WeKongsi – Perlindungan Perubatan RM1 Juta, Sebulan Bawah RM50 Sahaja

Lepas aku terminate medical card sebab harga semakin mahal, aku cuba cari alternatif lain untuk perlindungan perubatan. Risau pula kalau berlaku apa-apa kemalangan kat diri aku tapi takda perlindungan.

Nasib baik ada kawan perkenalkan aku dengan pelan perlindungan perubatan WeKongsi yang harga mampu milik. Menarik juga pelan medical WeKongsi ni.

Cuma ia bukan Takaful atau Insurans, tetapi platform perkongsian kos perubatan.

WeKongsi Medical Plan Perlindungan Perubatan RM1 Juta

Pengenalan WeKongsi

WeKongsi merupakan satu program perlindungan perubatan berkonsep perkongsian komuniti dengan kerjasama e-MAS sebagai TPA (Third Party Administrator), dan telah mendapat pengesahan patuh syariah daripada Afsha Shariah Advisory.

WeKongsi diwujudkan untuk bantu selesaikan bil perubatan setiap ahli secara Crowd-Sharing atau Perkongsian Kos Perubatan.

Fungsi dia sama je macam medical card yang ada di pasaran. Tapi medical plan WeKongsi ni bayaran dia lebih murah.

Bawah RM50 je sebulan dapat perlindungan perubatan RM1,000,000 setahun dan tiada had seumur hidup. SEJUTA! Memang ok sangat untuk perlindungan perubatan masa sekarang ni.

WeKongsi sesuai untuk sesiapa yang belum ada medical card, atau sedang mencari alternatif medical card, atau nak jadikan tambahan perlindungan ke atas medical card sedia ada.

Syarat Jadi Ahli WeKongsi

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 14 hari hingga 45 tahun
  • Sihat tubuh badan – tiada penyakit kronik / kritikal
  • Jujur tentang status kesihatan diri
WeKongsi hospital admission card

Manfaat Pelan Perlindungan Perubatan WeKongsi

Setiap ahli WeKongsi akan dapat manfaat-manfaat berikut:

  • RM1,000,000 – Perlindungan perubatan
  • RM100,000 – Rawatan pesakit luar kanser
  • RM10,000 – Perlindungan kemalangan
  • RM10,000 – Khairat kematian
  • RM50 / RM100 – Elaun harian hospital kerajaan
  • RM150 / RM250 – Room & board
  • RM250 – Perkhidmatan ambulans
  • 250+ Hospital panel seluruh Malaysia
  • 4,000+ Klinik panel seluruh Malaysia untuk rawatan outpatient bagi 17 jenis penyakit common – bayar RM10 je bil rawatan dan ubat.
Manfaat Pelan Medikal WeKongsi

Bila aku tengok manfaat yang ditawarkan, aku rasa medical plan WeKongsi ni lagi ok daripada medical card yang aku dah terminate tu.

Lebih baik ambil medical plan WeKongsi. Dapat perlindungan RM1 JUTA dengan bayaran lebih murah dan tiada kenaikan harga setakat ni.

Kalau medical card biasa tu tak boleh elak daripada repricing. Makin lama jadi makin mahal. Tapi coverage sama je, tak berubah pulak ikut harga yang semakin naik.

Tanpa fikir banyak aku terus daftar jadi ahli WeKongsi. Proses daftar pun mudah. Buat secara online je..

Bayaran Keahlian WeKongsi

Untuk jadi ahli komuniti WeKongsi ada 2 bayaran perlu dibuat.

  1. Yuran Keahlian / Yuran Pengurusan
  2. Tabung Perkongsian

Yuran Keahlian

Yuran keahlian ada 3 kaedah bayaran – secara tahunan, suku tahunan, atau bulanan. Aku pilih bayar secara tahunan untuk lebih jimat.

  • Tahunan = RM360 setahun
  • Suku Tahunan = RM100 setiap 3 bulan (bersamaan RM400 setahun)
  • Bulanan = RM40 setiap bulan (bersamaan RM480 setahun)

Yuran Keahlian ni untuk menampung kos operasi WeKongsi seperti perbelanjaan, yuran TPA, yuran Pemegang Amanah, kos sistem dan penyelenggaraan, pentadbiran, pengurusan, dan lain-lain.

Tabung Perkongsian

Tabung Perkongsian pula ada 2 pelan yang boleh dipilih.

  1. Standard – RM100
  2. Deluxe – RM200

Tabung Perkongsian ni adalah dana yang akan kita sumbangkan untuk perkongsian bil perubatan ahli komuniti. Perlu bayar deposit ikut harga pelan yang dipilih.

Deposit tu akan ditolak bila ada ahli WeKongsi claim bil perubatan pada bulan-bulan tertentu. Sistem akan buat penolakan maksimum RM50 sahaja daripada Tabung Perkongsian setiap ahli.

Manfaat medical plan WeKongsi

Contoh Situasi Perkongsian

Jika ada total claim sebanyak RM30,000 pada bulan tu, sistem akan bahagikan sama rata dengan semua ahli WeKongsi. Contoh ada 3,000 orang ahli WeKongsi.

RM30,000 ÷ 3,000 = RM10

Jadi, setiap ahli hanya perlu bayar RM10 sahaja.

Sistem akan tolak RM10 tu daripada deposit Tabung Perkongsian masing-masing. Baki dalam tabung akan diguna untuk bayaran bulan depan pulak, jika ada claim.

Kalau tiada sebarang claim, semua ahli sihat, tiada penolakan pada bulan tu. Tak perlu bayar apa-apa.

Penolakan bayaran akan berbeza-beza setiap bulan bergantung pada jumlah claim. Tapi takkan lebih dari RM50.

Situasi bayaran perkongsian bil hospital – WeKongsi

Aku ambil pelan Deluxe. Kena masukkan deposit RM200 ke dalam akaun Tabung Perkongsian. Dengan penolakan maksimum RM50 sebulan, maknanya RM200 tu kira dah bayar advance untuk 4-5 bulan.

Bila tabung berbaki bawah RM50, sistem akan buat auto debit dari akaun bank kita untuk tambah dan cukupkan semula dana Tabung Perkongsian tu.

Topup akaun Tabung Perkongsian WeKongsi

Aku tak pernah guna WeKongsi ni sebab masih sihat. Alhamdulillah.. Sekarang aku cuma bantu ahli-ahli lain yang lebih memerlukan untuk bayar kos perubatan mereka. Sampai masa nanti aku pulak akan dibantu.

Usia semakin meningkat ni tak boleh jangka bila penyakit akan datang. Sebab tu kena ada medical plan sebelum dapat penyakit.

Sepanjang aku follow info dan update terkini tentang WeKongsi, dah ramai yang terima manfaat daripada pelan medical WeKongsi ni. Claim pun mudah.

Rawatan pesakit luar di klinik pun boleh guna WeKongsi. Bukan untuk warded atau masuk hospital je.

Kalau sakit-sakit biasa, tak perlu risau, boleh terus pergi klinik panel. Bayar RM10 sahaja untuk kos rawatan dan ubat. Selebihnya WeKongsi akan cover.

Rawatan pesakit luar klinik panel WeKongsi

Kepentingan Pelan Perlindungan Perubatan

Zaman sekarang ni pelan perlindungan perubatan atau medical plan sangat penting bagi setiap orang kerana ia memberi perlindungan kepada diri dan kewangan kita sekiranya berlaku masalah kesihatan yang memerlukan rawatan.

  • Tanpa perlindungan = Risiko kewangan tinggi
  • Ada perlindungan = Ketenangan fikiran dan keselamatan kewangan

Kecuali jika orang tu tersangat kaya, duit terlampau banyak sampai kos rawatan yang mahal pun boleh bayar guna duit sendiri je. Kaya macam tu rasanya takda medical plan pun takda masalah kot..

Kalau tak kaya, lebih baik segera ambil medical plan. Contoh macam WeKongsi ni yang harga mampu milik.

Tapi kena ambil ketika masih sihat lah.. Kalau dah sakit, mana-mana medical plan pun tak cover penyakit yang dah datang tu.

Sediakan payung sebelum hujan. Jangan tunggu dah hujan baru nak cari payung. Masa tu dah terlambat.

Berminat dengan pelan perlindungan perubatan WeKongsi? Boleh tengok laman web medikongsi.com untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *