WordPress Pindah dari Sub Direktori ke Root Domain

Hari tu masa lepak minum kat kedai mamak dengan bro Eizil (asalnya nak pekene cendol tapi kedai tutup) aku tanya dia macam mana cara pindah blog WordPress dengan selamat. Dia pun terangkan beberapa cara yang boleh dibuat. Aku tak pernah cuba lagi buat kerja pindah-pindah blog WordPress. Walaupun dah study banyak tutorial tapi masih tak berani nak buat.

pindah root domain blog wordpress

Dah lama aku bercadang nak pindah blog WordPress dari sub direktori ke root domain akhirnya tercapai jugak niat tu. Blog ni sekarang dah tak gunakan ‘/blog’ di bahagian URL domain. Permalinks jadi pendek sikit. WordPress dah disetting dan dipindah ke root domain.

Alhamdulillah rasanya tiada sebarang error berlaku kat blog ni lepas dah pindah WordPress ke root domain. Cuma sekarang ni semua kiraan social sharing seperti Facebook, Twitter dan Google +1 jadi kosong sebab entri dah bertukar permalinks. Mungkin ada cara untuk selesaikan masalah kiraan social sharing ni. Nak kena google.

Proses pindah WordPress ni dibuat dengan bantuan daripada Eizil Network & IT Solutions. Terima kasih bro Eizil. Jika ada sesiapa nak pindah blog ke WordPress, nak beli domain dan hosting atau segala benda berkaitan dengan blog dan laman web, bolehlah hubungi Eizil.

p/s: Kalau ada sesiapa terjumpa sebarang error dalam blog ni mintak tolong bagitau ek. Thanks.

22 Comments

  1. memang bagus ada guru ni. takdelah kita asyik try n error je. tapi tak juga dapat2.

  2. Syukurlah usaha pemindahan blog berjalan lancar hingga tak ada error sama sekali nie…

  3. dah lama jugak nak pindah daripada subdomain ke root. cuma tak pasti dengan efek ranking lepas tu.

    • Kalau pindah dari subdomain ke root domain rasanya mungkin akan ada efek pada ranking, sebab subdomain dikira URL berbeza dengan root domain.

      Kalau macam kes aku ni, sebelum ni blog aku guna subfolder. Jadi, pindah ke root domain takde efek langsung sebab masih dikira URL yang sama.

      Aku pun tak pasti sangat. Boleh cuba tanya pada yang lebih pakar.

  4. Bro xpasti pernah buat ke x sebelum nie.. Tapi macam pernah kot, ke x…

    Tak dapat nak pastikan…

  5. Dah lama tak main blog wordpress ni. Bila la nak start balik ni. Nak kena study balik setting yang ada dlm wordpress nih.

  6. Bab error permalink ni yg risau ni, cer cek google webmaster ade crawl error ke x huhu

  7. Puhh… mesti ada kesan pada seo bila buat cam tu wehhh!! ada ker takat ni?

  8. baru juga buat design baru dengan beliau! hehe

  9. banyak kena belajar lagi ni.. huhu

  10. nasib baik gua awal2 lagi dah guna root domain..hehe

  11. Apakah kesan positif pemindahan dari sub direktori ke root?

  12. aku belum berani lg nak guna wordpress, nak biasakan diri dgn blog dulu nie

  13. Serius memang tak pandai bab pindah-pindah wordpress ni. Risau jugak kalau jahanam dah satu hal.

  14. Oh walaupun tidak faham akan cuba hadam bagi faham. Apa-apa pun ruangan komen ni best sebab ada ini :lol:

    • Mungkin bro tak berapa faham sebab bro kan baru lagi dengan WordPress. Slow2 sedut ilmu. Nanti dah lama2 mesti akan faham dan pandai buat benda2 macam ni. Aku tak pandai dan tak berani nak buat sebab takut blog rosak. Hehe.

  15. makin hensem blog bro hahaha

  16. ai..punya la lama baru nak buat?ohohoh :whistle:

  17. itu hari aku baru je pindahkan semua yang ada dekat blogspot aku ke wp

Leave a Comment