AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Movie » World War Z Filem Zombie Mendebarkan

World War Z Filem Zombie Mendebarkan

03/07/2013 Anarm 23 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Hari Isnin lepas aku pergi tengok wayang cerita World War Z dengan wife aku.

Cerita yang dibintangi oleh Brad Pitt, Mireille Enos, Fana Mokoena, Daniella Kertesz, James Badge Dale, Matthew Fox dan David Morse ni (aku kenal Brad Pitt sorang je) sangat menarik dan mendebarkan dengan penuh aksi zombie yang menyerang secara ganas.

world war z review filem

Sepanjang jalan cerita ada banyak babak zombie mengejar orang awam dan menggigit. Lebih kurang 10 saat lepas tu orang yang digigit tadi akan bertukar menjadi zombie dan menggigit orang lain pulak.

Zombie dalam movie World War Z ni jadi macam tu akibat virus.

Sinopsis Filem World War Z

Gerry Lane (Brad Pitt) merupakan seorang bekas penyiasat UN diperlukan untuk tugas menyiasat virus yang menjadi punca serangan zombie.

Oleh kerana kepakarannya menyiasat semasa bertugas untuk UN, bantuan Gerry diperlukan bagi membantu Dr. Andrew Fassbach (pakar virus) dalam misi mencari sumber asal virus tersebut.

Gerry dan beberapa orang yang ditugaskan untuk misi tersebut memulakan penyiasatan di pangkalan tentera di Korea Selatan. Mereka diserang zombie ketika sampai kat sana.

Di situ, Gerry dapat tahu zombie-zombie tu tertarik kepada BUNYI. Bila terdengar bunyi, zombie tu akan terus bertindak liar dan menyerang.

world war z south korea

Penyiasatan di Korea Selatan tak mendapat apa-apa hasil, tapi ada sumber maklumat yang diperoleh daripada seorang bekas CIA yang dipenjarakan di situ akhirnya membawa Gerry dan pasukannya ke Israel.

Di Israel, situasi tenang akhirnya bertukar menjadi huru-hara akibat serangan zombie yang mengganas kerana penduduk yang berada dalam kawasan tembok Israel membuat bising.

Zombie yang tertarik dengan bunyi tu berjaya memanjat tembok Israel yang tinggi dan menyerang habis-habisan.

world war z zombie israel

world war z plane

Gerry berjaya selamatkan diri bersama seorang tentera wanita Israel dengan menaiki pesawat tapi malangnya ada zombie jugak dalam pesawat tu. Pesawat yang dinaiki pun terhempas dan terbakar. Lepas tu…

Korang pergi la tengok sendiri movie World War Z ni di pawagam. Haha. Kalau aku cerita semua nanti tak best pulak korang nak layan movie ni.

world war z research lab

world war z gerry lane

Filem World War Z ni memang banyak babak saspen sampai aku tengok pun rasa berdebar-debar. Zombie tu laju betul kejar orang. Pintu ke dinding ke diorang main langgar je semasa tengah mengejar.

Berapa bintang untuk movie World War Z ni? Aku bagi 4/5 bintang rasanya cukup kot..

P/S: Banyak pula movie best keluar sekarang ni. Movie seterusnya aku nak tengok, “The Lone Ranger” lakonan aktor kegemaran aku – Johnny Depp.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Movie Keyword : brad pitt, korea selatan, movie gsc alamanda, review world war z, tentera wanita, world war z, world war z israel, zombie virus

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Majlis Ramah Mesra Presiden PPj bersama Rakan Media
Next article:
Kad Perakuan Nikah

23 Comments

  1. Zuan says

    13/07/2013 at 8:28 PM

    filem ni sangat best. Aku tak paham kenapa ramai kata kurang best.. :lol:

    p.s apa kata layan skali filem pacific rim, walaupun sedikit mengecewakan, tapi boleh layan la

    Reply
  2. Rina says

    05/07/2013 at 3:09 PM

    Salah satu film terbaik di tahun 2013 nie, patut tuk di tonton :wink:

    Reply
  3. Melastik Bintang says

    04/07/2013 at 5:42 PM

    hari sabtu ni baru aku nak pergi tengok..kelewatan sikit…

    Reply
  4. Ibu Mifzal Arsyad says

    04/07/2013 at 9:43 AM

    dah tgk juga..boleh tahan jg ceritanya..

    Reply
  5. sukma says

    04/07/2013 at 9:13 AM

    best sangat ke citer nie….dah lama tak ke panggung…..

    Reply
  6. Jimie SC says

    04/07/2013 at 3:24 AM

    tula..ramai jgk yg ckp citer nie best..donlod je la nti..huhuhu…

    Reply
  7. Faizal Fredley says

    04/07/2013 at 12:18 AM

    memang mendebarkan…tp filem ni ada unsur2 hina islam…..

    Reply
  8. akubiomed says

    04/07/2013 at 12:14 AM

    Filem bertema Zombie ini menjadi pilihan pengarah Hollywood.

    Reply
  9. Bidadari says

    03/07/2013 at 11:49 PM

    Kena tengok gak ni. Banyak betul cerita yang ada zombie ni. Kat Malaysia pun ada zombie huhu

    Reply
  10. Shahrul says

    03/07/2013 at 12:58 PM

    macam tertarik pulak nak pegi tengok

    Reply
  11. reezluv says

    03/07/2013 at 12:34 PM

    member aku kata cite ni lawak..betui ke? :P

    Reply
    • Anarm says

      03/07/2013 at 1:24 PM

      Ha’ah.. Lawak pun ada.. Tengok zombie rasa kelakar, tak takut langsung.. Haha..

      Reply
  12. titan says

    03/07/2013 at 12:14 PM

    dem la. aku tak tengok lagi ni..

    Reply
    • Anarm says

      03/07/2013 at 1:23 PM

      Mesti lu malas nak gi tengok kat panggung wayang, kan?

      Reply
  13. puanbee says

    03/07/2013 at 11:36 AM

    alaa suka cerita zombie2 , tp anak2 tk boleh tgk .. nanti jd penakut plak .. :cheerful:

    Reply
    • Anarm says

      03/07/2013 at 1:21 PM

      Zombie dia tak nampak jelas sangat sebab dia gerak laju.. Kejar orang pun laju giler.. Cuma dekat2 ending cerita baru banyak sikit tunjuk zombie.. Tapi tak menakutkan sangat.. Rasa kelakar ada laa tengok muka zombie tu.. Hehe..

      Reply
      • puanbee says

        03/07/2013 at 2:31 PM

        ye ke ? tunggu keluar di astro first .. haha kalau ada la ..

        Reply
  14. KiD says

    03/07/2013 at 11:01 AM

    humang aih…. 4/5 bintang ko kasi.. cam best je nih….

    Reply
    • Anarm says

      03/07/2013 at 11:25 AM

      Sebelum layan movie World War Z aku tengok dulu rating filem ni kat web Rotten Tomatoes.. Rating audience kat situ yang buat rasa tertarik nak pergi tengok.. Ternyata tak menghampakan.. Memang best movie ni..

      Reply
  15. Jardness says

    03/07/2013 at 10:50 AM

    aku mmg suka wyg yg ada zombies neh. hehehe. best movie neh! sukak! :cheerful:

    Reply
    • Anarm says

      03/07/2013 at 11:20 AM

      Zombie dalam movie ni ganas.. Takut pulak tengok.. Dah la banyak part terkejut..

      Reply
  16. Alin Marlini says

    03/07/2013 at 10:32 AM

    saya pun kenal Brad pitt jek..macam menarik movie ni…

    Reply
  17. Sop says

    03/07/2013 at 10:18 AM

    belum tengok lagi
    rasa cam nak tgk juga :)

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy