Yasmin Ahmad Meninggal Dunia

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia“. Satu berita gempar yang menyedihkan buat negara dan juga rakyat Malaysia.

Yasmin Ahmad, seorang pengarah filem dan juga penulis skrip yang berbakat besar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.25 malam tadi, 25 Julai 2009.

Allahyarhamah Yasmin Ahmad dikatakan meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar.

yasmin_ahmad

Filem yang dihasilkan oleh beliau sering menimbulkan kontroversi dan dikritik sebab memaparkan adegan-adegan yang berlawanan dengan hadis dan ajaran Islam, seperti mencukur kepala wanita, sedangkan perbuatan itu dilarang sama sekali bagi wanita walaupun sebagai ibadah, seperti selesai mengerjakan haji.

Hal-hal macam tu aku tak berani nak cakap lebih-lebih pasal ilmu aku tentang agama ni pon tak berapa nak lengkap. Aku serahkan pada yang lebih tahu je.

Tapi aku suka filem-filem dia sebab banyak mesej yang dia berjaya sampaikan. Pendek kata, beliau memang hebat lah.

Beberapa hari sebelum kejadian iaitu pada 23 Julai 2009 yang lalu, Allahyarhamah Yasmin Ahmad dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta setelah diserang angin ahmar pada kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.

Beliau berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K apabila beliau dilaporkan tidak sihat dan menghadapi masalah kesukaran bernafas.

Beliau kemudiannya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya stabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.

Info Ringkas Tentang Yasmin Ahmad

  • Anak kelahiran Muar, Johor
  • photo yasminBerkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.
  • Pernah bekerja sebagai trainee banker selama 2 minggu pada tahun 1982, seterusnya bekerja di IBM sebagai wakil pemasaran, sementara pada waktu malam bekerja sebagai penyanyi blues dan pemain piano.
  • Memulakan kerjaya dalam bidang pengiklanan di Ogilvy & Mather
  • Merupakan seorang Pengarah Kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur
  • Dikenali melalui iklan-iklan Petronas

Filem-Filem Yasmin Ahmad

  1. Rabun (2003)
  2. Sepet (2004)
  3. Gubra (2006)
  4. Mukhsin (2007)
  5. Muallaf (2008)
  6. Talentime (2009)

Commercial/Iklan

  1. Petronas TV Commercial (sempena Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan Hari Kebangsaan)
  2. Yuzy (2000) Kempen Keselamatan Jalan Raya Petronas
  3. Vas Dentures (2000) Celcom
  4. Tan Hong Ming In Love (2007) Iklan Petronas sempena Hari Merdeka
  5. Family (2008) untuk Kementerian Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan Singapore
  6. Funeral (2009) untuk Kementerian Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan Singapore

Anugerah dan Penamaan Calon

  • Malaysia Video Awards for Best Director (1999) – Forgiving Petronas commercial
  • Association of Accredited Advertising Agents Malaysia’s Golden Kancil Award for Best Advertising Agency (1999/2000)
  • Malaysia Video Awards silver award for Best Scriptwriting (2000) – Yuzy Petronas Road Safety Campaign
  • Malaysia Video Awards bronze award for Best Scriptwriting (2000) – Vas Dentures Celcom
  • Malaysian Film Festival awards for Most Original Story and Best Film (2005) – Sepet
  • Malaysia Film Festival awards for Best Screenplay and Best Film (2006) – Gubra
  • Berlin International Film Festival Grand Prix award by the Kinderfilmfest International Jury and Generation K-Plus Crystal Bear Special Mention (2007) – Mukhsin

Semoga beliau ditempatkan di kalangan manusia yang beriman dan bertakwa. Amin..

28 Comments

  1. “Perginya seorang penglipurlara”

    Itulah kata orang dan kata kita.

    *Layan lagu Pergi – Aizat.
    .-= Post terbaru ImranAbdulJabar di blog beliau.. Satu Pergi dan Masih Ramai Lagi Yang Datang =-.

  2. karya2 dia terbaekkk.
    iklan2 petronas yg dia buat pun semua best kan.
    lepas ni dah xde dah laa hasil kerja dia :|
    .-= Post terbaru julietANNA di blog beliau.. Ohh My New Home-Part1 =-.

  3. ade org ckp yg Yasmin Ahmad ni dulunye lelaki..
    i terbace dr blog org lain..x brani la nk ckp bukan2 tp dlm blog die ade pic Yasmin mase die lelaki..ce tgk kat blog mamat ni..
    http://fiq-life.blogspot.com/
    .-= Post terbaru jane di blog beliau.. Akhirnya… =-.

    • @jane,
      dalam paper pn dah kuar kisah beliau dulunye lelaki..
      apa2 pn, biar laa.. org dah xde kn.. jgn disebut2 dah..
      x baek.. biarkn die pegi dgn tenang..

  4. Movie arahannya aku x layan sangat, sebab x paham…lagipun aku x suka film drama2 ni…sakit kepala nk pk… :tongue:

    Apepun…Al-Fatihah untuk Allahyarhamah…
    .-= Post terbaru aktechpage.com di blog beliau.. 1 Minggu Yang Meletihkan =-.

  5. al-fatihah..
    aku terkejut gak bila dengar dia dah meninggal..
    mula-mula dengar dah stabil..
    tapi ajal dia sampai gak.
    memang pengarah yang hebat
    .-= Post terbaru -Ring 0- di blog beliau.. Michael Jackson – You are not alone =-.

    • @-Ring 0-,
      Lepas aku publish entri ni, henpon aku bertalu2 smpai msg bgtau yasmin ahmad dah xde.. nombor yg aku x kenal pn anta msg gak.. memang kuat btol pengaruh die ek..

  6. dah lama tak masuk sini..
    blog abg anarm dah lawa giler dah…
    huhu..
    review pasal yasmin ahmad..
    igt ya sahabat?!
    kematian itu pasti!!
    :cool: :cool:
    .-= Post terbaru Jaws di blog beliau.. Rahsia Berhenti Merokok =-.

      • @Anarm, gravatar ko ag lawa..
        tadi aku igt YM aku ade awek baru..
        sekali aku tgk ko rupanya..
        hahaha..
        nyesal aku usha..
        awek ko tak marah ke ko letak gravatar ni?
        hahaha.
        .-= Post terbaru Jaws di blog beliau.. Rahsia Berhenti Merokok =-.

        • @Jaws,
          hahaha.. patut la tiba2 muncul kt sini..
          berjaya gak nmpknye strategy aku..
          keh keh.. blaja ngn ko la ni.. :whistle:

          awek aku tak tau aku pkai gmbr awek..
          syyhh!! diam.. diam :pouty:

  7. hype!…

    sdehnyer..
    inalilah wailaihirajiuunn..
    smoga rohnya dicucuri rahmat..

    antara penulis skrip yg paling besh. :ermm:
    .-= Post terbaru Alia di blog beliau.. People Change =-.

  8. innalillah.. dan al-fatihah…
    aku pon dapat tahu semalam. tapi tak blog pon.
    semoga rohnya ditempatkan dalam golongan mukminin.

    P/S: kemas layout hang.. series lawaa~ :w00t:

    • @Kreuger,
      Al-Fatihah.. insyaallah..

      P/S: ye ek? kemas ek? hehe.. nk load berat x?
      aku masuk rasa berat giler..
      atau mungkin meksis aku ni yg punca lembab..
      hmmm.. :ermm:

Leave a Reply