Tukar Theme Blog Kesan Pada Pelawat dan SEO

Entri kali ni tentang “Tukar Theme Blog“. Sebelum tu, aku nak berterima kasih kepada kawan-kawan blogger yang telah menegur blog ni dalam Segmen Saya Mahu Ditegur anjuran blogger Eyriqazz.

Selain komen-komen yang diberikan di entri tersebut, aku ada juga terima email daripada beberapa orang follower blog AnarmNet ni (silent reader katanya) yang turut memberikan komen dan teguran.

Antara komen yang diberikan melalui email tu adalah berkaitan theme blog. Dia tengok blog-blog lain kerap tukar theme tapi blog ni dah bertahun-tahun tak tukar theme.

Soalan dia, kenapa aku tak tukar theme baru macam sesetengah blog lain?

tukar theme blog mempengaruhi seo

Kalau ikutkan perancangan aku memang ada niat nak tukar theme baru. Tapi kadang-kadang rasa sayang jugak nak tukar sebab dah banyak aku edit theme ni.

Lagipun sebelum tukar theme ada banyak benda nak kena fikir dan rancang sebelum buat pengubahan pada blog.

Pemilihan Theme Yang Sesuai

Proses tukar theme bukan setakat pilih theme yang cantik lepas tu terus tukar.

Ada proses yang perlu kita pastikan dengan theme baru yang nak diguna supaya blog kita mesra pembaca / pelawat dan mesra SEO.

Perkara Perlu Semak Sebelum Tukar Theme Blog

  • Adakah theme tersebut compatible dengan semua pelayar internet seperti Mozilla Firefox, Google Chrome, Opera dan sebagainya?
  • Macam mana rupa theme tu bila dilihat melalui smartphone atau peranti mudah alih?
  • Struktur code yang digunakan pada theme baru
  • Penggunaan H1, H2, H3 dan H tag seterusnya pada theme baru
  • Periksa loading speed dengan theme baru sama ada cepat atau lambat
  • Kesesuaian plugin dan widget dengan theme baru
  • Jumlah link yang dipaparkan di setiap halaman dalam blog
  • Adakah ruang pengiklanan berada di kedudukan yang betul dan berkesan?
  • Saiz sidebar yang sesuai supaya widget tak terkeluar daripada ‘kotak’ (biasanya > 300px)
  • Buang link tak diperlukan (encrypted) dalam theme seperti di bahagian footer dan lain-lain
  • Bandingkan code theme lama dengan theme baru (SEO lebih baik atau lebih teruk)

 
Ada lagi perkara-perkara lain yang perlu diambil kira. Jika tersilap pilih theme, pelawat mungkin tak suka datang blog kita. Kesannya juga boleh mempengaruhi SEO blog.

Kekuatan SEO pada blog akan berkurangan bila theme yang digunakan tidak mengikut standard SEO seperti yang disarankan oleh Google, selain daripada content.

Oleh sebab tu, penting untuk kita semak dulu dan kalau perlu bandingkan struktur code yang digunakan pada theme lama dan baru supaya penukaran theme tidak memberi kesan buruk kepada blog kita.

Theme Mesra SEO, Betul ke Mesra?

Banyak theme yang nyatakan ianya Theme Mesra SEO. Tapi pernah ke kita check setiap code yang digunakan pada theme tu?

Bagi mereka yang mahir dengan coding mungkin tak jadi masalah. Bagi yang kurang tahu mesti rasa menyesal bila tukar theme yang dikatakan power dari segi SEO tapi rupanya banyak kekurangan.

theme blog mesra seo

Tukar theme bukan saja blog jadi nampak lebih cantik dan mesra pelawat. Tukar theme juga mempengaruhi SEO blog. Jika pemilihan theme tu tepat, ciri SEO blog kita boleh jadi lebih mantap.

Tersalah pilih theme, SEO blog akan rosak.

Kalau asyik tukar-tukar theme pula macam mana agaknya kesan dia pada blog?

Oleh sebab itulah blog AnarmNet ni masih kekal guna theme yang sama sampai sekarang. Aku cuma edit mana-mana yang perlu diubah ikut kesesuaian.

Kalau rasa bosan asyik tengok theme sama je, aku tukar warna, tukar background, tukar font, tukar header dan lain-lain.

