didaftarkan.

Lembaga Zakat Selangor akan keluarkan resit atau penyata rasmi dalam tempoh 48 jam dari tarikh bayaran zakat dibuat melalui Boost eWallet. Nak dapatkan penyata bayaran zakat tu boleh login sistem ezakatONLINE dan lihat “Rekod Bayaran”.

Siap! Itu saja cara bayar zakat fitrah guna aplikasi Boost eWallet. Sangat mudah!

Korang dah bayar ke belum zakat fitrah? Jangan lupa kewajipan untuk bayar zakat ya.. Bayar awal senang sikit. Takut nanti terlupa pulak.
 

One comment

  1. Dah hanis ramadhan baru tahu boleh guna boost, mudah sangat rupanya. Boleh kot nak cuba tahun depan

Leave a Comment