Understanding In An Accident

Dah lama aku tak update blog ni. Sibuk sangat-sangat ditambah dengan masalah peribadi yang aku terpaksa hadapi. So tired.

Time menulis entri ni, aku berada kat rumah. Waktu menaip, pukul 3.15 pagi. Dengan keadaan tilam yang berselerak dengan bantal dan selimut, 1 badan bau busuk, ada air liur basi penuh kat mulut sebab baru bangun dari tidur. Jijik tak? Hehe..

Korang pernah accident tak? Mesti ada yang pernah dan ada jugak yang tak pernah accident kan..

OK.. Dalam blog aku yang kat blogspot, aku ada bagitau tentang kemalangan yang dah berlaku kat aku. Haa.. Kat sini aku nak cerita sikit pasal pengalaman ke-LAPAN yang aku alami tu.

Dah 8 kali aku accident semenjak reti naik motor 10 tahun lepas. Dah tentu tempat berlaku tu kat jalan raya. Dalam kejadian kelapan yang terbaru ni, aku accident terlanggar bontot kereta. Ngeri oooo.

Kena 4 jahit kat dagu dan menderita sakit bibir sebab pecah, sama ada terhantuk atas permukaan jalan raya atau terkena visor kepunyaan helmet cap ayam yang aku pakai time tu. Helmet je cap ayam tapi visor original. Mahal aku beli tu.

Cerita dia camni.. Pada 22/01/2009, time tu dalam pukul 6.30 petang, aku dari ofis kat Putrajaya nak balik rumah baru aku kat Kajang. Time tu memang time semua orang kelam kabut dari ofis masing-masing nak balik rumah, so jalan raya tu jadi sesak la kan.

Aku secara professional bawak motor dengan kelajuan 70kbps. Eh, silap.. 70km/j. Lalu celah-celah kenderaan yang entah dari mana datangnya.

Sampai kat jalan depan kawasan padang UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), aku lebih berhati-hati sebab kat situ memang jem dia lain macam sikit. Dah la jalan sempit.

Pastu tiba-tiba ade sebuah kereta brek emergency secara luar biasa yang memang lebih giler dari brek emergency yang biasa. Aku pon brek jugak la. Tapi entah camne brek motor aku hari tu berfungsi tak berapa elok. Lagi sikit nak langgar kereta, aku pon try la elak tapi tak sempat. Aaaaaaa!!

Akhirnya motor RXZ aku bercium dengan bontot kereta Produa Kembara. Dan aku pulak tertomoih atas jalan raya, cium jalan tar.

Lepas tertomoih tu aku rasa macam nak pitam. Aku tengok kepala motor aku dah pecah teruk giler. Badan motor aku pulak time tu tertindih atas kaki aku. Memang time tu aku tak rasa apa-apa. Luka accident pon aku tak rasa time tu. Cuma rasa kebas-kebas je kat bibir, dagu, badan dengan kaki.

Pastu enjin motor aku terpadam sendiri. “Abis la bercalar blok motor aku“, aku cakap dalam hati.

Pastu ada brader baik hati tolong angkat motor aku. Aku tengok je motor aku berdiri gagah semula tapi kepala motor tinggal serpihan je melekat kat situ. Aku jadi macam orang bodoh time tu, sebab terkejut kot.

Aku rasa tak sampai 5 saat accident tu berlaku. Sedar-sedar aku dah tertomoih kat situ, motor aku terbaring atas kaki aku.

Nasib baik ada yang baik hati tolong aku hari tu. Brader kereta Kembara yang aku terlanggar tu pon nasib baik sempoi je. Aku mintak maaf dengan dia, bagitau aku tak sempat nak elak dari terlanggar kereta dia. Dia cakap tak kisah sebab rosak sikit je kereta dia, calar bumper dengan nombor plet patah sikit. Motor aku je yang teruk.

Kalau diikutkan, pesalah sebenar ialah tuan kereta yang kat depan kereta Kembara yang aku langgar tu. Dia tak pasal-pasal brek padahal aku dengan brader Kembara tu jelas nampak takde apa-apa halangan kat depan dia. Apahal tiba-tiba nak brek? Giler!

Ni lah bahayanya kalau cepat gelabah time bawak kereta. Mesti brek ataupun hon yang jadi mangsa gelabah dia tu. Pastu orang lain pon turut jadi mangsa.. Hampeh!

PERHATIAN: Mengikut undang-undang jalan raya, jika situasi kemalangan macam yang berlaku kat aku ni, kenderaan yang berada di hadapan boleh memberi apa-apa alasan dan akan menang dalam apa jua perbincangan atau perbalahan.

Kenderaan yang berada di belakang akan dianggap bersalah dan akan disaman kerana kesalahan melanggar peraturan jarak antara kenderaan yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Oleh itu, jika anda mengikut di belakang mana-mana kenderaan, sila kekalkan jarak yang selamat antara kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan.. Anda mampu mengubahnya!

Berbalik pada cerita aku tadi, aku tak sempat nak snap gambar motor aku cedera parah. Yang ada cuma gambar motor aku selepas dibaiki dengan gambar luka kat dagu yang kena jahit.

Korang pernah accident tak? Kongsi-kongsi la cite korang kat sini. Segala komen kat sini memang dialu-alukan. Akhir kata, Berhati-hati Di Jalan Raya.

21 Comments

  1. aku time kecik2 eksiden jatuh dalam parit. dagu kena bucu parit, jahit x ingat berapa + 1 gigi patah. la ni aku simpan janggut nak cover parut tu, hahaha. =)

  2. aku tak berani nk tgok… apa ending pompuan tue.. nauzubillah…

    army4war´s last blog post..bukan dari hati

  3. erk.. halamak.. aku yg xdek pengalaman eksiden agi nih.. huhuhuu cuak ar lepah ni nk drive :(( tula.. jgn lupe bace doa naik kete/motor sbelom memulekan perjlnan anda :cry:

    weh anarm.. sukati jek tmbh (tambah-tambah pompuan).. :-w xkan la disbbkan sekor nyamuk, ko nk bakar satu kelambu kot.. ahaks (btol ke? :wekk: )

  4. sakit mmg ar sakit xcident. langgar bontot kete lak tuh. nasib baek x pape…. ~geli-geliman tgk :aarrghh: :aarrghh: :aarrghh:

    elliv.co.cc´s last blog post..Simple White Pencil Premade Friendster layout | by Elliv

  5. dagu ke? alahai.. aq ingat gambar kepala kau botak.. hahah.. sori2.. salah tengok.. heheh..

    Sabri´s last blog post..Link di Status Yahoo! Messenger

  6. dengan ganasnya aku segera mengusya video tu..hahaha.. :twisted:

    Jaws´s last blog post..Bodohnya Melayu..

  7. video youtube perut terburai kaki berlipat?
    mcm menarik jer..
    ade link tak?
    hahaha..
    anarm kalo geli tak yah laa usya..
    hehe.. :loving:

    Jaws´s last blog post..Bodohnya Melayu..

  8. itu tak termasuk cerite yang aku nengok dalam youtube, sorang awek eksiden.. nampak gaye macam umur 20an.. bleh tahan gak badan… tapi, perut dah terburai, kaki dah berlipat lipat, still hidup lagi. Perakam video tuh suruh orang ajar dier ngucap sebab tak gune hidup pun.

  9. kalau ko tak terangkan gambar dagu ko tuh, aku dah pk gambar lain dah. Ade hati nak ciom Maria Ozawa plak tuh…

    Aku eksiden? Adelah kot, tapi tak mengalami cedera yang kritikal melainkan calar balar pasal pakai jaket kulit (dalam process nak beli jaket motor yang ade bende keras kat tulang belakang, dada, dan kepala siku, kalis air lagi tuh, harge RM 0.6K.

    Aksiden paling teruk aku kene, aku langgar ngan banggali bawak ayah dier (kalau kes motor lar), Banggali tuh dier stop tengah – tengah simpang, kemudian terus dier belok kanan. Aku yang di belakang nie ingat motor dier mati (banggali tuh naik motor kapcai 70, so kemungkinan gak lah).

    Kedegammmm… aku melantun ke depan dan berguling dalam 3-4 pusingan (aku di ajar sekiranya eksiden motor, jatuh, elok berguling untuk meminimumkan kecederaan seperti patah tengkuk, tangan dan sebagainya). Lepas berguling ke depan dalam 3-4 pusingan, untuk pusingan ke 5, kaki aku jejak ke tanah dan terus bangun dengan gah nya ala ala matrix sambil melihat helmet banggali tuh berguling kat depan aku. Dalam hati aku ingat pecah lah kepale bapak banggali tuhhh… nasib baik takde paper… anak murid (dulu aku mengajar sekolah menengah) aku tanyer aku, “cikgu ok ker?”. Aku dengan macho menjawap “cikgu ok kot…”

    Mengenai kerete plak, aku drive di sebuah jalan yang agak sesak sebab orang nak balik kerje lar, budak sekolah nak masuk dan balik lar… dari jauh aku nampak lah sekawan budak sekolah cina nie.. lari – lari… stop.. lari – lari.. stop (jalan tuh ade 4 lorong). Tibe time lorong aku, budak yang lain berhenti, ade lar sorang budak gemok gemetong pergi lari… kedegammmm…. crrackkkk… budak gemok tuh berguling atas bonet, kemudian bersandar kat cermin… “Alamakk!!! cermin aku!!!”. Melekat bentuk bontot dier kat cermin kerete aku yang retak tuh. Nasib baik dual layer.. kalau 1 layer, dier dah duduk kat seat sebelah, siap aku bleh tanyer khabar lagi… Kemdian aku suruh budak lain tuh panggil cikgu, sambil aku tanyer budak gemok tuh “are you ok??”. Budak tuh geleng pun ade, anggup pun ade… ternyata dier bengong 5 minit. kemdian polis pun kebetulan lalu mase aku sembang ngan cikgu dier, suruh cikgu dier call mak bapak budak nie. Polis tuh bleh kate “kenape kamu langgar budak nie? line kuning – kuning nie maksudnyer orang melintas!!”. Punyer lar bangang… dalam hati aku kate, line kuning – kuning nie, pandu dengan perlahan… aku yang takde lesen nie pun tau lar.. bingai.. ops… terkantoi aku takde lesen.. Budak tuh takde paper, cume calar sikit kat kaki sebab bumper aku pecah dan koyakkan kaki dier, sementare cermin kerete aku berbentuk bontot budak gemok tuh untuk 2 hari setengah…

  10. sy pernah gak…
    motor honda 125…haha
    memang padan muke…
    tapi tu la fist time kene
    tapi ahamdulillah tak de pape cedera..
    time kene tuh,kat simpang 4 lagi tuh…
    memang giler ah,sy mase tu tengah press minyak,
    ingat boleh lepas lampu kuning tuh…skalik tibe2 lampu tukaq merah…
    haa..
    ape lagi…gedebuss langgar kereta…
    nasib baik sikit ja…
    sy terlambung la ke bahu jalan tuh…
    nasib baik kat tepi,kalo kat tengah2 tu jatuh
    alamaynyer..taw2 je lah…

    loque’s last blog post..Hosting Domain baru?

  11. aku tak pernah xcident.. ni kisah kawan aku laa… :hikhik:

    dia balik ke umah kol 3pagi.. masa tu dia cakap dia ngantuk sesangat.. mungkin sebab nak mengelak mengantok dia try ikut jalan yang dia tak biasa ikut ari tu.. :gegege:

    dia kata masa tu jalan nampak smooth jee.. tak banyak keta.. pas tu kene pulak angin malam yang memang sempoi sempoi bahasa… beliau disyaki terlena semasa ride motor tuu.. sebab menurut dia, dia terjaga di atas hamparan rumput yang empuk.. sempat terfikir.. macam mana leh lepak atas rumput ni.. lepas tu perlahan2 dia rasa kepala dah berdenyut.. tangan pedih.. kaki kebas.. “ooo aku xcident rupanya” beliau terpikir.. :happy:

    lantas dia terus mencari kelibat pembonceng setia kawan dia… ramai gak manusia prihatin kat mesia nie… sekelip mata je ramai gile sekeliling beliau dan rakan dia.. tolong tegakkan motoo.. kutip barang2 yang tercampak.. :terharu:

    arghh.. pendekkan cerita.. ambulance sampai.. polis pun sampai.. pas tu g sepital.. pas tu diberi ubat.. pas tu balik umah.. pas tue bersawang atas katil 3 hari tak boleh bangun.. sian dia kan…

    ditegaskan sekali lagi.. watak bukan aku.. hahahaha.. :hikhik:

    army4war’s last blog post..bukan dari hati

Leave a Comment