Hari tu aku balik kampung lupa nak bawa berus gigi dan ubat gigi. Lepas tu kena bebel dengan mak aku sebab lupa benda penting tu.
Berus gigi dan ubat gigi ni sangat penting untuk menjaga kebersihan gigi dan juga mulut kita. Bila gigi dan mulut tak bersih, senang dapat penyakit. Jika kita kunyah makanan, kita kunyah sekali dengan kuman. Lepas tu telan masuk dalam perut.
Sebab tu senang dapat penyakit. Ingat! Kesihatan bermula daripada gigi yang sihat.
Gigi yang bersih dan sihat juga mencerminkan personaliti individu. Bila aku pandang cermin tengok gigi aku, nampak sangat aku ni seorang PEROKOK. Gigi kuning!
Lepas tu kononnya nak manja-manja la dengan mak. Sambil tunjuk gigi aku cakap, “Mak! Gigi kuning“. Terus kena bebel lagi dengan mak aku lepas tu. Haha..
Kebetulan abang aku ada kat situ (juga seorang perokok), dia pun rekemen ubat gigi ZACT LION Smokers yang dah pun berjaya buat gigi perokok dia tu kembali putih.
Memandangkan aku sekarang ni dah jadi tunangan orang, dan sikit masa lagi akan duduk atas pelamin, takkan senyum atas pelamin tu nampak gigi kuning kan. Malu la kat orang ramai.
Aku pon beli satu ubat gigi ZACT LION ni kat Watsons. Kalau tak silap aku harga dia RM6.21 (150g). Aku beli yang ada gambar rokok.
Satu jenis lagi ada gambar cawan kopi dan teh. Untuk orang yang suka minum kopi dan teh kot. Nanti nak cuba yang tu pulak.
Zact Lion Smokers’
- Rumusan penanggalan kotoran tembakau termaju yang efektif.
- 60% lebih kuasa penanggalan kotoran berbanding ubat gigi biasa.
- Mencegah gigi berlubang dan plak.
- Gigi yang sihat, nafas yang segar dan senyuman yang menyakinkan.
- Selamat untuk kegunaan harian.
Zact Lion Whitening
- Rumusan pemutihan termaju yang efektif dalam penanggalan kotoran kopi,
teh dan tembakau. - 60% lebih kuasa penanggalan kotoran berbanding ubat gigi biasa.
- Mencegah gigi berlubang dan plak.
- Selamat untuk kegunaan harian.
Harap-harap dapat la putihkan balik gigi ni, dan dapat berhenti hisap rokok. Untuk menjamin kesihatan diri dan juga keluarga.
mahal ubat gg ni, tapi layan :devil:
aku ingat nka try la Zact Lion Whitening tu… dlu zaman muda duk kuat minum nescafe 3 in 1, sampai kuning dah gigi ni…
nasib bek aku x merokok
:cheerful: wah dah ready nak senyum atas pelamin dah training belum..:)
bagus2 juga ada benda alah nie..:) mmg tak tahan bila bercakap dgn perokok tegar mmg bau mengagal komunikasi 2 hala…:)
ko try kayu sugi. aku dulu peminum kopi yang tegar. kuning gak. bantai kayu sugi hari-hari..ok balik dah. lagipun..guna 3 batang pendek aje..leh tahan berbulan-bulan. save budget. haha..siap kunyah-kunyah lagi kayu sugi tu..
Pergi klinik gigi je senang :)
hahahaha,ubat gigi macam nie pun ada ek
ok ker bro, bro pakai ok x, aku malas jer kalau dia power sbb menghakis gigi
berhenti isap rokok lah….. tp nak berhenti tuh sure konfem susah gila nk mati kan kan kan…. mcm, tak try ke pil2 nikotin mcm dlm iklan TV tuh… agak2 jadi tak kalau try benda2 mcm tuh nak stop hisap rokok ?
@Aizan Fahri,
Aku suka lawak “perokok susah nak mati tu” :)
Oh!! Ubat gigi yg terbaik ni Anarm.Thanks yah…(tapi selalu guna kayu sugi)
Aku pernah try guna dulu lah.Harga dia pun boleh tahan untuk tiub yg kecik :)
Kesian pada adik nanti melihat gigi abang koning. Nanti adik tidak mahu dekat. :-)
@akubiomed, adik mana ni? adik sape? :lol:
orang cakap kalau pakai ubat gigi pemutih ni, gigi cepat reput…katanye
@Shahrul, kalau tak silap aku, ubat gigi pemutih selain buang karat pada gigi dia ada bahan yg bantu kuatkan gigi.. yang jadi punca reput tu sebab karat gigi dan bakteria.. kena buang karat pada gigi baru gigi kuat..
lagi satu cara kita berus gigi.. berus gigi ikut gerakan atas bawah atas bawah atau gerakkan dalam bentuk bulatan.. jangan berus secara melintang sebab akan menghakis lapisan enamel pada gigi
Uittt….berkesan ke…kalau berkesan nak beli ke abah 1….keh3….jahat x anak dia
@miszgarfien, abang org pakai bleh je putihkan gigi.. dia buang karat2 kat gigi kesan rokok, kopi dan teh.. beli la 1 untuk abah..
@Anarm, kalau camtu, leh la beli utk abah….payah betul ada perokok tegar ni
@miszgarfien, bleh la org geng dgn abah dia.. haha :lol: