Xiaomi Redmi Note 4G Pengganti Lenovo S930 Yang Dah Rosak

Baru-baru ni phone Lenovo S930 aku mula buat perangai. Caj bateri tak penuh-penuh. Terpaksa cucuk powerbank setiap masa. Kalau tak nanti phone terpadam lepas tu susah nak hidupkan balik.

Bateri powerbank pun sampai dah habis guna tapi bateri phone tak penuh-penuh jugak.

Kadang-kadang dia hang masa tengah guna. Kadang-kadang jugak dia restart sendiri.

Sakit hati betul. Masa tengah guna atau bila tengah taip ayat panjang-panjang time tu la dia nak hang atau restart tiba-tiba.

Smartphone Lenovo S930 rosak
Smartphone Lenovo S930 yang dah rosak. Gambar ni masa hari pertama beli.

Memikirkan keperluan kerja yang mendesak untuk guna phone, terpaksa aku beli smartphone baru.

Lenovo S930 yang bermasalah tu nanti nak hantar repair kat kedai. Harap-harap boleh guna lagi. Jadi phone kedua la kalau dapat repair.

Nak beli phone baru pun susah jugak nak buat pilihan nak beli phone apa. Siap tanya di Facebook minta kawan-kawan tolong bagi cadangan atau pendapat phone apa yang bagus.

Tapi kena pilih ikut bajet jugak. Sejak bekerja sendiri ni income masih tak menentu. Kena sentiasa kira bajet untuk berbelanja.

Antara smartphone yang kawan-kawan cadangkan – ASUS Zenfone, Huawei, Oppo, Blackview Alife 1 (tak pernah tahu pasal phone ni), Lenovo Viber Shot, LG G4, dan Xiaomi.

Lepas buat survey di internet, aku pilih beli phone Xiaomi sebab ramai kawan yang rekomen dan aku pun memang dah berkenan dengan smartphone Xiaomi dari dulu lagi.

Sempat survey 2 buah kedai je hari tu. Nak bandingkan harga je pun. Tengok macam takde beza sangat.

Aku beli phone Redmi Note kat kedai iD Wholesale Smartphone dekat Ampang Point. Beli AP set je murah sikit. Huhu. Tapi setakat ni performance tip top.

iD Wholesale Smartphone, Ampang Point

Patut la budak-budak sekarang ramai pakai smartphone yang canggih-canggih. Smartphone sekarang ni dah banyak yang harga mampu milik, kan?

Xiaomi Redmi Note 4G

Aku beli phone Xiaomi Redmi Note 4G. Alhamdulillah, setakat ni aku guna ok je, tak timbul apa-apa masalah.

Kamera terbaik (13MP belakang, 5MP depan), gambar cantik. Bateri tahan lama jugak. Cas bateri pun sekejap je dah penuh. Bateri pulak dapat bertahan 2-3 hari.

Dengan cara penggunaan aku yang agak ‘hardcore’ ni, bateri tahan 2 hari memang dah cukup bagus. 3 hari tu kalau tak guna sangat.

Cuma interface MIUI je yang buat rasa kekok sikit masa awal-awal guna. Walaupun dah pernah guna MIUI kat phone Lenovo S930 sebelum ni.

Tapi sekarang dah ok dah.

Xiaomi Redmi Note 4G Dual SIM

Xiaomi Redmi Note 4G
Xiaomi Redmi Note 4G baru buka kotak (unboxing)

Redmi Note ni pun senasib dengan phone-phone Android yang pernah aku guna sebelum ni.

Dah kena root dah. Lepas beli, balik rumah terus root. Haha.

Aku memang suka root phone Android sebab bila dah root banyak benda boleh buat. Contohnya boleh try custom ROM, boleh buang aplikasi-aplikasi yang takde kegunaan sangat yang tak boleh buang tanpa akses root.

Biasanya aplikasi yang dah siap install dari kilang. Aplikasi-aplikasi tu walaupun tak guna, proses dia sentiasa berjalan. Dah la makan ruang storage, memori dan ada jugak yang guna data mobile.

Siapa guna smarphone Android, silalah root phone korang kalau nak lagi best. Sebarang kerosakan tanggung sendiri. Hehe.

Redmi Note ni entah phone aku yang ke berapa aku pun tak ingat. Banyak kali dah tukar-tukar phone. Harap-harap phone Xiaomi Redmi Note 4G ni dapat bertahan lama.

Siapa guna phone Redmi Note jugak, boleh la kongsi-kongsi info dan tips sikit ye.

47 Comments

  1. Redmi note kemang terbaik. Memang betul, bateri mampu bertahan selama 2-3 hari kalau penggunaan data tak banyak. aku pakai redmi note guna wifi 24 jam, bateri boleh tahan sehari. esoknya baru charge bateri balik.

    Cuma skang tengah cari info nak root je. hehehe.

  2. Semalam baru jer beli Xiomi redmi note 3… tapi balik rumah search internet baru tahu yang beli tu clone punya… terkecewa… sebab isteri guna yang ori memang berbaloi.. tahan lama… kotak pun dah lain… kalau xiomi ori kotak di coklat…

  3. Xiaomi brand dia ok rasanya, quality elok skit dari lenovo. Den pakai android ni sampai skang tak berani nak root. Takut tak dapat update :D

    • Kalau dah root boleh unroot balik. Biasanya bila dah root memang tak dapat update android version. Tapi boleh je download file update lepas tu flash.

  4. Memang baik phone ini, saya dapatkan phone ini sebagai hadiah cenderahati daripada pembekal setia saya di china. Spesifikasi phone ini antara tertinggi di pasaran.

  5. Saya guna Xiaomi memang terbaik… Tak pernah ada masalah berbanding smartphone jenama terkenal sebelum ni. Murah tapi sangat berbaloi2.

    • Saya pun rasa phone Xiaomi ni lagi ok daripada phone jenama2 terkenal yang pernah guna sebelum ni..

      Smartphone jenama terkenal harga mahal.. Itupun sebab jenama je yang buat harga jadi mahal.. Padahal specs lebih kurang sama je dengan model2 yang harga lebih murah..

  6. assalam..
    boss boleh share brapa lama jangka hayat fon yg sebelom ni (lenovo) pakai sampai problem..?
    dan boss kata dah bnyk pakai fon seblom2 tu, brapa lama gak average jangka hayat fon2 seblom tu..?

    average elektronik gadget dlm 2 tahun problem laa.. tu yg saya biasa kne..

    t.kasih

    • Average lebih kurang macam tu lah.. Tapi,
      bergantung pada cara guna dan cara jaga jugak..
      Kalau jaga elok, boleh tahan lama sikit..

  7. Pakai handphone baru rasa lebih bersemangat untuk pekerjaan. Bateri handphone kalau nak tahan lama pastikan tidak banyak sangat apps yang dipasang (banyak apps dan sentiasa aktif).

    • Betul tu.. Tapi kalau banyak apps takde masalah sangat, cuma kena pastikan apps tu proses dia tak sentiasa aktif.. Nak guna baru aktifkan.. Offkan atau disable dia punya background process..

    • Setiap phone yg jual kat kedai ada kelas2 dia..

      – Original / Tulen
      – AP (Approve Products)
      – Refurbish / Recond (repair, jual balik)
      – Clone (cetak rompak)

      AP set harga lebih murah dari original.. Yang kat web rasmi Xiaomi tu original.. Harga dah tetap dari pengeluar.. AP set kedai yg tetapkan harga.. dan berbeza dari segi warranty..

      Original set warranty dgn pengeluar (Samsung, Xiaomi, Lenovo, Asus, etc).. Dijual oleh ejen2 sah yang dilantik pengeluar tu sendiri..

      AP set pulak warranty dgn penjual (kedai).. Kedai / syarikat tu mungkin import sendiri phone tu dari luar negara.. Tapi oleh sebab dia bukan ejen sah yang dilantik, jadi phone tu dikira AP set, tak boleh tuntut warranty dgn pengeluar, warranty cuma dgn kedai yg menjual tu je..

      Ada banyak lagi penerangan tentang kelas2 phone ni.. Boleh cuba search kat Google..

      Kena ambil tahu semua tu supaya tak tersalah beli phone.. Masa nak beli tu kedai mungkin akan cakap set original, tapi sebenarnya AP set ataupun mungkin Clone.. Hati-hati.. Ramai dah yang tertipu sebab tak tahu tentang ni..

      • Oooo.. Faham2.. Sy sekarang tgh cari xiaomi jugak… Rupanya mmg kena beli online.huhu. susah la nk beli.. Btw so far okay x hp ni? Sekarang ni tgh fikir nk beli redmi note 4g @ Mi4i. T.T

    • Cara root ikut model phone.. Lain model phone, lain cara nak root.. Boleh cuba google.. Ada banyak tutorial kat internet.. Tinggal berani atau tak berani je nak buat tu..

  8. Setuju bila pakai android phone elok root. Macam2 boleh buat.

    Saya tak pakai Xiaomi. Adik saya ada pakai. Tapi dia tak rootlah. :-)

    • Itu yang aku rasa best phone Xiaomi Redmi Note ni.. Caj kejap je penuh.. Bila guna, tahan 2 hari.. Memang terbaik.. Dah takyah bawak powerbank gi mana2.. Setakat keluar gi event 1 hari tu takde hal.. Balik rumah phone masih ada power lagi..

  9. aku punya pun jadi camtu, tapi lepas aku tukar bateri baru, ok je, takde masalah pun..sampai tukar handphone terus..ahaa..erm..jeles jeles..:P

    • Sila jeles.. Haha.. Sebab nak guna phone sangat2 tu yang beli baru terus.. Kebetulan ada duit lebih masa tu.. Alhamdulillah..

      Ko pun pakai Lenovo S930 jugak kan? Aku pun rasa masalah bateri.. Tak pun charging port dia rosak.. Memang tu je rasanya problem Lenovo S930.. Nanti try tukar bateri..

      • hai assalamualaikum..
        saya guna lenovo s939 dah setahun lebih, banyak kali dh jatuh tp still ok,
        cuma sekarang ni, selalu je apps yang auto download..penat nak delete..dh try setting tuk block auto download tapi masih jadi jugak..pastu hang jugak..apps bukan-bukan di instal jugak dengan sendiri…

    • Betul tu.. Banyak smartphone buatan China sekarang ni.. Harga murah-murah sampai tak tahu nak pilih yang mana.. Takut tersalah beli je.. Nasib baik ada kawan2 boleh tanya pendapat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *