Bil elektrik TNB dah berwajah baru rupanya sekarang ni. Pergi check peti surat tadi ada kertas warna biru yang maklumkan tentang wajah terkini bil elektrik.
Aku boleh tak cam bil elektrik dalam peti surat sebab design dah baru dan bercampur pulak dengan kertas-kertas promosi benda yang bukan-bukan. Nyaris-nyaris nak tergumpal dan buang sekali dengan bil. Siapa la yang rajin ‘spam’ peti surat aku.
Kalau aku terbuang bil eletrik boleh blackout rumah aku sebab tak bayar bil. Aku biasa rujuk bil bila nak bayar. Takde bil memang aku tak ingat langsung. Dah la kadang-kadang bil tak sampai kat rumah. Tau-tau bil lepas tu ada tunggakan. Banyak pulak tu..
Tengok bil elektrik wajah baru ni nampak lebih smart berbanding yang lama. Cuma sampai sekarang aku masih tak faham dengan kenyataan yang terdapat dalam bil – “Subsidi Bahan Api Dibiayai Kerajaan Persekutuan“.
Bil elektrik wajah baru ni sedang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
bil baru..takrif baru..oh tidak..
Teringat aku pasal pelbagai ciptaan alat untuk kawal or kontrol bil api nie….hahahahaha
jgn imej baru kadar pun baru (naik) sudah ..hehe
semoga Bil elektrik dengan wajah baru tersebut bisa terdapat di kota2 lain juga di Malaysia :)
Sudah pun dapat notis perubahan bil TNB. Pada sama dapat notis email bil terkini pengunaan elektrik dari TNB setiap bulan. Senang pantau.
Nah, Dah berapa lama tak tengok bil elektrik ni. hahahaha
imej baru dgn kadar baru, harus berjimat-cermat lebih lagi lepas ini jangan melebihi had yang membolehkan anda layak dicaj lebih…hehe
perasan gak, baru semalam dapat bil ni..nampak lebih smart, tp ambepun perasan tang subsidi kerajaan tu…
nak kena tanya menteri tnb camni..ape kebendanya subsidi bahan api tu
Dah tukor ke? tak perasan..
oo baru dah ek..maklumlah aku x pernh byr dil elektrik ni…eheheh..
Meh alamat rumah, Nak spam peti surat mu…
Pasla blackout tue jangan risau, mana tahu lepas menyala, penuh dengan produk Apple dalam rumah he..2x
Tak pun lepas blackout je, dapat khabaran pertambahan isi rumah tangga tak lama lagi he..23x
Kalau lepas blackout penuh produk Apple dalam rumah memang best sangat laa.. Tapi lagi best kalau dapat khabaran pertambahan isi rumah.. yang tu memang kena blackout dulu.. Haha.. Dapat yang tu, tak dapat produk Apple pun takpe.. Hehe..
haha. gua pun tak ada perasan kali ini..
cun ye wajah baru bil TM :)
cis gua yang selalu berurusan dengan TNB pun boleh tak perasan
Selari dengan arus perubahan…. TNB pon xnk ketinggalan… masing2 nk kan ada perubahan.. :)
Dah tukar termasuk kadar… Kurang RM20 free… Lebih RM70 kene lagi mahal -_-
Yeke kadar pun tukar? Bil letrik aku tiap2 bulan lebih RM20.. Memang takde can la nak dapat free..
yg rm20 tu dah lama dah bro…yg paling latest kalau bil domestik lebih m70, kita kena cas utk tanggung bahan api baharu..entah pe2 ntah
terkejut jgk tgk tadi…ingatkan bil apa la tadi ms bukak post box..
Subsidi kerajaan tu aku puntak faham entah apa yg di subsidi tapi semenjak pakai meter baru nie bil semacam jer….
tak pernah tengok lagi, mugkin kat perak ni belom tukar lagi kot.
bukan da lama ke ni.. tahun ni dia baru tukar.. Januari ritu dah tukar.. ke ikut tempat.. entah.. mula mula dulu pon memang tak cam jugak…
Tak tau la.. Tapi baru kali ni dapat bil baru.. Dia tukar ikut tempat2 tertentu je kot..