Theme baru untuk blog ni dah ada cuma belum siap sepenuhnya. Masih banyak yang nak kena edit di localhost. Dah siap nanti baru akan tukar theme.

Tak tau bila. Mungkin tahun depan.

61 Comments

  1. Saya pun baru tukar template…masih lagi belajar tentang SEO ..bukan senang..rasa perit nak dapat tu..satu lagi ia perlu masa dan tempoh yang panjang untuk mendapatkan hasil..bukannya kita buat kuih goreng dan dah siap…

  2. salam…. saya nak tanya macam mana nk letak background kat blog kita. saya dh tukar templat seo (xpasti seo yg sebenar atau x sbb saya xpandai coding) pastu bila dh tukar, walaupun guna customize still xdpt tuka… how? boleh ajar ke…

  3. Rasanya theme tuan ni xde masalah. Sedap je mata memandang. Apa guna theme cantik kalau seo xpower. Betul x? Saya tengok theme blog mat saleh bukannya cantik sangat pun. Tapi PR dia tersangatlah hebat. Ada yang PR 6, 7 dan 8. Pada hal theme biasa2 je.

  4. Kupasan menarik… Saya reti guna theme ready made jer. Tak sure mesra SEO ke tak. Guna Genesis rasa cam senang nak edit itu ini.

    Ada try Woo Framework tapi terasa cam overcomplicated.

    Apapun, saya suka sharing tuan. Rasa nak berguru bad edit coding dan CSS. Sendiri buat asyik rosak theme jer. Haha…

  5. sesekali tukar colour dan widget tu boleh kalau nak tukar theme memang perit, sebab pernah terkena bila tukar theme langsung tka boleh buka balik my blog….beberapa mengigau tak dapat buka…..perghh tu yang gerun tu…

    • Memang banyak kerja kalau nak salin kulit baru. Lebih baik rilek dan tunggu masa yg lebih sesuai untuk buat perubahan..

  6. Walaupun sedar tentang akibatnya, ini antara perkara paling kerap saya buat sebagai blogger baru …. memang apa yg saudara Anarm katakan tu betul belaka.

    • Bila dah rasa sendiri akibatnya, perkara tu boleh jadi pengajaran dan juga pengalaman. Semua tu dapat bantu kita untuk jadi lebih baik dalam bidang blogging..

  7. kalau dah bosan atau ada masalah baik tukar template
    tp kalau dah template terbaik x perlu tukar
    boleh ubahsuai skit2
    kadang kala template beri indentiti juga :)

  8. byk kali jugak ambe tukar themes..last tukar sbb terpaksa..kalau tak, mmg nak stick dgn themes tu lagi 2-3 tahun…uhuuhu

    mmg ada niat untuk tempah, kumpul kosnya dulu =)

    pepun, themes ni mmg simple dam loading pun laju…jeles ambe..hehe

    • Semoga berjaya kumpul kos untuk tempah theme. Kalau ada ilmu sikit2 tentang cara nak edit theme mesti lagi senang nak edit sendiri. Theme ni pun edit sendiri je asal daripada theme percuma.

  9. Teringin juga nak tukar Theme supaya lebih mesra SEO… Tapi mungkin tunggu saya beralih kepada platform wordpress dulu… Tapi tak tahu ntah bila masanya…

    • Kalau dah ada niat nak beralih ke WordPress, teruskan je. Tanda dah sampai seru dah tu. Entah2 bila dah beralih ke WordPress blog jadi bertambah power. Rugi kalau lambat bertindak..

    • Blogger perempuan memang lebih suka theme yang lawa, ada hiasan bunga2, burung2. Dari segi SEO dan lain2 tu jarang sangat diorang fikir.

      Tapi walaupun macam agak serabut, blog diorang ada tarikan tersendiri. Tambah2 bila dia letak gambar sendiri kat blog. Muka cun plak tu. Ramai la yang datang singgah. Hehe..

  10. angkat tangan tanda setuju, banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum menukar theme. jangan sedap mata sendiri memandang sahaja, dah rupa syok sendiri namanya tu. tapi kemesraan theme ke laut. tapi kalau abe anarm punya theme, semua meletop. kite suke sgt tau. :p

    • Puji lebih sangat ni. Ada apa2 ke? Haha..

      Kita buat blog untuk bagi orang baca. Jadi, kena ambil kira juga pendapat pembaca, diorang suka atau tak suka dengan blog kita. Kalau semua buat ikut sedap mata sendiri je memang syok sendiri namanya.

      Bagus jugak join segmen yang eyriqazz buat. Banyak dapat teguran daripada pembaca. Tiada yang sempurna. Banyak lagi yg perlu diperbaiki.

      • kalau aku join segmen tu, agak-agak ada tak yang sudi menegur aku? hehe

        siyes, aku memang minat hasil tema yg ko buat. menarik, kemas. :)

  11. Untuk aku buat masa ini akan setia dgn theme yg dipakai skrg sebab ianya telah mendapat sentuhan olahan dari pakar Eizil Network. Suka dgn hasilnya.

    • Kalau theme dah dapat sentuhan dari pakar rasanya dah tak perlu tukar theme dah. Boleh guna untuk 1-2 tahun lagi tu. Akan datang mungkin ada perubahan pada konsep SEO, time tu baru bikin theme lain.

  12. Saya pun teringin nk tukar sbb lama pakai theme yg sama, lgpun sayang sbb customade. Nak bega2 kod tu yg lemah tak pandai sangat takut jd lain pulak nanti..sebab dlu orang buatkan.

    Repeat komen, banyak sangat typo haha

  13. Saya pun teringin nk tukar sbb lama pakai theme yg sama, lgpun sayang sbb customade. Nak bega2 kod tu yg lemah tak pandai sangat takut jd pulak nanti sebab dlu orang buatkan ????

    • Setuju. Itu cara paling mudah nak refreshkan blog termasuk mood diri sendiri. Bila blog dah berubah wajah walaupun cuma tukar kaler2, mood blogging pun boleh jadi meningkat.

      Kalau nak tukar theme baru kena guna banyak masa untuk editing. Lebih baik guna masa tu untuk tulis artikel dalam blog.

  14. memang betul. pilih theme bukan setakat cantik di mata , tetapi yg memudahkan kerja edit mengedit di belakang tabir

    • Pilih theme yang senang edit tu pun salah satu cara nak bagi blog jadi lebih mantap. Paling best dengan theme yang senang edit ni kita boleh buat theme blog kita nampak lain daripada theme asal. nampak unik..

  15. aku lepas tukar tema 2 tahun lepas terus jatuh seo aku….now nak naik balik memang susah….kalau ada masa free komen sikit pasal blog aku yg serba kekurangan tu…

    • Bila dah naik balik mesti terus melambung tinggi. Blog bro aku tengok dah ok dah tu. Tengok kat chkme.com SEO score 100% – Congratulations! Power ahh..

  16. Tukar template bukan mudah, walaupun untuk blog blogspot. Ya, benar sekali akan perkara-perkara nak kena titik beratkan tu. Pernah beberapa kali tukar template, dan tahu rasa perit bila trafik jatuh menjunam.

    Tapi, kalau kena gaya, apabila tukar template, jika dah edit bahagian untuk SEO, trafik akan tetiba mencanak naik, seolah macam kena renjatan elektrik adanya.

    Apapun, untuk tukar template memang bukan sesuatu perkara yang boleh ambil mudah dan dibuat suka-suka. Tukar background, warna, font tu dah cukup untuk berikan kelainan sesekali.

    • Tengok blogger2 sekarang ni cuma nak theme blog nampak cantik dan terus rasa happy. Bahagian2 lain tak ambil kira.

      Biasanya theme yg mesra SEO ni grafik dia kurang menarik atau terlalu simple. Mungkin sebab tu kot ramai tak berminat. Dia nak theme cantik je tapi tak fikir theme tu mesra SEO ataupun tak.

  17. org terer code and teknikal..mungkin ada masa dan arif pasal tu semua..tapi setengah orang.asal nampak cantik je dah..pasal compatible,code W3c ke idak..mana amek port..tu sebab blog ko ni mantap..:D

    • Blog aku memang mantap. Hahaha. Nak tukar theme baru tapi banyak masa nak guna untuk edit theme. Kepala pun pening asyik tengok code.

  18. Tu la,kadang-kadang ada juga terfikir nak tukar theme lain,tetapi bila fikirkna balik,banyak benda yang perlu diambil kira,guna je la apa yang ada dulu

    • Betul tu. Guna dulu apa yang ada. Sambil2 tu boleh buat sikit-sikit untuk theme baru. Dah siap nanti boleh terus tukar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *