AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Blogging » Tukar Theme Blog Kesan Pada Pelawat dan SEO

Tukar Theme Blog Kesan Pada Pelawat dan SEO

01/10/2013 Anarm 60 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Entri kali ni tentang “Tukar Theme Blog“. Sebelum tu, aku nak berterima kasih kepada kawan-kawan blogger yang telah menegur blog ni dalam Segmen Saya Mahu Ditegur anjuran blogger Eyriqazz.

Selain komen-komen yang diberikan di entri tersebut, aku ada juga terima email daripada beberapa orang follower blog AnarmNet ni (silent reader katanya) yang turut memberikan komen dan teguran.

Antara komen yang diberikan melalui email tu adalah berkaitan theme blog. Dia tengok blog-blog lain kerap tukar theme tapi blog ni dah bertahun-tahun tak tukar theme.

Soalan dia, kenapa aku tak tukar theme baru macam sesetengah blog lain?

tukar theme blog mempengaruhi seo

Kalau ikutkan perancangan aku memang ada niat nak tukar theme baru. Tapi kadang-kadang rasa sayang jugak nak tukar sebab dah banyak aku edit theme ni.

Lagipun sebelum tukar theme ada banyak benda nak kena fikir dan rancang sebelum buat pengubahan pada blog.

ISI KANDUNGAN hide
1 Pemilihan Theme Yang Sesuai
2 Perkara Perlu Semak Sebelum Tukar Theme Blog
3 Theme Mesra SEO, Betul ke Mesra?

Pemilihan Theme Yang Sesuai

Proses tukar theme bukan setakat pilih theme yang cantik lepas tu terus tukar.

Ada proses yang perlu kita pastikan dengan theme baru yang nak diguna supaya blog kita mesra pembaca / pelawat dan mesra SEO.

Perkara Perlu Semak Sebelum Tukar Theme Blog

  • Adakah theme tersebut compatible dengan semua pelayar internet seperti Mozilla Firefox, Google Chrome, Opera dan sebagainya?
  • Macam mana rupa theme tu bila dilihat melalui smartphone atau peranti mudah alih?
  • Struktur code yang digunakan pada theme baru
  • Penggunaan H1, H2, H3 dan H tag seterusnya pada theme baru
  • Periksa loading speed dengan theme baru sama ada cepat atau lambat
  • Kesesuaian plugin dan widget dengan theme baru
  • Jumlah link yang dipaparkan di setiap halaman dalam blog
  • Adakah ruang pengiklanan berada di kedudukan yang betul dan berkesan?
  • Saiz sidebar yang sesuai supaya widget tak terkeluar daripada ‘kotak’ (biasanya > 300px)
  • Buang link tak diperlukan (encrypted) dalam theme seperti di bahagian footer dan lain-lain
  • Bandingkan code theme lama dengan theme baru (SEO lebih baik atau lebih teruk)

 
Ada lagi perkara-perkara lain yang perlu diambil kira. Jika tersilap pilih theme, pelawat mungkin tak suka datang blog kita. Kesannya juga boleh mempengaruhi SEO blog.

Kekuatan SEO pada blog akan berkurangan bila theme yang digunakan tidak mengikut standard SEO seperti yang disarankan oleh Google, selain daripada content.

Oleh sebab tu, penting untuk kita semak dulu dan kalau perlu bandingkan struktur code yang digunakan pada theme lama dan baru supaya penukaran theme tidak memberi kesan buruk kepada blog kita.

Theme Mesra SEO, Betul ke Mesra?

Banyak theme yang nyatakan ianya Theme Mesra SEO. Tapi pernah ke kita check setiap code yang digunakan pada theme tu?

Bagi mereka yang mahir dengan coding mungkin tak jadi masalah. Bagi yang kurang tahu mesti rasa menyesal bila tukar theme yang dikatakan power dari segi SEO tapi rupanya banyak kekurangan.

theme blog mesra seo

Tukar theme bukan saja blog jadi nampak lebih cantik dan mesra pelawat. Tukar theme juga mempengaruhi SEO blog. Jika pemilihan theme tu tepat, ciri SEO blog kita boleh jadi lebih mantap.

Tersalah pilih theme, SEO blog akan rosak.

Kalau asyik tukar-tukar theme pula macam mana agaknya kesan dia pada blog?

Oleh sebab itulah blog AnarmNet ni masih kekal guna theme yang sama sampai sekarang. Aku cuma edit mana-mana yang perlu diubah ikut kesesuaian.

Kalau rasa bosan asyik tengok theme sama je, aku tukar warna, tukar background, tukar font, tukar header dan lain-lain.

Theme baru untuk blog ni dah ada cuma belum siap sepenuhnya. Masih banyak yang nak kena edit di localhost. Dah siap nanti baru akan tukar theme.

Tak tau bila. Mungkin tahun depan.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Blogging Keyword : theme blogspot, theme mesra pengguna, theme seo, theme wordpress, tukar theme, WordPress

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Segmen – Saya Mahu Ditegur
Next article:
Cabaran Makan Domino’s Pizza

60 Comments

  1. ema says

    20/05/2015 at 12:37 PM

    salam…. saya nak tanya macam mana nk letak background kat blog kita. saya dh tukar templat seo (xpasti seo yg sebenar atau x sbb saya xpandai coding) pastu bila dh tukar, walaupun guna customize still xdpt tuka… how? boleh ajar ke…

    Reply
  2. Dulu Lain Sekarang Lain says

    10/03/2015 at 11:09 AM

    Kawe dah berpuluh kali tukar theme utk tujuan ni…
    Tapi mcm payah betul nak bermesra dgn Google..

    Reply
  3. nord says

    09/10/2014 at 5:35 PM

    Oh cannot simply tukar theme je kan???thanks for the info

    Reply
  4. blogger lelaki says

    29/09/2014 at 12:30 PM

    aku baru tukar template…trafik memang turun..ambil masa nak up balik ni

    Reply
    • Anarm says

      29/09/2014 at 1:58 PM

      Yup. Trafik memang akan turun kejap bila tukar theme. Nanti dia akan naik balik.

      Reply
  5. mohd yazed says

    02/04/2014 at 6:38 PM

    Terima kasih diatas perkongsian yang menarik mengenai tips pertukaran theme nie…

    Reply
  6. Aidil says

    06/12/2013 at 6:50 PM

    Perkongsian yang menarik. baru plan nak tukar, tp bila baca, kena fikir2 semula byk kali.

    Reply
  7. Invisible Me says

    03/11/2013 at 11:22 PM

    Masih consider nak tukar template atau tak

    Reply
  8. hanari says

    31/10/2013 at 9:49 PM

    theme yang seperti apa yang sesuai seo?

    Reply
  9. Pyan Shafii says

    05/10/2013 at 8:09 AM

    apa ciri seo yang perlu kita lihat pada theme, macam mana nak tengok

    Reply
  10. yusri says

    04/10/2013 at 11:33 PM

    Rasanya theme tuan ni xde masalah. Sedap je mata memandang. Apa guna theme cantik kalau seo xpower. Betul x? Saya tengok theme blog mat saleh bukannya cantik sangat pun. Tapi PR dia tersangatlah hebat. Ada yang PR 6, 7 dan 8. Pada hal theme biasa2 je.

    Reply
  11. JMR says

    04/10/2013 at 12:42 AM

    owh byk gk benda nak kena perati bila nk tkr theme ek?;-)

    Reply
  12. Jawatan Kosong Kerajaan says

    03/10/2013 at 3:38 PM

    bila tiba masanya, kena tukar gak theme nie.

    Reply
  13. Firdaus Azizi says

    03/10/2013 at 11:11 AM

    Kupasan menarik… Saya reti guna theme ready made jer. Tak sure mesra SEO ke tak. Guna Genesis rasa cam senang nak edit itu ini.

    Ada try Woo Framework tapi terasa cam overcomplicated.

    Apapun, saya suka sharing tuan. Rasa nak berguru bad edit coding dan CSS. Sendiri buat asyik rosak theme jer. Haha…

    Reply
  14. anastasyea says

    03/10/2013 at 8:52 AM

    Blog saya pun dah lama tak tukar theme baru, cuma tukar header shj :D

    Reply
  15. sukma says

    02/10/2013 at 9:31 PM

    sesekali tukar colour dan widget tu boleh kalau nak tukar theme memang perit, sebab pernah terkena bila tukar theme langsung tka boleh buka balik my blog….beberapa mengigau tak dapat buka…..perghh tu yang gerun tu…

    Reply
    • Anarm says

      03/10/2013 at 2:13 AM

      Seram je rasa bila blog tak dapat bukak sebab kesilapan sendiri. Next time mesti akan lebih berhati-hati..

      Reply
  16. Bro Framestone says

    02/10/2013 at 5:10 PM

    Bro akan tukar theme sekiranya berjumpa dengan theme yang Bro minat atau….. Theme xsuitable dengan kemaskini terbaru dari WordPress

    Reply
  17. akubiomed says

    02/10/2013 at 4:56 PM

    Buat masa ini rilek dahulu. Kalau bersalin kulit banyak kerja yang perlu dilakukan.

    Reply
    • Anarm says

      03/10/2013 at 2:12 AM

      Memang banyak kerja kalau nak salin kulit baru. Lebih baik rilek dan tunggu masa yg lebih sesuai untuk buat perubahan..

      Reply
  18. [email protected] says

    02/10/2013 at 4:43 PM

    Walaupun sedar tentang akibatnya, ini antara perkara paling kerap saya buat sebagai blogger baru …. memang apa yg saudara Anarm katakan tu betul belaka.

    Reply
    • Anarm says

      03/10/2013 at 2:11 AM

      Bila dah rasa sendiri akibatnya, perkara tu boleh jadi pengajaran dan juga pengalaman. Semua tu dapat bantu kita untuk jadi lebih baik dalam bidang blogging..

      Reply
  19. azwan says

    02/10/2013 at 4:42 PM

    aku takut nak tukar theme sebab tak pandai nak edit. kekal je lah dengan theme yang sedia ada

    Reply
    • Anarm says

      03/10/2013 at 2:06 AM

      Edit theme dengan main CSS pun dah cukup. CSS senang je.

      Reply
  20. Sop says

    02/10/2013 at 2:47 PM

    kalau dah bosan atau ada masalah baik tukar template
    tp kalau dah template terbaik x perlu tukar
    boleh ubahsuai skit2
    kadang kala template beri indentiti juga :)

    Reply
    • Anarm says

      03/10/2013 at 2:05 AM

      Betul tu.. Template/theme boleh jadi identiti kita. Orang tengok theme je dah tau blog siapa.

      Reply
  21. hafizmd says

    02/10/2013 at 12:44 PM

    byk kali jugak ambe tukar themes..last tukar sbb terpaksa..kalau tak, mmg nak stick dgn themes tu lagi 2-3 tahun…uhuuhu

    mmg ada niat untuk tempah, kumpul kosnya dulu =)

    pepun, themes ni mmg simple dam loading pun laju…jeles ambe..hehe

    Reply
    • Anarm says

      02/10/2013 at 1:22 PM

      Semoga berjaya kumpul kos untuk tempah theme. Kalau ada ilmu sikit2 tentang cara nak edit theme mesti lagi senang nak edit sendiri. Theme ni pun edit sendiri je asal daripada theme percuma.

      Reply
  22. Anuar says

    02/10/2013 at 10:41 AM

    Teringin juga nak tukar Theme supaya lebih mesra SEO… Tapi mungkin tunggu saya beralih kepada platform wordpress dulu… Tapi tak tahu ntah bila masanya…

    Reply
    • Anarm says

      02/10/2013 at 1:18 PM

      Kalau dah ada niat nak beralih ke WordPress, teruskan je. Tanda dah sampai seru dah tu. Entah2 bila dah beralih ke WordPress blog jadi bertambah power. Rugi kalau lambat bertindak..

      Reply
  23. Hazmin Hamudin says

    02/10/2013 at 9:21 AM

    Ramai orang yang ambik remeh pasal theme ni. Kebanyakkan blogger perempuan saya tengok theme memang sekadar nak lawa je. Tapi serabut untuk dilayari.

    Reply
    • Anarm says

      02/10/2013 at 1:15 PM

      Blogger perempuan memang lebih suka theme yang lawa, ada hiasan bunga2, burung2. Dari segi SEO dan lain2 tu jarang sangat diorang fikir.

      Tapi walaupun macam agak serabut, blog diorang ada tarikan tersendiri. Tambah2 bila dia letak gambar sendiri kat blog. Muka cun plak tu. Ramai la yang datang singgah. Hehe..

      Reply
  24. Mus says

    02/10/2013 at 9:01 AM

    saya suka theme ini, kemas dan teratur..
    banyak benda nak adjust kalau tukar theme ni..

    Reply
  25. Akuro San says

    02/10/2013 at 8:59 AM

    banyak perkara rupanya nak dipertimbangkan kalau tukar theme. apa pun, theme ni ok jer…

    Reply
  26. Mohd Isa says

    02/10/2013 at 8:39 AM

    angkat tangan tanda setuju, banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum menukar theme. jangan sedap mata sendiri memandang sahaja, dah rupa syok sendiri namanya tu. tapi kemesraan theme ke laut. tapi kalau abe anarm punya theme, semua meletop. kite suke sgt tau. :p

    Reply
    • Anarm says

      02/10/2013 at 12:49 PM

      Puji lebih sangat ni. Ada apa2 ke? Haha..

      Kita buat blog untuk bagi orang baca. Jadi, kena ambil kira juga pendapat pembaca, diorang suka atau tak suka dengan blog kita. Kalau semua buat ikut sedap mata sendiri je memang syok sendiri namanya.

      Bagus jugak join segmen yang eyriqazz buat. Banyak dapat teguran daripada pembaca. Tiada yang sempurna. Banyak lagi yg perlu diperbaiki.

      Reply
      • Mohd Isa says

        02/10/2013 at 3:37 PM

        kalau aku join segmen tu, agak-agak ada tak yang sudi menegur aku? hehe

        siyes, aku memang minat hasil tema yg ko buat. menarik, kemas. :)

        Reply
  27. ejam says

    02/10/2013 at 7:36 AM

    Untuk aku buat masa ini akan setia dgn theme yg dipakai skrg sebab ianya telah mendapat sentuhan olahan dari pakar Eizil Network. Suka dgn hasilnya.

    Reply
    • Anarm says

      02/10/2013 at 12:42 PM

      Kalau theme dah dapat sentuhan dari pakar rasanya dah tak perlu tukar theme dah. Boleh guna untuk 1-2 tahun lagi tu. Akan datang mungkin ada perubahan pada konsep SEO, time tu baru bikin theme lain.

      Reply
  28. AkmaOmar says

    02/10/2013 at 5:05 AM

    Saya pun teringin nk tukar sbb lama pakai theme yg sama, lgpun sayang sbb customade. Nak bega2 kod tu yg lemah tak pandai sangat takut jd lain pulak nanti..sebab dlu orang buatkan.

    Repeat komen, banyak sangat typo haha

    Reply
    • Anarm says

      02/10/2013 at 12:39 PM

      Mungkin boleh guna khidmat Eizil Network untuk buatkan theme baru. Dia pakar buat theme. SEO confirm lebih mantap.

      Reply
  29. AkmaOmar says

    02/10/2013 at 4:57 AM

    Saya pun teringin nk tukar sbb lama pakai theme yg sama, lgpun sayang sbb customade. Nak bega2 kod tu yg lemah tak pandai sangat takut jd pulak nanti sebab dlu orang buatkan ????

    Reply
  30. blogger lelaki says

    02/10/2013 at 4:33 AM

    peringatan untuk aku dan semua blogger

    Reply
  31. Farid Adam says

    02/10/2013 at 4:27 AM

    betul tu…kalau rasa nak refreshkan blog kita, tukarkan je bahagian kaler2 ke, reorganize widget ke, tukar banner ke…

    Reply
    • Anarm says

      02/10/2013 at 11:46 AM

      Setuju. Itu cara paling mudah nak refreshkan blog termasuk mood diri sendiri. Bila blog dah berubah wajah walaupun cuma tukar kaler2, mood blogging pun boleh jadi meningkat.

      Kalau nak tukar theme baru kena guna banyak masa untuk editing. Lebih baik guna masa tu untuk tulis artikel dalam blog.

      Reply
  32. Blogger Babyface says

    02/10/2013 at 2:29 AM

    memang betul. pilih theme bukan setakat cantik di mata , tetapi yg memudahkan kerja edit mengedit di belakang tabir

    Reply
    • Anarm says

      02/10/2013 at 11:30 AM

      Pilih theme yang senang edit tu pun salah satu cara nak bagi blog jadi lebih mantap. Paling best dengan theme yang senang edit ni kita boleh buat theme blog kita nampak lain daripada theme asal. nampak unik..

      Reply
  33. Faizal Fredley says

    02/10/2013 at 1:37 AM

    aku lepas tukar tema 2 tahun lepas terus jatuh seo aku….now nak naik balik memang susah….kalau ada masa free komen sikit pasal blog aku yg serba kekurangan tu…

    Reply
    • Anarm says

      02/10/2013 at 11:25 AM

      Bila dah naik balik mesti terus melambung tinggi. Blog bro aku tengok dah ok dah tu. Tengok kat chkme.com SEO score 100% – Congratulations! Power ahh..

      Reply
  34. Bahrain says

    02/10/2013 at 1:36 AM

    Satu perkongsian yang menarik. Thanks.

    Reply
    • Anarm says

      02/10/2013 at 10:55 AM

      Sama-sama. Sekadar perkongsian daripada pengalaman.

      Reply
  35. Irwan Alessa says

    02/10/2013 at 1:27 AM

    Dulu main taram je tukar, sekarang kena perhatikan banyak sudut..

    Reply
  36. hasrulhassan says

    02/10/2013 at 1:24 AM

    Tukar template bukan mudah, walaupun untuk blog blogspot. Ya, benar sekali akan perkara-perkara nak kena titik beratkan tu. Pernah beberapa kali tukar template, dan tahu rasa perit bila trafik jatuh menjunam.

    Tapi, kalau kena gaya, apabila tukar template, jika dah edit bahagian untuk SEO, trafik akan tetiba mencanak naik, seolah macam kena renjatan elektrik adanya.

    Apapun, untuk tukar template memang bukan sesuatu perkara yang boleh ambil mudah dan dibuat suka-suka. Tukar background, warna, font tu dah cukup untuk berikan kelainan sesekali.

    Reply
    • Anarm says

      02/10/2013 at 10:27 AM

      Tengok blogger2 sekarang ni cuma nak theme blog nampak cantik dan terus rasa happy. Bahagian2 lain tak ambil kira.

      Biasanya theme yg mesra SEO ni grafik dia kurang menarik atau terlalu simple. Mungkin sebab tu kot ramai tak berminat. Dia nak theme cantik je tapi tak fikir theme tu mesra SEO ataupun tak.

      Reply
  37. reezluv says

    02/10/2013 at 12:51 AM

    org terer code and teknikal..mungkin ada masa dan arif pasal tu semua..tapi setengah orang.asal nampak cantik je dah..pasal compatible,code W3c ke idak..mana amek port..tu sebab blog ko ni mantap..:D

    Reply
    • Anarm says

      02/10/2013 at 9:47 AM

      Blog aku memang mantap. Hahaha. Nak tukar theme baru tapi banyak masa nak guna untuk edit theme. Kepala pun pening asyik tengok code.

      Reply
  38. titan says

    02/10/2013 at 12:43 AM

    blog gua pun, gua terpaksa tukar sebab memang dah rosak teruk. haha..

    Reply
  39. sweetkurma says

    02/10/2013 at 12:28 AM

    nak tukar pun kena fikir sebab kena lah ada kaitan dengan apa yang kita kongsikan

    Reply
  40. wazy says

    02/10/2013 at 12:01 AM

    Tu la,kadang-kadang ada juga terfikir nak tukar theme lain,tetapi bila fikirkna balik,banyak benda yang perlu diambil kira,guna je la apa yang ada dulu

    Reply
    • Anarm says

      02/10/2013 at 9:45 AM

      Betul tu. Guna dulu apa yang ada. Sambil2 tu boleh buat sikit-sikit untuk theme baru. Dah siap nanti boleh terus tukar.

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy