Ujian Berpuasa, Dugaan Di Bazar Ramadan

Setiap petang sepanjang bulan puasa ni mesti ramai yang gemar pergi pasar atau bazar Ramadan beli makanan serta minuman untuk dijadikan juadah berbuka.

Seronok pergi bazar Ramadan, tapi kena ingat untuk bersederhana dan tak membazir makanan. Beli apa yang perlu sahaja.

Jangan sampai BAZAR Ramadan jadi BAZIR Ramadan.

Kalau diikutkan nafsu perut yang lapar, semua makanan yang ada di bazar Ramadan tu kita rasa nak beli sebab nampak sedap.

Lepas tu bila dah kenyang, makanan terbuang macam tu je.

Kalau yang boleh simpan untuk sahur ok juga. Tapi kalau makanan yang tak boleh disimpan lama? Ke tong sampah la jawabnya. Kan membazir tu.

bazar ramadan
Suasana di bazar Ramadan – Credit: The Malaysian Times

Aku salah seorang yang suka pergi bazar Ramadhan. Setiap kali pergi mesti cari nasi, kuih-muih sikit dan air dalam balang untuk menu berbuka puasa.

Ujian dan Dugaan di Bazar Ramadan

Di bazar Ramadan biasanya kita akan diuji. Pernah tak terbeli makanan lebihan semalam? Maksudnya makanan yang mungkin tak habis dijual, dipanaskan sebelum dijual semula oleh peniaga.

Akibatnya, sakit perut lah. Pembeli bukan tahu makanan tu yang recycle ataupun tak. Mungkin ada yang dah basi.

Kes ulat dalam makanan pun ada. Perut tengah lapar, semua nampak sedap.

Ada juga jualan air balang pelbagai rasa yang nampak memukau, tapi rupanya terlebih campur air sampai rasa tu hilang. Dah macam minum air kosong je.

Bisnes air balang bazar Ramadan
Bisnes air balang (gambar hiasan)

Boleh kata ramai ada pengalaman ‘tertipu’ oleh sesetengah peniaga di bazar Ramadan. Termasuk aku sendiri pernah juga diuji dengan kes seperti tu.

Semalam pun terkena sekali. Sabar jela.

Peniaga sepatutnya berniaga dengan ikhlas, jujur dan jaga kualiti makanan serta minuman yang dijual. Jangan semata-mata nak untung je.

Kesian orang lain dah berhabis duit beli makanan, tapi hasilnya mengecewakan.

Godaan Di Bazar Ramadan

Godaan di bazar Ramadan selain daripada hawa nafsu membeli macam-macam makanan (membazir), bagi kaum lelaki rasanya godaan paling kuat adalah wanita atau perempuan yang ada di bazar Ramadan tu. Hee..

Kebanyakan kaum wanita yang pergi bazar Ramadan aku perasan ada yang suka pakai pakaian yang seksi dan mencolok mata.

Dengan tak tutup auratnya sampai ternampak ‘gunung ganang‘, ‘lurah dendam‘, ‘apam tembam‘, ‘pau kembang‘ dan lain-lain lagi lah.

Macam sengaja ditunjuk susuk tubuh tu.

Wanita berpakaian seksi ke bazar Ramadan

Seksa mata kami kaum lelaki ni ‘tertengok’ semua godaan macam tu. Bukan sengaja tengok. Tapi kalau dah terpacul depan mata, lelaki mana yang tak tengok, kan? Huhu..

Kita ni hamba yang banyak dosanya kepada Allah. Di bulan yang mulia ni jangan la buat perkara-perkara yang akan menambahkan lagi dosa kita.

Kalau boleh elakkan dan jangan pula kita yang jadi punca orang lain dapat dosa.

Semoga puasa kita di bulan Ramadhan ini menjadi penghapus dosa. InsyaAllah.

27 Comments

  1. tak boleh pergi bazar pon, sebab tak boleh nak kawal anak dengan orang ramai cenggitu. kalau pergi pun anak dok lam keta ngan suami saya beli sendiri jer..
    tapi lepas beli menyesal sebab tak berapa sedap haha

  2. Hmm tu sebab saya tak pegi Bazar Ramadan .. lebih suka masak sendiri. Anak2 pun ok je .. :) sbb pak dia masak sedap ya amatttt .. hahahaha

  3. tahun ni memang nak masak sendiri semuaya. dari nasik, lauk, air dan kuaeh. siap ade senarai nak masak setiap minggu.
    senang sikit takla menggelabah fikir nak masak apa.

  4. Dok JB sekarang, boleh tahan juadah buka puasa kat Bazar Ramadan depa ni
    Satu je, dah tak sedap. mahal la pulok :(

    Nak berjimat masak sendiri la, ujian sungguh

    • Sama lah sini pun. Banyak makanan tak ikut selera tekak, tak sedap. Bab harga tu memang makin mahal dah sekarang ni.

      Masak sendiri lagi jimat duit.

  5. Dugaan tu betul bro aku pelik gak kadang-2 ada perempuan pakaian nauzubillahiminzalik . Pelik je gaya islam pakaian mak kalah amoi2 cun melecun ..

  6. dah terkena sekali dah aku. haha..

    sabaq aje la jawabnya.

    cuba try gak makan. tapi memang tak leh lalu dahh..

    keras semacam nasinya.

    • Aku pun banyak kali jugak terkena nasi keras. Terus hilang selera makan. Rugi je beli.

      Sekarang kalau pergi bazar Ramadan beli lauk jela. Nasi masak sendiri kat rumah.

  7. Baru sekali pergi bazar ramadan, tu pun beli sikit jer sebab tiada banyak pilihan…syukurlah dengan pilihan yg sikit dapat berjimat…hehe

    • Yup.. Memang tergoda tengok macam2 makanan ada. Semua nampak sedap.

      Kadang2 tak dapat kawal jugak beli banyak jenis makanan, tapi makan sikit je dah kenyang.

  8. saya tak suka pergi ke bazaar ramadan kerana godaan mata tu…habis pahala puasa sebab godaan terhadap wanita ini terlebih kuat dari nafsu makan dan minum…nasin baik saya dan keluarga suka masak sendiri dan makan sekadar yang perlu semasa ramadan ini..

    • Masak sendiri lagi bagus. Dah confirm sedap dan bersih. Makanan kat luar belum tentu bersih dan tak tau sedap ke tidak. Kalau tak sedap, rugi duit je beli.

      Godaan mata tu memang kuat. Sama je kot bagi semua lelaki. Hehe.

  9. setakat ni belum pergi lg bazaar ramadhan. ada pergi dua kali ke gerai-gerai kat area rumah ni… tak tau la yg tu dipanggil bazar ramadhan ke tak.. kecik jer pun

Comments are closed.