Tutup Akaun Streamyx

Minggu lepas aku pergi TMPoint buat urusan tutup akaun Streamyx sebab rumah yang aku duduk sekarang tiada infrastruktur TM (tiada kemudahan telefon dan internet).

Baru aku tahu rupanya ada juga kawasan yang TM tak sediakan kemudahan infra. Ingatkan semua tempat ada coverage.

TMPoint tutup akaun Streamyx

Kat rumah sekarang aku hanya bergantung pada internet Celcom postpaid yang aku guna di smartphone. Bila nak guna internet untuk buat kerja atau update blog, terpaksa tethering sambungkan internet dari phone ke laptop.

Nasib baik line internet Celcom kat rumah aku boleh tahan laju juga speed dia.

Cuma yang tak bestnya kuota internet mobile ni cepat habis bila sambungkan internet ke laptop. Lepas tu speed internet akan jadi slow giler, tapi masih boleh guna. Kadang-kadang tu tak boleh nak online langsung.

Borang tutup akaun internet Streamyx
Borang tutup akaun internet Streamyx

Oleh sebab internet menjadi keperluan bagi seorang blogger macam aku ni dan nak buat kerja pun perlukan internet, jadi kena beli internet broadband terbaik untuk memudahkan aku online di rumah.

Takkan setiap masa nak tethering guna phone je. Bateri phone pun cepat habis.

Aku dah beli simkad (prepaid) untuk jadikan internet broadband. Saja ambil prepaid sebab aku dah ada postpaid.

Lagipun guna internet yang jenis prepaid ni pada pendapat aku lagi bagus. Takda kontrak dengan syarikat telco. Komitmen bulanan pun takda. Rasanya guna prepaid lebih jimat berbanding postpaid.

Harap-harap boleh beri perkhidmatan internet dengan baik.

15 Comments

  1. Saya pun baru je tutup akaun streamyx sebab masalah kabel kat blok kediaman saya ni jugak. Terpaksa beralih arah ke P1… huhuhu

  2. Lepasni upgrade pakai Maxis Fibre la pulak. Laju! Kalau nak jimat cuba ABN Xcess tapi coverage dia limited. Kalau TM takda, apatah lagi ABN. Hehe.

  3. lama-lama nanti wujudlah infrastruktur tm tu. Tak kemana dah streamyx tu. So, buat masa ni lanyaklah broadband tu puas-puas ye.

  4. umah saya ni ada streamyx tapi limited kuota sebab TM kata pencawang dah penuh..dah hampir 4 tahun guna celcom broadband..kekadang sakit jiwa juga.

    • Tu la pasal.. Tapi terpaksa guna broadband jugak sebab kat rumah takde Streamyx / UniFi.. Guna internet yang ada limit kuota ni memang tak best..

  5. All the best bro Anarm… saya pakai Altel, celcom dan maxis ni tak laju-laju yang ada masalah. Mungkin area saya ni banyak bangunan tinggi..

    • Broadband memang cepat habis kuota.. Nak sedap kena langgan kuota yang besar.. Tapi mahal sikit lah nak membayarnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *