Tukar Windows 7 kepada Windows 8

Mungkin ramai dah tahu tentang versi Windows 8 yang bakal dilancarkan oleh pihak Micro$oft tampil dengan fungsi-fungsi baru.

Di laman-laman t0rrent, versi Windows 8 dah pon boleh dimuat turun dan beberapa screenshot berkait dengan Windows 8 dah banyak tersebar di internet. Wallpaper Windows 8 juga nampak macam menarik.

Windows 8 Skin Pack

Melalui beberapa maklumat tentang Windows 8 yang tersebar di internet, Windows 8 skin pack telah dibina oleh beberapa pihak.

Ianya dikatakan mengandungi fungsi-fungsi sama seperti yang terdapat pada sistem operasi Windows 8.

windows 8 download skin pack

Windows 8 Skin Pack dibina dengan visual styles seperti yang ditunjukkan melalui screenshot yang bocor di internet dan beberapa aplikasi third party untuk membolehkan pengguna merasa sendiri fungsi yang terdapat pada Windows 8.

Bagi sesiapa yang rasa nak tukar Windows 7 kepada Windows 8, bolehlah cuba ‘8 Skin Pack for 7‘.

Cara Install 8 Skin Pack for 7

Sebelum skin pack ni dipasang, korang akan diberi pilihan untuk install ‘UXTheme Patch‘ dan beberapa komponen tambahan seperti wallpaper, visual styles, aplikasi third party dan lain-lain.

Korang boleh pilih sama ada nak pasang kesemuanya atau hanya sesetengah komponen sahaja sebelum meneruskan proses install.

Korang hanya perlu expand pilihan yang disediakan dengan menekan tanda + dan unselect komponen-komponen yang korang taknak.

Kemudian, tekan butang ‘Install’ untuk memulakan proses pemasangan.

install windows 8 skin pack
Install Windows 8 Skin Pack for Windows 7

Proses pemasangan akan dijalankan di mana ianya akan memasang komponen-komponen yang dipilih ke dalam sistem operasi Windows 7 korang.

Setelah proses pemasangan selesai, reboot atau restart komputer untuk lihat perubahan yang berlaku ke atas Windows 7 korang tu.

windows 8 skin pack reboot
Proses pemasangan 8 Skin Pack for 7 selesai. Reboot.

Lepas sistem komputer korang selesai reboot, korang akan nampak paparan Windows 8 dengan aplikasi third party seperti Aura dan Taskbar User Tile.

interface baru windows 8 skin pack
Paparan Windows 8 baru (transformation pack)

Info Tentang Windows 8 Skin Pack

Support

  • Windows 7 SP1
  • x86 (32Bit) dan x64 (64Bit)
  • Best Work in x86 (32Bit)
  • All Language Versions

Programs

  • Resource Hacker
  • Universal Theme Patcher 1.5.0.22 oleh deepxw
  • Moveex 1.0.1 oleh Frank P.Westlake
  • JPGtoBMP 1.0 oleh efg’s Computer Labs
  • Taskbar UserTile alpha 7.1 oleh angelwzr
  • Aura Beta 3 oleh Stealth2010
  • Aero Lite Theme oleh thepanda-x
  • Windows 8 Aero Theme oleh velix94

Download

Windows 8 Skin Pack for 7

Nota Penting:
Sesetengah skin pack atau transformation pack sangat sukar untuk dibuang dan ada kalanya system restore pon tak dapat kembalikan kepada paparan asal.

Sebelum korang install 8 Skin Pack for 7 ni, pastikan korang backup terlebih dahulu sistem Windows 7 untuk membolehkan komputer korang kembali kepada paparan asal. Mana la tahu kot-kot korang tak berkenan nanti.

Pastikan juga UAC (User Account Control) di komputer telah disabled.

Untuk uninstall skin pack ni, hanya perlu masuk ke Control Panel dan Uninstall Program.

36 Comments

  1. cantik gak theme tu. Nanti tunggu yg real lah baru nak install. Sekarang maintain Win 7 je. Takbanyak masalah dgn Win 7compare nagn XP, Vista last time.

    • @ahmad kamil, kalo kat netbook tu teman tak pasti.. biasa yang dok pasang benda2 macam ni biasanya yang pakai desktop dengan laptop je.. netbook specs dia mungkin rendah skit dan mungkin tak sesuai pasang benda2 camni.. tapi kalau nak cuba apa salahnya.. cuma, sebarang perkara yg tak diingini berlaku tu adalah tanggungjawab sendiri.. apa kata try google dulu, selidik dan tengok dulu sama ada specs netbook tu sesuai atau pun tak untuk pasang skin ni.. :wink:

  2. Windows 8 Jadian la ni haha,

    aku yg ada pon windows 7 starter je ni, ofis pon masih XP lagi, entah bila nak upgrade

    • @Rjuna, windows 8 yg betul2 tak keluar lagi.. tahun depan baru keluar.. pc kat opis aku pon pakai xp jugak.. cuma pc aku je pkai windows 7.. tu pon aku yg upgrade senyap2.. haha..

  3. menarik, tp paparan dalam image tu bape sedap memandang. taskbar dia pun aku nampak lebih kurang ubuntu jerk. just tukar pakai profile picture. hoho, windows tiru ubuntu ke? haha

  4. Aku paling malas tukar themes/skins sebab kebanyakannya bila nk restore default jadi cerca merba..

  5. Assalamualaikum, dengar kate windows banyak function menarik and interface menarik, tak sabar nak menunggu windows 8 then harge windows 7 ori akan menurun :).

  6. cara jugak buat macam ni
    tapi aku rasa ramai yang tercari-cari installer windows 8
    kalau ada aku pun tak sabar nak cuba guna

    • @laici, FYI, windows 8 tak keluar lagi.. dari apa yang diberitahu, windows 8 tahun depan baru keluar.. yg ada sekarang ni cuma windows yang dah diubah jadi mcm windows 8..

  7. ingatkan installer win8 tadi.. bru nk download.. btw thank inform.. boleh lah juga try2 pakai tranform pack ni :biggrin:

    • @Izamir Ridzwan, installer windows 8 takde lagi.. yg ada kat laman torrent pon windows yg di-customize jadi windows 8 (customized dari windows 7 atau windows vista).. so, takyah la penat2 cari, penat2 donlod sume tu.. tunggu je micro$oft lancar windows 8 dulu nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *