Hari Jumaat lepas, wireless mouse yang aku beli secara online di Lazada Malaysia dah selamat sampai ke tangan. Aku beli Wireless Mouse Gigabyte ECO500 dengan harga RM65 (termasuk caj penghantaran).
Ada rasa berkenan dengan wireless mouse jenama Logitech, tapi harga dia lebih bajet pulak.
Lepas survey harga, aku pun beli Wireless Mouse Gigabyte ECO500 ni.
Ok juga mouse dia. Lagipun main beli je ni bukan tahu apa-apa pasal mouse. Nampak macam smart, terus beli.
Dah lama teringin nak guna mouse jenis wireless tapi tak beli sebelum ni sebab fikir kelemahan dia dari segi bateri. Jangka hayat bateri dia tak pasti macam mana.
Ada orang cakap mouse jenis wireless kuat makan bateri. Takut tengah guna buat kerja tiba-tiba mouse habis bateri boleh terbantut semua kerja. Kena pulak tengah-tengah malam, memang malas la nak keluar beli bateri kat 7E.
Biasa aku guna mouse yang ada wayar, tak perlu fikir tentang bateri habis ke apa ke. Cuma kadang-kadang wayar mouse yang panjang berjela tu rasa agak mengganggu sikit.
Lepas fikir masak-masak, aku pun beli jela wireless mouse ni supaya tak rasa serabut dengan mouse yang wayar panjang tu.
Wireless Mouse Gigabyte ECO500 Berkuasa Bateri
Wireless mouse model Gigabyte ECO500 ni guna kuasa 2 biji bateri bersaiz AA. Berapa lama bateri dia mampu bertahan, aku pun tak pasti sebab baru guna 5 hari.
Saiz wireless mouse ni ngam-ngam dengan saiz tapak tangan aku yang besar gedabak. Sedap pegang. Best guna wireless mouse ni.
Dah ada Wireless Mouse Gigabyte, mouse lama yang berwayar boleh aku guna untuk main game. Kalau main game guna wireless mouse mesti cepat habis bateri.
Sekarang ni nak kena beli bateri rechargable pulak untuk guna dengan Wireless Mouse Gigabyte ni. Daripada guna bateri biasa yang kena beli banyak kali bila bateri habis, lebih baik beli bateri yang boleh cas semula.
Boleh bagi pendapat bateri rechargable apa yang bagus?
Saya masih menggunakan mouse biasa, pengen coba juga dan semoga saja wireless mouse ini juga di jual ditempat tinggal saya :smile:
Fuh. Kotak macam kotak HP..
Den kalau tang wireless mouse ni kureng skit sbb saiz dia kecik..
pada den, banyak barang dijual dengan harga yang murah di lazada ni kalau kena time kita ke page tersebut
Wireless Mouse yang sangat powerful… Long Distance Coverage… 10m tu… Harga berpatutan… terima kasih di atas perkongsian info…. ;)
aku prefer guna dengan wire tapi kalau ada without wire pun ok gak….
aku takut anak aku buat mainan dengan mouse ni nanti….
Patutlah bro beli. Mmg smart pun design ni..
oh smartlah wireless mouse tuh..!!
belum ada pengalaman guna barang nie…apa yang pasti ia banyak membantu pergerakan
bee pergi GM beli sekotak bateri , dah setahun tu tk habis2 lagi , bateri tkde jenama la .. :cool:
bentuknya ergonimic sedap pegang, bonet depan, tempat letak bateri pun kiut…
Aku dah pakai yang wireless punya. Ternyata sedap tapi tengok hang punya lagi sedap.
Hang pakai wireless mouse model apa? Aku teringin nak angkat yang Logitech tapi tak cukup bajet pulak..
tetiba rasa mouse kau tu cantik rasa nk tukar mouse aku plak.
aku mmg dah pakai wireless mouse tapi saiznya kecil skit dan mcm tak penuh sgt tgn bila dipegang..
tengok bajet dulu, bleh cuba membeli di lazada plak lepas ni..hehe
Aku kalau guna mouse yang saiz kecik tangan jadi cepat lenguh. Tambah2 bila guna untuk buat design. Aku suka mouse besar. Contohnya macam gaming mouse. Mouse khas untuk main game biasanya saiz dia besar2. Sedap pegang. Tapi mouse besar harga dia pun mahal.
aku masih setia dengan mouse ada wayar..sebabnya takde msalah abis bateri dikala memerlukan..tengah-tengah malam mana nak cari bateri..takkan la gigih sangat pegi 7E untuk beli bateri..ahaha :cool:
Sebab tu aku bercadang nak beli bateri rechargeable. Tinggal cas je. Bateri yang tu habis, tukar bateri yang dah siap cas. Pastu cas balik bateri yang dah habis. Pakai bergilir-gilir..
Aku pun malas nak keluar pegi 7E tengah2 malam semata-mata nak beli bateri. Baik aku tidur. Haha..
Lawa jugak mouse ko ni. Ada back and forward button, penting untuk navigasi atau seorang kaki browser :)
Button back and forward yang kat bahagian tepi mouse tu ke? Aku jarang guna. Boleh jugak setting button tu tukar jadi fungsi lain guna aplikasi Gigabyte.
ohhh. aku punye set, kalau back pergi back kt browser. jalan jugak dekat folder pon. kalau forward die bukak new window atau singkatan CTRL + T :)
Saya dah pakai mouse wireless ni sebab mudah untuk masukkan dalam beg bila pakai laptop. Jadi tyaklah berjela-jela wayar berserabut kena perosok dalam beg tu.
Tapi akhirnya patah balik pakai mouse biasa berwayar jugak sebab asyik-asyik habis bateri. Dia makan bateri macam kita makan kerepek tempeyek…cepat habis. Tak tahan!
Bukan sebab duit, tapi sebab it cause a lot of trouble bila tetiba habis, bateri tak ada, kena keluar beli, kedai tutup, dan lain-lain lagi dan banyak kali berlaku !
Rasanya pakai rechargeable battery tu satu jalan penyelesaian yang bagus
Sekadar berkongsi pengalaman.
Rasanya memang kena pakai rechargeable battery untuk wireless mouse. Jimat sikit. Kalau guna bateri biasa mungkin lebih banyak duit kena guna untuk beli bateri baru.
Betul tu! Saya ada masalah sama.
Versi wireless mouse dulu mmg kuat makan battery. Sekarang 1 tahun pon boleh 1 biji AA. Selalu simpan spare kt dlm bag laptop. :)
Hehe..seronok membacanya..mouse kena yang sesuai dengan tgn kita, ok lah..kecik sangat pun tak selesa..besar sanagt pun tak selesa..pernah gak beli satu yang biasa2..tak dapat bertahan lama..cepat aje rosak..tulah kelemahan bila beli yang cap ayam punya produk..haha
Cap ayam punya produk memang cepat rosak.. Kalau nak yang tahan lama, tak salah kita keluar modal lebih.. Asalkan barang tu dapat tahan lebih lama.. Kita pun tak rasa rugi sangat beli mahal2.. Tak menyesal..
Mouse memang kena sesuai dengan tangan kita.. Kalau tangan besar, guna mouse kecik, tangan boleh jadi cepat lenguh.. Tapi aku suka mouse yg bersaiz besar.. Cuma harga dia pun ‘besar’ jugak..
Hehe..betul-betul..nak menyesal pun dah tak guna..nak tukar kat kedai, lagi lah tak boleh..haha
Rasanya prestasi jangka hayat ketahanan bateri semakin baik kerana banyak barang elektronik yang direka mengunakan tenaga rendah.
Aku pun rasa macam tu jugak.. Barang2 elektronik sekarang ni makin lama makin canggih dan jimat penggunaan tenaga.. Jangka hayat ketahanan bateri juga bergantung pada cara kita menggunakannya.. Kalau lenjan habis-habisan memang cepat habis bateri..
Dulu sblm beli pun terfikir mcm tu jgk, takut parok beteri. Tapi skrg ok je pakai…mungkin dlm 2~3 bulan skali baru tukar.
Tu la pasal.. Entah kenapa boleh fikir takut parok bateri.. Mungkin benda tu hanya mitos.. Ok je guna wireless mouse ni..
pernah gak cuba. Not bad. Smooth aje. Tapi setakat ni..aku pakai je yang ada wayar dulu.
Menarik ni. Dah lama minat wireless mouse ni tapi orang kata wireless mouse lambat sikit.
Ha’ah.. Orang cakap wireless mouse ni lambat sikit.. Tapi rasanya mouse2 terkini dah takde masalah tu.. Wireless mouse yg tengah guna sekarang ni pun ok je..
best tu memang best, lelebih klu bawak travel. tak der wayar berselirat dlm beg. tapi asyik nak tukar bateri tu yg tak tahan… pastu pastikan mouse jgn kasi jatuh. saya punya mouse wireless da rosak sebab jatuh. padahal jatuh rendah jer.. da ajal dia kot.. skrg da guna mouse wayar semula. harga murah. klu rosak sebab terjatuh pun tak der rasa galat sgt..
Sebab tu rasa macam kena cari bateri rechargeable.. Kalau bateri habis bleh tukar bateri yg dah siap cas.. Nak beli bateri baru memang tak tahan asyik kena keluar duit je..
Saya pulak dah beralih ke mouse berwayar sekarang sebab tak tahan dengan penggunaan bateri wireless mouse..
Mouse yg ada wayar memang terbukti lagi best guna sebab tak perlu bateri.. Cuma kadang2 tension dengan wayar dia yang panjang berjela tu.. Bila masuk beg wayar berselirat dalam beg..
perrghhhh… bikin aku jeles lak.. macam menarik je. so far aku tengok sifu Eizil selalu je pakai wireless mouse
Aku rasa nak beli wireless mouse pun sebab tengok Eizil selalu pakai.. Nampak macam selesa je..
okay.. eizil dah buat sales kat situ.. hehehe
hehe betul, best pakai wireless ni, lepas den bertukar ke wireless mouse lebih kurang 3 tahun lepas, tidak lagi pandang pada mouse berwayar