AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Gadget » USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak

USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak

09/01/2019 Anarm 6 Comments

Twitter Facebook WhatsApp

Audio jack laptop aku rasanya dah setahun rosak. Tak berfungsi dah. Bila cucuk earphone atau headphone kat lubang audio tu, langsung tak keluar apa-apa bunyi.

Tapi bunyi dari speaker dalaman laptop masih berfungsi dengan baik. Cuma kualiti bunyi dia sekarang ni dengar macam pecah-pecah, putus-putus.

Laptop dah lama..

Bermacam-macam cara dah aku buat. Godek sana, godek sini. Tetap takda bunyi juga. Kesimpulannya memang audio jack laptop tu yang bermasalah.

Audio Jack Port Laptop

Selama ni aku tengok movie, layan lagu dan main game di laptop, terpaksa dengar sound dari speaker dalaman je.

Kalau isteri aku tengah layan drama Korea kat PC dia dengan sound dari speaker Edifier yang bunyinya kuat giler, terus tenggelam bunyi speaker laptop aku.

Paling tak best bila main game. Rasa tak puas sebab sound effect dalam game tu tak dapat dengar dengan jelas dari speaker laptop.

Banyak kali juga mati awal masa main game PUBG Mobile (guna emulator) sebab tak berapa dengar bunyi musuh datang. Tak tahu musuh ada kat arah mana. Tiba-tiba dah kena tembak, tak sempat lari.

Kena pakai headphone juga baru best main game.

USB Sound Card Murah

Aku ada tanya pendapat kawan-kawan di Facebook — sama ada hantar repair audio jack yang rosak tu, atau pakai USB Sound Card (external sound card).

Kalau hantar repair atau tukar audio jack baru, kena buka bahagian dalam laptop tu sebab audio jack biasanya terlekat di motherboard.

Tak pasti pula berapa harga kena bayar sebab tak pernah hantar repair kat kedai. Rasanya mahal juga caj dia.

Beberapa orang kawan cadangkan pakai USB Sound Card je sebagai ganti audio jack yang rosak tu. Lebih mudah, murah dan jimat.

Aku survey harga USB sound card di Shopee, dalam RM10 – RM20 dah boleh dapat. Murah!

Kalau hantar repair kat kedai mungkin kena bayar lebih daripada tu.

Aku pun beli satu USB sound card melalui Shopee. Beli yang biasa je. Untuk test boleh guna ke tidak di laptop aku. Kalau tak boleh guna, tak terasa rugi sangat sebab harga beli pun murah.

Lagipun malas nak keluar beli kat kedai. Shopping online lebih mudah. Shopee tempat yang selalu aku shopping secara online.

Jana 4 Angka Seminggu Berniaga di Shopee

Beberapa hari lepas order, orang poslaju datang rumah hantar USB sound card yang aku beli online tu. Cepat juga penjual di Shopee tu pos barang. Terus buka bungkusan, check kondisi barang dan cuba guna.

Alhamdulillah.. USB sound card ni dapat berfungsi dengan baik di laptop aku. Kualiti barang pun bagus walaupun harganya murah.

Aku bagi rating 5 bintang.

USB Sound Card, External Sound Card

External USB Sound Card Virtual 7.1 Channel 5Hv2

USB sound card ni jenis plug & play. Tak perlu setting apa-apa. Hanya perlu cucuk je dalam lubang USB port di laptop, lepas tu cucuk jack headphone atau earphone dalam lubang audio di USB sound card tu.

Lubang untuk microphone pun ada.

Lepas dah cucuk sambungan dia, sistem operasi laptop akan auto setting jadikan USB sound card sebagai default speaker / mic dan terus boleh guna.

USB sound card murah

Dah sebulan aku guna USB sound card murah ni. Setakat ni sangat puas hati dengan hasil bunyi dia. Walaupun murah, kualiti bunyi dia boleh tahan juga. Best je layan movie boleh pakai headphone. Sound dia sedap didengar.

Main game PUBG pun rasa bertambah hebat sejak guna USB sound card ni. Haha..

Dah pakai headphone, semua bunyi sekeliling boleh dengar dalam game tu. Senang nak kesan musuh berada kat mana berpandukan bunyi tapak kasut dia atau bunyi tembakan datang dari arah mana.

—
Siapa ada masalah audio jack laptop rosak juga, pendapat aku, baik beli USB Sound Card (atau USB Audio Adapter) yang macam ni. Jimat kos, cepat dan berbaloi.

Kalau nak beli secara online, cari je kat Shopee. Macam-macam jenis USB sound card ada dijual kat situ. Tinggal pilih je nak beli yang mana satu.

Dah ada ke akaun Shopee? Kalau belum, boleh daftar DI SINI.

External USB Sound Card Virtual 7.1 Channel 5Hv2
USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak

Audio jack laptop anda rosak? Bila cucuk earphone tiada bunyi? Tak perlu baiki atau tukar audio jack baru. Untuk lebih jimat kos, beli saja USB Sound Card (external sound card). Lebih murah, lebih mudah dan berbaloi.

Editor's Rating:
5
Twitter Facebook WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Layan lagu dengan AIMP Free Audio Player
  • Laptop Rosak, Selamatkan Fail Dalam Hard Disk
  • Mesin Basuh Toshiba AW-A820MM Tak Berpusing, Ganti Drain Motor Rosak (DIY)
  • Xiaomi Redmi Note 4G Pengganti Lenovo S930 Yang Dah Rosak
  • Software Yang Ada Dalam Laptop Saya (Windows)

Kategori : Gadget Keyword : audio jack laptop, audio jack rosak, external sound card, harga usb sound card, shopee, usb audio adapter, usb sound card, usb sound card laptop, usb sound card murah

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Selamat Tahun Baru 2019
Next article:
Dapat Dekoder Percuma daripada MYTV

6 Comments

  1. Audio Power says

    26/05/2019 at 5:36 PM

    It is a very useful accessory today!

    Reply
  2. broayietech says

    17/03/2019 at 7:58 PM

    bagus jimat kos, aku kalau pelanggan biasa rosak audio jack suruh dia orang beli usb audio jack sangat murah :)

    Reply
    • Anarm says

      19/03/2019 at 1:04 PM

      Aku pun baru tahu pasal USB sound card ni. Kalau tak, sampai bila2 laptop tak boleh guna audio jack. Nak hantar repair kat kedai tak tahu berapa kena bayar. Takut kena caj mahal je.

      Guna USB sound card lagi berbaloi. Harga memang murah. Jimat banyak..

      Reply
  3. Ani Haryani says

    11/02/2019 at 10:55 PM

    Wah bagus ni! Info baru, selalu hantar kedai je bila rosak huhu, dah tahu satu ilmu baru. Terima kasih!

    Reply
  4. Wan Syahida says

    15/01/2019 at 11:45 AM

    good info.. Gajet baru yang saya nampak. sebelum ni x pernah tahu.. huhu terima ksih.

    Reply
  5. Ibu Zaid says

    15/01/2019 at 10:20 AM

    Bagus sebab tuan pandai tukar sendiri audio jack ni. Laptop ibu ni dah lama, rosak juga audio jack. Mungkin sebab dah pernah jatuh dalam beg beberapa kali

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Mesin Basuh Toshiba AW-A820MM Tak Berpusing, Ganti Drain Motor Rosak (DIY)
  • Patriot Burst SSD 240GB – Tingkatkan Kelajuan PC dan Laptop
  • Kaya Dunia Bahagia Akhirat
  • Fantech Hellscream GS201 Speaker Murah dan Berkualiti
  • Parasite (2019) Filem Korea Menarik Untuk Ditonton
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2019 – Anarm Network Resources

Powered by Internet Webhosting • Privacy Policy