Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita sambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2011 ni. Hari perayaan dan sambutan atas kejayaan kita berpuasa selama sebulan. Diharap rakan-rakan blogger sekalian tiada seorang pon yang gagal menjalani ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadhan ni ye.
Jangan ada yang last-last minit cakap kena gastrik la, cirit birit la, kena makan baru sihat dan kuat. Jangan! Kalau badan tu sihat walafiat, jangan mintak nak ditimpa sakit pulak. Hargai dan bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang Allah dah bagi tu. Cakap “Alhamdulillah”.
Bulan puasa kali ni aku rasa macam hilang semangat sikit. Tak tau kenapa. Update blog pon dah jarang. Progress kerja pon slow semacam je. Nak kata banyak main, tak jugak. Nak kata lapar, takde la lapar sangat. Masih boleh bertahan. Penat? Hurmm.. Entah la.
Harap-harap lepas raya ni aku dapat lebih agresif dalam menjalankan tugas. InsyaAllah.
Persiapan raya korang tahun ni macam mana? Banyak kuih dah siap hidang? Berapa pasang baju raya dah prepare? Aku sambut gitu-gitu je. Semangat beraya dah tak macam zaman kecik-kecik dulu. Dulu seronok la beraya sebab dapat duit raya.
Sekarang ni, kena bagi duit raya kat budak-budak pulak. Bukan kedekut. Cuma.. Cuma… Hehe.. Takpe la. Sambut raya Aidilfitri pun setahun sekali je kan. Apa salahnya korban sikit bagi budak-budak rasa seronok sambut raya. Nanti diorang dah besar, diorang pulak kena bagi duit.
Mesti ramai yang dah siap sedia nak balik kampung. Yang dah selamat sampai kampung pun ada tu. Best la korang. Bagi yang baru nak balik kampung, pastikan rumah kunci betul-betul sebelum bertolak. Tingkap-tingkap tutup rapat. Kalau ada jiran sebelah yang tak balik kampung, minta diorang tolong tengok-tengok rumah kot-kot masuk pencuri ke, lipan ke.
Untuk korang yang balik kampung naik kereta, motor atau sebagainya, berhati-hatilah di jalan raya. Patuhi undang-undang ye. Follow tips elakkan kemalangan jalan raya. Biar lambat asalkan selamat. Malang tu kan tak berbau. Ingat insan tersayang sedang menanti korang di kampung. Harap-harap semua selamatlah hendaknya.
Okey! Sebelum akhiri entri ni, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan seperjuangan, rakan-rakan Twitter dan Facebook yang sudi singgah dan baca entri ni, big boss dan rakan-rakan sepejabat, serta kepada semua pelawat yang tak bosan-bosan masuk blog ni walaupun tiada kemaskini entri baru.
InsyaAllah lepas raya nanti akan ada sedikit perubahan di blog Anarm.Net dan juga dalam diri yang serba kekurangan ni. Jutaan maaf zahir dan batin juga atas segala salah silap yang tak disengajakan.
selamat hari raya ye..maaf zahir dan batin. :heart:
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan Batin.. dan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54.. ;)
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Blogger Sekalian.
Selamat Hari Raya Aidilfitri bro
walepatliat.. tu cerita Nora Elena.. hahaha..
Selamat Hari Raya Aidilfitri bro Anarm.. :biggrin:
Kepada tuan punya blog ni ..Encik Anarm.
Tak lupa juga kepada pembaca pembaca setianya..
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba…Selamat Hari Raya Aidilfitri
????? ???? ??? ??????????
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari blog.hariz :)
Raya mai lah rumah :P
pejam celik..dah nak raya rupanya.. :blush:
:biggrin: selamat hari raya kepada semua muslimin dn muslimat… bro selalu updte blog ea.. hehe blog yg best ni kalo x update rugi sgt bro :tongue:
Selamat Hari Lebaran. Mohon maff, zahir dan bating :-)
Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin.
selamat hari raya anarm. semoga raya ini merupakan raya yang teristimewa ;)
Selamat Hari Raya daripada blog Ekspresi Ruang :happy:
salam aidilfitri untuk bro
Selamat Hari Raya. Maaf, zahir dan batin. :cheerful:
Selamat Hari Raya. Maaf, zahir dan batin :-)
:biggrin: Selamat Berhari Raya…:)
Selamat hari raya aidilfitri jugak bro :D
Kang raya nanti jemput la ke rumah aku :D
selamat hari raya aidilfitri buat semua pembaca blog ini dan juga pemilik blog! semoga raya tahun ni meriah dengan gelak tawa sanak saudara. jangan biar anak-anak saudara main mercun sangat, kalau pop2 xpe :)
selamat hari raya jugak bro…maaf zahir dan batin..
selamat menyambut merdeka raya!….