AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » WordPress » WordPress Pindah dari Sub Direktori ke Root Domain

WordPress Pindah dari Sub Direktori ke Root Domain

29/08/2013 Anarm 22 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Hari tu masa lepak minum kat kedai mamak dengan bro Eizil (asalnya nak pekene cendol tapi kedai tutup) aku tanya dia macam mana cara pindah blog WordPress dengan selamat. Dia pun terangkan beberapa cara yang boleh dibuat. Aku tak pernah cuba lagi buat kerja pindah-pindah blog WordPress. Walaupun dah study banyak tutorial tapi masih tak berani nak buat.

pindah root domain blog wordpress

Dah lama aku bercadang nak pindah blog WordPress dari sub direktori ke root domain akhirnya tercapai jugak niat tu. Blog ni sekarang dah tak gunakan ‘/blog’ di bahagian URL domain. Permalinks jadi pendek sikit. WordPress dah disetting dan dipindah ke root domain.

Alhamdulillah rasanya tiada sebarang error berlaku kat blog ni lepas dah pindah WordPress ke root domain. Cuma sekarang ni semua kiraan social sharing seperti Facebook, Twitter dan Google +1 jadi kosong sebab entri dah bertukar permalinks. Mungkin ada cara untuk selesaikan masalah kiraan social sharing ni. Nak kena google.

Proses pindah WordPress ni dibuat dengan bantuan daripada Eizil Network & IT Solutions. Terima kasih bro Eizil. Jika ada sesiapa nak pindah blog ke WordPress, nak beli domain dan hosting atau segala benda berkaitan dengan blog dan laman web, bolehlah hubungi Eizil.

p/s: Kalau ada sesiapa terjumpa sebarang error dalam blog ni mintak tolong bagitau ek. Thanks.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : WordPress Keyword : blog wordpress, cara pindah wordpress, domain hosting wordpress, eizil network, pindah wordpress ke root domain, servis buat blog, subdirectory to root domain, tutorial wordpress, wordpress security

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Elysium – Dunia Ciptaan Manusia
Next article:
Rasa Lapar? Jom Makan Snickers

22 Comments

  1. Ladfe Amir says

    14/09/2013 at 2:34 AM

    memang bagus ada guru ni. takdelah kita asyik try n error je. tapi tak juga dapat2.

    Reply
  2. Rina says

    06/09/2013 at 1:21 PM

    Syukurlah usaha pemindahan blog berjalan lancar hingga tak ada error sama sekali nie…

    Reply
  3. Amirez says

    04/09/2013 at 1:13 PM

    dah lama jugak nak pindah daripada subdomain ke root. cuma tak pasti dengan efek ranking lepas tu.

    Reply
    • Anarm says

      04/09/2013 at 2:25 PM

      Kalau pindah dari subdomain ke root domain rasanya mungkin akan ada efek pada ranking, sebab subdomain dikira URL berbeza dengan root domain.

      Kalau macam kes aku ni, sebelum ni blog aku guna subfolder. Jadi, pindah ke root domain takde efek langsung sebab masih dikira URL yang sama.

      Aku pun tak pasti sangat. Boleh cuba tanya pada yang lebih pakar.

      Reply
  4. Bro Framestone says

    03/09/2013 at 1:27 PM

    Bro xpasti pernah buat ke x sebelum nie.. Tapi macam pernah kot, ke x…

    Tak dapat nak pastikan…

    Reply
  5. yusri says

    01/09/2013 at 7:16 PM

    Dah lama tak main blog wordpress ni. Bila la nak start balik ni. Nak kena study balik setting yang ada dlm wordpress nih.

    Reply
  6. Khairul Zamri says

    01/09/2013 at 3:13 AM

    Bab error permalink ni yg risau ni, cer cek google webmaster ade crawl error ke x huhu

    Reply
    • Anarm says

      01/09/2013 at 3:38 AM

      Dah check. Takde crawl error. Permalinks dah setting redirect.

      Reply
  7. Ismail N says

    30/08/2013 at 9:05 AM

    Puhh… mesti ada kesan pada seo bila buat cam tu wehhh!! ada ker takat ni?

    Reply
  8. donnyien says

    29/08/2013 at 11:23 PM

    baru juga buat design baru dengan beliau! hehe

    Reply
  9. donnyien says

    29/08/2013 at 11:21 PM

    banyak kena belajar lagi ni.. huhu

    Reply
  10. hafizrahim says

    29/08/2013 at 6:48 PM

    nasib baik gua awal2 lagi dah guna root domain..hehe

    Reply
  11. akubiomed says

    29/08/2013 at 5:16 PM

    Apakah kesan positif pemindahan dari sub direktori ke root?

    Reply
  12. blogger lelaki says

    29/08/2013 at 5:14 PM

    aku belum berani lg nak guna wordpress, nak biasakan diri dgn blog dulu nie

    Reply
  13. Hazmin Hamudin says

    29/08/2013 at 2:59 PM

    Serius memang tak pandai bab pindah-pindah wordpress ni. Risau jugak kalau jahanam dah satu hal.

    Reply
  14. Izzul says

    29/08/2013 at 2:39 PM

    Oh walaupun tidak faham akan cuba hadam bagi faham. Apa-apa pun ruangan komen ni best sebab ada ini :lol:

    Reply
    • Anarm says

      29/08/2013 at 10:35 PM

      Mungkin bro tak berapa faham sebab bro kan baru lagi dengan WordPress. Slow2 sedut ilmu. Nanti dah lama2 mesti akan faham dan pandai buat benda2 macam ni. Aku tak pandai dan tak berani nak buat sebab takut blog rosak. Hehe.

      Reply
  15. Khairil Mazri says

    29/08/2013 at 2:33 PM

    makin hensem blog bro hahaha

    Reply
  16. reezluv says

    29/08/2013 at 2:27 PM

    ai..punya la lama baru nak buat?ohohoh :whistle:

    Reply
    • Anarm says

      29/08/2013 at 10:32 PM

      Sebelum2 ni memang pernah fikir nak buat, tapi tak buat buat. Sekarang baru betul2 terlaksana perancangan tu..

      Reply
      • reezluv says

        02/09/2013 at 3:43 PM

        oho..berbanyak tahniah..:D :biggrin:

        Reply
  17. onlajer says

    29/08/2013 at 2:10 PM

    itu hari aku baru je pindahkan semua yang ada dekat blogspot aku ke wp

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy