AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Informasi » Yasmin Ahmad Meninggal Dunia

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia

26/07/2009 Anarm 28 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Yasmin Ahmad

“Yasmin Ahmad Meninggal Dunia“. Satu berita gempar yang menyedihkan buat negara dan juga rakyat Malaysia.

Yasmin Ahmad, seorang pengarah filem dan juga penulis skrip yang berbakat besar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.25 malam tadi, 25 Julai 2009. Allahyarhamah Yasmin Ahmad dikatakan meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar.

Filem yang dihasilkan oleh beliau sering menimbulkan kontroversi dan dikritik sebab memaparkan adegan-adegan yang berlawanan dengan hadis dan ajaran Islam, seperti mencukur kepala wanita, sedangkan perbuatan itu dilarang sama sekali bagi wanita walaupun sebagai ibadah, seperti selesai mengerjakan haji.

Hal-hal macam tu aku tak berani nak cakap lebih-lebih pasal ilmu aku tentang agama ni pon tak berapa nak lengkap. Aku serahkan pada yang lebih tahu je.

Tapi aku suka filem-filem dia sebab banyak mesej yang dia berjaya sampaikan. Pendek kata, beliau memang hebat lah.

Beberapa hari sebelum kejadian iaitu pada 23 Julai 2009 yang lalu, Allahyarhamah Yasmin Ahmad dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta setelah diserang angin ahmar pada kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.

Beliau berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K apabila beliau dilaporkan tidak sihat dan menghadapi masalah kesukaran bernafas.

Beliau kemudiannya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya stabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.

ISI KANDUNGAN hide
1 Info Ringkas Tentang Yasmin Ahmad
2 Filem-Filem Yasmin Ahmad
3 Commercial/Iklan
4 Anugerah dan Penamaan Calon

Info Ringkas Tentang Yasmin Ahmad

  • Anak kelahiran Muar, Johor
  • photo yasminBerkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.
  • Pernah bekerja sebagai trainee banker selama 2 minggu pada tahun 1982, seterusnya bekerja di IBM sebagai wakil pemasaran, sementara pada waktu malam bekerja sebagai penyanyi blues dan pemain piano.
  • Memulakan kerjaya dalam bidang pengiklanan di Ogilvy & Mather
  • Merupakan seorang Pengarah Kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur
  • Dikenali melalui iklan-iklan Petronas

Filem-Filem Yasmin Ahmad

  1. Rabun (2003)
  2. Sepet (2004)
  3. Gubra (2006)
  4. Mukhsin (2007)
  5. Muallaf (2008)
  6. Talentime (2009)

Commercial/Iklan

  1. Petronas TV Commercial (sempena Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan Hari Kebangsaan)
  2. Yuzy (2000) Kempen Keselamatan Jalan Raya Petronas
  3. Vas Dentures (2000) Celcom
  4. Tan Hong Ming In Love (2007) Iklan Petronas sempena Hari Merdeka
  5. Family (2008) untuk Kementerian Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan Singapore
  6. Funeral (2009) untuk Kementerian Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan Singapore

Anugerah dan Penamaan Calon

  • Malaysia Video Awards for Best Director (1999) – Forgiving Petronas commercial
  • Association of Accredited Advertising Agents Malaysia’s Golden Kancil Award for Best Advertising Agency (1999/2000)
  • Malaysia Video Awards silver award for Best Scriptwriting (2000) – Yuzy Petronas Road Safety Campaign
  • Malaysia Video Awards bronze award for Best Scriptwriting (2000) – Vas Dentures Celcom
  • Malaysian Film Festival awards for Most Original Story and Best Film (2005) – Sepet
  • Malaysia Film Festival awards for Best Screenplay and Best Film (2006) – Gubra
  • Berlin International Film Festival Grand Prix award by the Kinderfilmfest International Jury and Generation K-Plus Crystal Bear Special Mention (2007) – Mukhsin

Semoga beliau ditempatkan di kalangan manusia yang beriman dan bertakwa. Amin..

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Informasi Keyword : gubra, international film, leo burnett, muallaf, mukhsin, sepet, talentime, yasmin ahmad

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
AnarmNet Kini Berpenampilan Baru
Next article:
Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

28 Comments

  1. ImranAbdulJabar says

    29/07/2009 at 4:24 PM

    “Perginya seorang penglipurlara”

    Itulah kata orang dan kata kita.

    *Layan lagu Pergi – Aizat.
    .-= Post terbaru ImranAbdulJabar di blog beliau.. Satu Pergi dan Masih Ramai Lagi Yang Datang =-.

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2009 at 9:15 PM

      @ImranAbdulJabar,
      penglipur lara ek? huhuu..
      xde dh laa iklan best2 pasni..
      afdlin shauki lak kot ambik alih keje2 buat iklan.

      Reply
  2. julietANNA says

    29/07/2009 at 3:03 AM

    karya2 dia terbaekkk.
    iklan2 petronas yg dia buat pun semua best kan.
    lepas ni dah xde dah laa hasil kerja dia :|
    .-= Post terbaru julietANNA di blog beliau.. Ohh My New Home-Part1 =-.

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2009 at 6:47 AM

      @julietANNA,
      yup.. best iklan2 die buat..
      hope ade yg berfikiran mcm die..
      baru la best skit industri hiburan kite ni..
      :happy:

      Reply
  3. jane says

    28/07/2009 at 5:28 PM

    ade org ckp yg Yasmin Ahmad ni dulunye lelaki..
    i terbace dr blog org lain..x brani la nk ckp bukan2 tp dlm blog die ade pic Yasmin mase die lelaki..ce tgk kat blog mamat ni..
    http://fiq-life.blogspot.com/
    .-= Post terbaru jane di blog beliau.. Akhirnya… =-.

    Reply
    • Anarm says

      28/07/2009 at 7:28 PM

      @jane,
      dalam paper pn dah kuar kisah beliau dulunye lelaki..
      apa2 pn, biar laa.. org dah xde kn.. jgn disebut2 dah..
      x baek.. biarkn die pegi dgn tenang..

      Reply
  4. aman says

    28/07/2009 at 2:12 PM

    takziah bagi keluarganya. :sad:

    Reply
    • Anarm says

      28/07/2009 at 4:45 PM

      @aman,
      R.I.P yasmin ahmad.. :sad:

      Reply
  5. aktechpage.com says

    28/07/2009 at 7:28 AM

    Movie arahannya aku x layan sangat, sebab x paham…lagipun aku x suka film drama2 ni…sakit kepala nk pk… :tongue:

    Apepun…Al-Fatihah untuk Allahyarhamah…
    .-= Post terbaru aktechpage.com di blog beliau.. 1 Minggu Yang Meletihkan =-.

    Reply
    • Anarm says

      28/07/2009 at 4:44 PM

      @aktechpage.com,
      Al-Fatihah

      Reply
  6. -Ring 0- says

    27/07/2009 at 3:58 PM

    al-fatihah..
    aku terkejut gak bila dengar dia dah meninggal..
    mula-mula dengar dah stabil..
    tapi ajal dia sampai gak.
    memang pengarah yang hebat
    .-= Post terbaru -Ring 0- di blog beliau.. Michael Jackson – You are not alone =-.

    Reply
    • Anarm says

      27/07/2009 at 4:29 PM

      @-Ring 0-,
      Lepas aku publish entri ni, henpon aku bertalu2 smpai msg bgtau yasmin ahmad dah xde.. nombor yg aku x kenal pn anta msg gak.. memang kuat btol pengaruh die ek..

      Reply
  7. bujang susah says

    27/07/2009 at 1:24 PM

    innalillahiwainnalillahirajiun..

    Reply
    • Anarm says

      27/07/2009 at 4:25 PM

      @bujang susah,
      Al-Fatihah~

      Reply
  8. setari says

    27/07/2009 at 2:21 AM

    Al Fatihah. Aku suka jugak karya beliau walaupun ada ketika aku x faham dan terpaksa tengok 2 kali :) tapi aku x boring tengok sepet. Hehehe. :heart:
    .-= Post terbaru setari di blog beliau.. Chicken Gordon Bleu =-.

    Reply
    • Anarm says

      27/07/2009 at 4:25 PM

      @setari,
      Sepet best..

      Reply
  9. Jaws says

    26/07/2009 at 6:02 PM

    dah lama tak masuk sini..
    blog abg anarm dah lawa giler dah…
    huhu..
    review pasal yasmin ahmad..
    igt ya sahabat?!
    kematian itu pasti!!
    :cool: :cool:
    .-= Post terbaru Jaws di blog beliau.. Rahsia Berhenti Merokok =-.

    Reply
    • Anarm says

      26/07/2009 at 7:57 PM

      @Abg Jaws,
      lawa ek? mekasih..
      gravatar aku lawa x?
      :whistle:

      Reply
      • Jaws says

        26/07/2009 at 8:10 PM

        @Anarm, gravatar ko ag lawa..
        tadi aku igt YM aku ade awek baru..
        sekali aku tgk ko rupanya..
        hahaha..
        nyesal aku usha..
        awek ko tak marah ke ko letak gravatar ni?
        hahaha.
        .-= Post terbaru Jaws di blog beliau.. Rahsia Berhenti Merokok =-.

        Reply
        • Anarm says

          26/07/2009 at 8:20 PM

          @Jaws,
          hahaha.. patut la tiba2 muncul kt sini..
          berjaya gak nmpknye strategy aku..
          keh keh.. blaja ngn ko la ni.. :whistle:

          awek aku tak tau aku pkai gmbr awek..
          syyhh!! diam.. diam :pouty:

          Reply
  10. Alia says

    26/07/2009 at 2:02 PM

    hype!…

    sdehnyer..
    inalilah wailaihirajiuunn..
    smoga rohnya dicucuri rahmat..

    antara penulis skrip yg paling besh. :ermm:
    .-= Post terbaru Alia di blog beliau.. People Change =-.

    Reply
    • Anarm says

      26/07/2009 at 5:41 PM

      @Alia,
      innalillah.. sama2 kita doakan utk org yg dah tiada..

      Reply
  11. Kreuger says

    26/07/2009 at 1:57 PM

    innalillah.. dan al-fatihah…
    aku pon dapat tahu semalam. tapi tak blog pon.
    semoga rohnya ditempatkan dalam golongan mukminin.

    P/S: kemas layout hang.. series lawaa~ :w00t:

    Reply
    • Anarm says

      26/07/2009 at 5:39 PM

      @Kreuger,
      Al-Fatihah.. insyaallah..

      P/S: ye ek? kemas ek? hehe.. nk load berat x?
      aku masuk rasa berat giler..
      atau mungkin meksis aku ni yg punca lembab..
      hmmm.. :ermm:

      Reply
  12. army4war says

    26/07/2009 at 1:43 PM

    beliau memang sangat2 berbakat.. aku suka semua karya beliau..

    semoga beliau dicucuri rahmat.. AMIN
    .-= Post terbaru army4war di blog beliau.. Perginya Seorang Yasmin Ahmad =-.

    Reply
    • Anarm says

      26/07/2009 at 5:36 PM

      @army4war,
      yup.. sgt2 berbakat..
      aku pon suke karya2 beliau..
      filem.. commercial.. sgt menarik..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy