Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dipanjangkan usia serta jodoh aku dan isteri tercinta dapat meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang dah masuk tahun ke-4.
Semalam kami raikan hari istimewa ni dengan makan buffet steamboat sampai masing-masing kekenyangan yang melampau. Haha.
Isteri aku suka sangat makan steamboat. Dari awal lagi dia dah rancang dah. Aku layankan jela.
Pada tarikh 31 Ogos 2012 kami disatukan dengan ikatan pernikahan setelah lebih kurang 10 tahun kenal. Pertama kali berjumpa di kolej kat Taiping tempat kami sama-sama menuntut ilmu.
Sama-sama berasal dari Kelantan (daerah berlainan) tapi akhirnya dipertemukan di Perak. Jauh betul.
Teringat masa mula-mula kenal dulu. Rasa macam kelakar je. Tak sangka sekarang dah jadi suami isteri.
Perhubungan Jarak Jauh
Dalam tempoh perkenalan kat kolej dulu kami berkawan biasa je. Lepas dah habis belajar baru declare sebagai pasangan kekasih. Ececece..
Lepas tu bercinta jarak jauh sebab lepas dah habis belajar dia balik Kelantan. Aku pula terus menetap di Perak sebab abah aku pencen kerja polis dan balik kampung di Teluk Intan.
Tak ingat berapa lama kami teruskan hubungan jarak jauh. Bila masuk alam pekerjaan, kami dipertemukan lagi.
Alhamdulillah. Kerja tempat sama. Lepas tu tukar-tukar kerja.. Dia tak kerja.. Aku kerja.. Dia dapat kerja baru.. dan banyak lagi kisahnya kalau nak diceritakan dalam entri ni.
Macam-macam dugaan dan cabaran telah kami lalui. Sekarang ni alam rumah tangga pulak, lagilah macam-macam dugaan yang datang.
Semoga Allah memelihara hubungan kami suami isteri, dan mudah-mudahan sentiasa mendapat rahmat dan redhaNya.
Korang yang nak bernikah tu kena bersiap sedia daripada awal ye.
Buat isteriku, Suraya.. Terima kasih kerana dapat terima diri ini yang serba kekurangan. Terima kasih atas kasih sayang dan kebahagian yang dicurahkan selama ni.
Semoga berkekalan dan bahagia hingga ke syurga dengan izin Allah swt. Amin.. Amin.. Aminn..
wah selamat ya mas, sudah 4 tahun aja.. salam dari Blogger Pontianak.. west borneo Indonesia :D
Sweetnyer… semoga berkekalan hingga akhir hayat
Selamat atas perkahwinannya ya bang, semoga bahagia dan diberkahi selalu.
Aamiin…
wahh, moga berkekalan
Sayunye kalau PJJ selepas kahwin..
asam garam dalam pernikahan , hanya org yg rasa je tahu
selamat ulang tahun anarm dan isteri , nampak wife update hari tu tk smpt nak komen ..
aku baru nak masuk 3 tahun.
hoho..
Happy anniversary bro dan isteri.. semoga kekal till jannah yer.. emm pahit maung kehidupan ruamhtangga.. Bakal menjadi kenangan manis dihari tua kelak..hehe
happy anniversary bro!
semoga ikatan perkahwinan ini bertahan sampai hujung nyawa. Banyakkan bersabar & bertolak ansur
Alhamdulillah…happy anniversary buat tuan dan isteri. Moga bahagia hingga ke akhir hayat..amiinn…
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke empat :)
Selamat ulang tahun bro dengan kak suraya. InsyaAllah nak dirikan rumah tangga secepat mungkin. Daerah sama jugak :P
selamat ulang tahun perkahwinan…
semoga di berkati dan kekal sampai ke syurga :-)
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 4