Kemaskini WordPress 4.0 “Benny”

Pihak WordPress telah pun mengumumkan kemaskini WordPress 4.0 yang stabil. WordPress 4.0 kini sedia untuk dimuat turun dan dikemaskini oleh para pengguna WordPress di Malaysia serta seluruh dunia.

Versi WordPress 4.0 ini dikenali dengan nama “Benny” sempena nama pemain music jazz, Benny Goodman.

Korang dah update ke belum?

Kemaskini WordPress 4.0 Benny

Kemaskini WordPress Versi 4.0

Melalui versi baru WordPress 4.0 ni, pihak WordPress membuat kemaskini pada perkara-perkara seperti:

  • Pemilihan bahasa semasa pemasangan
  • Grid View untuk tampilan Media Library
  • Penambahbaikan pada Content Editor
  • Fungsi embed media ( oEmbed ) dengan mudah dan pantas
  • Penambahbaikan pada paparan TinyMCE
  • Halaman keputusan carian Plugins yang baru
  • Widget Customizer Panel
  • Kemaskini External Libraries

Paling aku suka kemaskini yang dibuat pada Content Editor. Dia punya toolbar akan kekal di atas bila kita scroll semasa tengah taip entri.

Senang sikit bila taip entri panjang. Tambah pulak aku ni bukan reti sangat nak tulis entri pendek, semua nak panjang je. Haha.

Fungsi-fungsi lain aku belum explore sepenuhnya lagi.


Aku rasa kali ni pihak WordPress telah melaksanakan tugas yang sangat bagus dengan meningkatkan lagi pengalaman para pengguna WordPress dan menjadikannya platform blogging yang lebih mudah untuk pengguna WordPress seluruh dunia.

Nak tengok lebih lengkap lagi apa penambahbaikan yang dibuat pada WordPress 4.0, boleh baca nota dan changelog rasmi WordPress 4.0 yang ada di WordPress Codex:

18 Comments

  1. Kena belajar ambil tahu dah tentang wordpress..
    Slow2 belajar…

  2. tak pandai guna wordpress huhu

    • Senang je sebenarnya guna WordPress ni. Mula2 memang pening sikit, tapi sekejap je boleh pandai kalau rajin belajar dan fahamkan setiap fungsi yang ada kat WordPress.

  3. dah update..not bad juga features yg baru nie.

  4. Dah update, tapi tak perasaan apa perubahan yg berlaku. Aku main update je. Thanks for info….

  5. Blum tukar lg..nnt boleh update ni…thanks

  6. Nampak kemas pada bahagian cari plugin baru dengan library media.

    Yang lain tu belum tengok lagi :)

  7. Saya paling suka yang part embedded video tu. Dulu kemain kena copy paste html code. Sekarang paste URL sahaja. Senang betul!

  8. Dah selamat upgrade tp x berapa paham.perlukan masa utk godeh2

  9. Menarik, tapi belum terfikir nak upgrade lagi… Tunggu masa yang sesuai he…23x

  10. in shaa Allah akan datang..bila dah mampu!

  11. Suka dengan feature yang ditambah baik supaya pengguna WP lebih tumpu kepada kandungan penulisan dan menyerah selebihnya kepada WP.

  12. Dah update nampak sikit perubahan.

  13. Cuba update tadi tapi ada error pulak… entah apa yg tak kena tadi..

  14. Alhamdulillah dah update dah…tapi tak mahir lagi..akan digodek sedikit masa lagi..

  15. belum sempat lagi nak update…space tengah penuh pulok…

Leave a Comment