AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Telekomunikasi » Tukar dari Postpaid Celcom ke Prepaid Celcom

Tukar dari Postpaid Celcom ke Prepaid Celcom

05/10/2014 Anarm 69 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Setelah beberapa tahun aku jadi pengguna postpaid Celcom, aku buat keputusan untuk tukar semula ke prepaid. Dulu aku memang pengguna prepaid. Tak tahu kenapa aku pergi tukar ke postpaid.

Aku rasa guna prepaid lebih jimat berbanding guna postpaid yang mesti kena bayar bil tetap setiap bulan.

Guna postpaid memang memudahkan. Cuma jumlah bil yang kena bayar tu tak berapa best. Kalau banyak guna data, call dan SMS kira berbaloi juga langgan postpaid.

Pelan Prepaid dan Pelan Postpaid

Zaman sekarang ni semuanya guna internet. Call dan SMS dah tak guna sangat sebab dah ada aplikasi phone yang hanya perlukan sambungan internet dan boleh berfungsi untuk call serta hantar mesej dengan percuma.

Hanya perlu bayar untuk internet je.

ISI KANDUNGAN hide
1 Prepaid Lebih Jimat Berbanding Postpaid
2 Pilih Talian Telco Mengikut Liputan Kawasan
3 Cara Tukar Postpaid Celcom ke Prepaid Celcom
3.1 Prosedur Tukar Postpaid Celcom ke Prepaid Celcom (MNP)

Prepaid Lebih Jimat Berbanding Postpaid

Dengan menggunakan prepaid kita hanya bayar apa yang kita guna (potong kredit). Kalau guna postpaid, kita terpaksa bayar juga benda yang kita tak guna sebab dah ditetapkan jumlah perlu dibayar setiap bulan mengikut pakej yang dilanggan.

Kalau tak guna buat apa bayar, kan? Membazir duit je. Sebab tu aku nak tukar balik ke prepaid. Malas dah guna postpaid. Rugi. Guna prepaid lebih jimat berbanding postpaid.

Pilih Talian Telco Mengikut Liputan Kawasan

Aku masih nak kekalkan guna talian Celcom sebab kat kampung aku cuma line Celcom je ada signal.

Telco lain langsung tak boleh pakai sebab takda liputan (coverage). Walaupun pakej telco lain nampak macam menarik, tapi kalau takda coverage takda makna juga untuk aku pilih telco tu.

Tukar Celcom Postpaid ke Prepaid

Guna postpaid Celcom aku kena bayar hampir RM200 untuk call, SMS dan langganan internet. Termasuk bil isteri aku yang pakai plan 1+5 Celcom. Jumlah bil tetap setiap bulan.

Aku dah buat kira-kira, kalau guna prepaid dengan penggunaan seperti sekarang ni, nilai topup kitorang takkan lebih daripada RM100 sebulan.

Dah la aku jarang guna untuk call dan SMS, tapi kena bayar bil juga. Isteri aku pun sama. Banyak guna internet je.

Nak mesej boleh guna WhatsApp, Telegram atau Facebook Messenger.

Facebook pun dah boleh guna untuk call sekarang ni.

Cara Tukar Postpaid Celcom ke Prepaid Celcom

Hari tu aku pergi Celcom Blue Cube tanya cara tukar Celcom postpaid kepada Celcom prepaid dan nak kekalkan nombor yang sama. Diorang bagitau buat masa ni Celcom tak boleh buat pertukaran macam tu.

Tapi tukar prepaid ke postpaid boleh pula?

Tukar Celcom Postpaid ke Celcom Prepaid

Staf Celcom Blue Cube tu bagitau — kalau nak tukar dari postpaid Celcom ke prepaid Celcom, kena keluar dulu daripada Celcom dengan cara MNP (tukar dan kekalkan nombor) ke mana-mana prepaid telco lain terlebih dahulu. Lepas tu baru boleh tukar balik ke prepaid Celcom.

Tapi telco lain biasanya ada tetapkan tempoh kontrak 30 hari sebelum dibenarkan tukar semula ke prepaid Celcom.

Maknanya, bila dah tukar ke prepaid telco lain, kena guna dulu dalam tempoh kontrak 30 hari tu. Lepas habis tempoh kontrak, baru dibenarkan tukar semula ke prepaid Celcom.

Prosedur Tukar Postpaid Celcom ke Prepaid Celcom (MNP)

  • Bayar semua bil postpaid termasuk bil tertunggak (jika ada)
  • Pergi ke pusat perkhidmatan telco lain (atau jumpa dealer) dan beritahu nak buat MNP untuk tukar ke prepaid telco tu.
  • Akan dapat simkad prepaid telco baru.
  • Pihak telco baru akan uruskan proses MNP untuk tukar rangkaian.
  • Guna dulu sim telco asal macam biasa, sampai phone paparkan simkad tiada liputan / takda line (dah siap tukar telco baru).
  • Tukar simkad telco baru dan boleh guna nombor yang sama.
  • Kalau nak tukar semula ke Celcom, pergi centre Celcom terdekat dan mohon untuk buat MNP tukar ke plan Celcom Prepaid.
  • Pihak Celcom akan buatkan pertukaran dan tunggu sehingga proses MNP selesai.
  • Lepas tu boleh tukar simkad baru daripada Celcom.

 
Susah juga Celcom postpaid nak tukar kepada prepaid. Masa aku tukar prepaid Celcom jadi postpaid Celcom dulu bukan main senang. Tak sampai 5 minit dah siap tukar.

Nak tukar balik ke prepaid banyak pula nak kena buat.

Sekarang ni aku dah buat pertukaran dari postpaid kepada prepaid. Aku buat cara MNP sebab nak kekalkan ‘nombor couple’ yang aku dan isteri dah guna lebih 10 tahun.

Tapi proses pertukaran masih belum diluluskan lagi. Orang yang tolong uruskan pertukaran tu bagitau biasanya ambil masa antara 1-5 hari waktu bekerja.

Kena tunggu jela dengan penuh sabar. Harap-harap takda masalah untuk aku tukar dari postpaid Celcom ke prepaid.


Update: Sekarang aku dah guna Prepaid ONEXOX. Mulanya ingat nak guna sekejap je, lepas tu nak tukar balik ke Celcom Prepaid.

Sekali dah tersangkut pulak dengan ONEXOX sebab tertarik dengan pelan yang ditawarkan. Terutamanya tempoh aktif 28 bulan dan pelan Season Pass.

Siapa berminat nak tukar ke prepaid telco ONEXOX juga, boleh daftar secara online melalui link berikut:

  • MNP (Kekal Nombor Lama)
  • SP (Nombor Baru)
Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • ONEXOX Prepaid Untuk Penjimatan Call, SMS dan Internet
  • Rasa Tertipu Dengan Telco Sekarang? Jom Tukar ke ONEXOX
  • Kredit Kena Telan, Caj Tersembunyi Syarikat Telekomunikasi
  • Tutup Akaun Streamyx
  • 8 Sebab Kenapa Perlu Bertukar ke Prepaid ONEXOX

Kategori : Telekomunikasi Keyword : celcom blue cube, mnp, mobile number portability, onexox, postpaid celcom, prepaid celcom, prepaid jimat, tempoh kontrak prepaid, tukar dan kekal nombor phone, tukar postpaid ke prepaid, tukar prepaid ke postpaid

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Jualan #MyCyberSALE Diskaun Sehingga 95% daripada Lazada Malaysia
Next article:
Dapat Duit dari Telekom Malaysia (TM)

69 Comments

  1. NurH says

    19/09/2020 at 11:52 AM

    Saya baru ternampak post sedara ni pada bulan Sep 2020. harap2 sudilah menjawab pertanyaan saya lagi ye.
    Kami 3 beranak guna celcom postpaid 1+5 ni jugak. Cadang nak bertukar ke prepaid sebab prepaid lebih jimat. 200 lebih sebulan guna postpaid. kalau prepaid x sampai 120 pun.

    Dalam blog tu sedara bagitau ur wife under plan postpaid yg sama iaitu 1+5. Masa nak buat MNP tu, ada kena proses atau cas tambahan apa-apa tak? Saya pernah try g telco lain dulu. Diorg cakap nombor group kena pecahkan dulu.

    Reply
    • Anarm says

      19/09/2020 at 12:42 PM

      “3 beranak guna celcom postpaid 1+5”.. Maksudnya ada 2 akaun Sub-line didaftar bawah 1 akaun Utama (Principal). Betul?

      Untuk tukar telco (MNP), nombor Utama dan 2 nombor Sub-line tu kena mohon MNP sekaligus. Telco baru boleh terus proses permohonan MNP, tak perlu pecahkan akaun jika buat MNP sekaligus.

      Kena pecahkan akaun tu untuk situasi macam ni:
      • Hanya 1 atau 2 nombor je nak MNP (daripada 3 nombor)
      • Masing-masing nak tukar ke plan telco berbeza.

      MNP takda apa-apa caj tambahan. Biasanya cuma bayar harga simkad baru.

      Permohonan MNP mesti guna maklumat penama akaun Utama. Bayar semua bil termasuk tunggakan (jika ada) sebelum buat permohonan MNP di telco baru. Akaun di telco asal akan auto terminate selepas dah siap MNP.

      Reply
  2. Roszianna bt Hasni says

    26/06/2020 at 9:24 AM

    Maaf menggangu, saya nak tanya. Saya baru je guna postpaid celcom dalam beberapa minggu. Boleh ke saya nak tukar ke prepaid telco lain? Or kena tunggu dalam sebulan baru boleh tukar?

    Reply
    • Anarm says

      28/06/2020 at 7:14 PM

      Postpaid kena check plan tu ada kontrak atau tak. Kalau takda kontrak, boleh tukar ke telco lain selepas sebulan.

      Kalau ada kontrak, kena tamat kontrak dulu baru boleh tukar ke telco lain, atau bayar denda untuk tamatkan kontrak.

      Reply
  3. crystal says

    14/01/2016 at 3:49 PM

    ari tu i pergi celcom center dia pun bagitau kena tukar telco .. so i suruh kawan tolong tukar ke xox prepaid.. xtau kena tunggu berapa lama ari ni hari keempat , i takut pending sbb xox under celcom :( sesiapa yg tukar sebelum ni? celcom postpaid -> xox prepaid..

    Reply
    • Anarm says

      14/01/2016 at 6:46 PM

      Tukar ke XOX atau ONEXOX ye? XOX / ONEXOX bukan under Celcom.. Telco berbeza.. Cuma guna coverage dan infra daripada Celcom..

      Proses MNP (tukar dan kekal nombor lama) ambil masa 1-5 hari bekerja.. Tukar dari Celcom biasanya ambil masa 1-2 hari.. Apa2 pun cuba contact balik kawan / dealer yang buatkan penukaran tu..

      Saya pun guna postpaid Celcom dulu sebelum bertukar ke ONEXOX..

      Reply
  4. zul says

    27/04/2015 at 8:54 PM

    alamak. sy terminate dulu celcom pospaid, kemudian ingt nak buat maxis prepaid guna no lama berkenaan. boleh ke?

    Reply
    • Anarm says

      28/04/2015 at 10:44 AM

      Nak tukar ke telco lain dan kekalkan nombor lama, jangan terminate celcom postpaid tu.. Setelkan semua bil je.. Lepas tu pergi ke centre telco mana nak tukar, bagitau nak tukar ke prepaid dan nak kekal nombor lama.. Bagi detail pendaftaran dan diorang akan submit untuk MNP (Mobile Number Portability)..

      Kalau terminate maknanya nombor lama tu dah tak boleh pakai.. Bila nombor dah tak boleh pakai, nak tukar ke prepaid telco lain pun dah tak boleh dah..

      Contact customer service celcom tanya diorang dah terminate ke belum nombor postpaid tu.. Kalau dah terminate, cuba tanya boleh aktifkan semula tak.. Rasanya diorang boleh aktifkan semula dalam tempoh masa tertentu sebelum nombor tu betul2 terminate sampai dah tak boleh aktifkan balik..

      Reply
      • nadd says

        02/11/2015 at 4:30 PM

        tuan, untuk kes diatas, kita x perlu berurusan dengan celcom sbb x mahu nombor x boleh dipakai, dan bila tukar telco, automatik celcom tidak akan cas kita apa2,betul?(kira terminate habis)

        Reply
        • Anarm says

          04/11/2015 at 9:25 AM

          Untuk pengguna Celcom atau mana2 telco sekalipun, bila nak tukar ke telco lain tak perlu berurusan dengan telco asal. Terus buat permohonan MNP dengan telco baru. Bila dah berjaya tukar, kira dah takde apa2 kaitan dah dengan telco asal. Telco asal tak boleh caj apa2 dah.

          Cuma kena pastikan sebelum tukar telco tu, kalau ada bill blom bayar lagi (untuk pengguna postpaid), kena bayar semua dulu. Untuk pengguna prepaid pula, kena pastikan tempoh sah credit masih aktif.

          Proses MNP (pindah telco dan kekal nombor lama) ambil masa 1-5 hari bekerja ikut standard prosedur yang dah ditetapkan oleh SKMM.

          Reply
        • Sayasaya says

          12/09/2019 at 11:31 PM

          Nk tye. Kalo kta mnp no. Bil kta utk telco yg lama tetap jalan o automatik stop. Tkut2 nnti dh tukar no tiba2 telco yg lama hantar bil melambung. Haha.

          Reply
          • Anarm says

            13/09/2019 at 12:18 AM

            Sebelum buat MNP (tukar telco), pastikan bayar dulu semua bil di telco lama dan biarkan akaun aktif macam biasa. Lepas tu buat permohonan MNP di telco baru.

            Bila dah berjaya MNP tukar ke telco baru, bil di telco lama akan automatik stop dan semua servis di telco lama akan ditamatkan.

            Servis dah ditamatkan sepatutnya takkan kena apa-apa caj dah lepas tu. Akaun pun dah dipindahkan ke telco baru. Dah tak guna servis dari telco lama.

            Kalau takut tiba-tiba timbul isu kena caj yang tak masuk akal dengan telco lama, lepas siap MNP boleh contact telco lama tu tanya ada tunggakan bil lagi atau tak.

            Reply
  5. aimi says

    23/04/2015 at 10:50 PM

    Assalam. Boss sorry lari tajuk kalu kita nak buat private number macam mana boss kan kna jugak pakai bill ek?

    Reply
    • Anarm says

      24/04/2015 at 10:38 AM

      Waalaikumussalam.. Nak buat private number boleh call centre telco atau terus pergi ke centre telco tu dan apply ‘Calling Line Identification Restriction’ (CLIR).. Bayaran dikenakan untuk register dan bayaran bulanan dalam RM5 – RM10 kalau tak silap..

      Untuk postpaid sahaja rasanya.. Boleh call centre untuk tahu lebih detail..

      Reply
  6. fahmi says

    20/04/2015 at 6:08 PM

    salam..macam maner nak tukar postpaid celcom ke prepaid telco lain mcm maxis, tune talk ke? tapi nak kekalkan no lame

    Reply
    • Anarm says

      20/04/2015 at 7:23 PM

      Waalaikumussalam.. Nak tukar dari postpaid ke prepaid telco lain boleh terus ke centre atau contact agent telco tu..

      Kalau nak tukar ke prepaid ONEXOX boleh contact saya.. Saya boleh bantu untuk kekalkan nombor lama..

      Whatsapp / Telegram : 011-3244 8800

      Reply
      • mimi says

        24/08/2015 at 12:04 PM

        Kalau saya pernah beli no onexox tp da xpakai tapi skarang nk tukar no celcom saya ke onexox & kekalkn no lama nie boleh ke?? Maksudnya sy ada 2 no onexox..

        Reply
        • Anarm says

          27/08/2015 at 9:27 AM

          Tak kisah nombor dari mana2 telco semua boleh tukar ke ONEXOX.. Asalkan nombor tu masih aktif dan takde terikat apa2 kontrak dengan telco asal..

          Reply
      • FADZLI says

        20/01/2017 at 11:07 AM

        kalau tukar ke ONEXOX PREPAID ADA CONTRACT TAK..KALAU ADA BERAPA LAMA… PM SAYA 0192154304

        Reply
        • Anarm says

          24/01/2017 at 11:19 PM

          ONEXOX tak ada contract. Kalau tukar ke prepaid ONEXOX lepas tu rasa kurang sesuai dengan cara penggunaan, bila-bila masa boleh tukar ke telco lain.

          Reply
  7. natasha says

    13/04/2015 at 9:38 PM

    salam . nak tanya , saya guna postpaid celcom . baru2 ni bill telefon saya mencecah RM 300 . Walhal baru minggu lepas saya pi bayar . yang peliknya saya on data internet 3 hari ja . dan panggilan keluar n mesej keluar pun x banyak . boleh kira saja . tpi kenapa bill telefon saya sampai Rm 300 ? boleh tolong jelaskan kat saya x ? terima kasih .

    Reply
    • Anarm says

      15/04/2015 at 5:18 PM

      Waalaikumussalam.. Postpaid Celcom ada bill statement.. Dalam bill tu boleh tengok caj apa yang Celcom kenakan sampai bil cecah RM300.. atau boleh call dan tanya terus dengan customer service Celcom..

      Saya dah tak guna postpaid Celcom sebab rasa rugi bayar bil mahal tapi tak guna sangat pun.. Sekarang dah tukar ke prepaid ONEXOX..

      Reply
  8. ikhwan says

    12/12/2014 at 1:39 AM

    dah terminate celcom, ada masalah signal lost.

    Reply
  9. Idayu Irdina says

    02/11/2014 at 1:27 PM

    sama mcm sy…dulu guna postpaid…skrg guna prepaid…lg jimat

    Reply
  10. Miracle Vitamins says

    27/10/2014 at 8:30 PM

    Pernah guna sekali dulu postpaid celcom

    Reply
    • Anarm says

      28/10/2014 at 12:08 AM

      Dah tak nak guna postpaid dah. Rugi banyak. Baik guna prepaid je..

      Reply
  11. Devy Mitchel Edwin says

    25/10/2014 at 8:10 PM

    Banyak informasi saya dapat hari ini….thnx guys..

    Reply
  12. Kamil Salleh says

    22/10/2014 at 9:41 PM

    Dari dulu sampai sekarang guna prepaid dgn celcom. Sayang jgk nsk tukar ke telco lain.

    Reply
    • Anarm says

      23/10/2014 at 12:14 AM

      Celcom memang terbaik coverage dia..

      Reply
  13. lisa says

    20/10/2014 at 1:08 PM

    lah awat tak tnya lisa. hehe… kalau nak cepat. g tukar kat umobile. senang je proses. umobile ke celcom tade contrak . 1jam je dah siap >.<

    Reply
    • Anarm says

      20/10/2014 at 1:49 PM

      Alaa.. Dah lisa tak bagitau. Kalau tau dah lama dah buat macam tu. Hehe..

      Reply
  14. Ummu Atikah says

    17/10/2014 at 9:35 PM

    Setuju. Memang sekarang banyak guna internet daripada call dan sms. Kenapa bayar lebih untuk servis kita tak guna.

    Reply
    • Anarm says

      20/10/2014 at 1:48 PM

      Betul tu. Kalau servis tu kita tak guna tak perlu bayar la kan. Membazir duit je.

      Reply
  15. tutyrahiza says

    13/10/2014 at 1:06 AM

    menarik juga macam ni..puncak alam ni celcom je laju..balik kg saya atau suami, celcom sahaja ada line.. ada juga survey altel, rasa nak terminate internet bb celcom tukar ke altel je lah.

    Reply
    • Anarm says

      13/10/2014 at 1:33 AM

      Line Altel pun bagus jugak. Tempat yang biasanya Celcom kurang line, kalau guna Altel kat situ line jadi ok..

      Reply
  16. Cetusan Suara says

    10/10/2014 at 5:45 PM

    jom tukar ke ONEXOX.. plan dia jimat giler.. kalau tak caya, boleh try google dan baca info2 tentang ONEXOX.. terbaik dowh prepaid ONEXOX ni.. aku dah bertukar.. jom laa.. huhu..

    terima kasih sebab tulis entri ni dan menyedarkan aku sebenarnya rugi guna postpaid.. betul guna prepaid lebih jimat.. minyak pun dah naik 20 sen, memang kena cari jalan untuk lebih berjimat cermat..

    Reply
  17. Cetusan Suara says

    10/10/2014 at 10:24 AM

    aku pun guna postpaid.. lepas baca entri ni baru aku sedar rupanya aku pun dah banyak membazir duit bagi kat telco.. betul apa yang bro cakap.. tukar ke prepaid jela lebih jimat.. rasa menyesal pulak pakai postpaid..

    Reply
  18. jannah ps low says

    10/10/2014 at 12:41 AM

    Saya dah dekat 10 tahun pakai prepaid….

    Reply
  19. nord says

    09/10/2014 at 5:33 PM

    Celcom ni susah juga kan..kalau dulu maxis OK ja..

    Reply
  20. Raihanah Ahmad says

    09/10/2014 at 10:38 AM

    thanks for the info.

    Reply
  21. blogger lelaki says

    08/10/2014 at 2:06 PM

    aku tak pernah guna postpaid ni…sejak dari telefon cokia hingga ke samseng semua prepaid je..hu3

    Reply
  22. Carlos Santiago says

    08/10/2014 at 10:58 AM

    guna prepaid celcom pn kna beware.. ada msg spam telan kredit.. bila tanya celcom centre.. sbbkn system.. tp diaorg xkan refund.. and tuduh kita ada subscribe something.. lepas tu suruh buat lagi cara unsubscribe.. then tak pasal2 kna charge bagai 50sen.. bukan kedekut.. tapi nk bgtau celcom failed!

    Reply
  23. diana says

    07/10/2014 at 11:33 PM

    Memang untung guna prepaid ni..kalau guna postpaid,tetiba seminggu kita tak sempat nak online..dah kena bayar jugak.Untung sangat telco2 ni kalau semua pelanggan nak guna postpaid.lain la kita ni memang 24 jam online.,…

    Reply
  24. Wira Merah says

    07/10/2014 at 5:51 PM

    Banyak juga karenah nak tukar pospaid ke prepaid. Aku dulu pun pengguna postpaid. Akhirnya tukar ke prepaid. Mula2 nak kekal nombor lama, last2 aku ambil keputusan tak payah guna nombor lama. Beli terus kad prepaid. Akuan postpaid aku terminate je..

    Reply
    • Anarm says

      10/10/2014 at 10:14 AM

      Kalau terus tukar nombor baru lagi senang. Aku ingat nak buat macam tu jugak, cepat sikit. Tapi fikirkan nombor lama yang dah banyak guna untuk online banking, loan bank, contact kawan2 dan lain2, terpaksa kekalkan nombor lama. Kalau tak, bertambah kerja pulak nak kena update nombor baru dengan kawan2, dengan bank.

      Reply
  25. Hazman Fadzil says

    07/10/2014 at 4:04 PM

    Nampaknya kena ikut prosedur cenggini yang agak leceh kan tapi demi penggunaan yang berbaloi kena bersabarlah kan….

    Reply
    • Anarm says

      10/10/2014 at 10:11 AM

      Ha’ah. Prosedur yang agak leceh. Tapi rasanya diorang boleh je buat. Telco lain boleh buat, takkan dia tak boleh, kan? Saja la tu taknak pengguna lari keluar lepas tu buat cara yang menyusahkan pengguna.

      Reply
  26. Mohd. Noor says

    07/10/2014 at 7:24 AM

    …salam.
    ada juga bercadang nak tukar.
    menarik atas entri yang di hantar kan
    kerana tepat masa nya

    Reply
    • Anarm says

      07/10/2014 at 11:07 AM

      Waalaikumussalam. Buat entri ni untuk perkongsian dengan kawan2. Mana tahu ada yang nak bertukar jugak, boleh jadikan panduan. Kan?

      Sekarang ni postpaid masih dalam proses tukar ke prepaid yang lebih jimat. Nanti akan kongsikan ‘prepaid jimat’ tu dalam blog ni bila dah selesai tukar.

      Reply
  27. aishah ahmad says

    06/10/2014 at 5:49 PM

    Betul jugak ek.dh jarang sgt call dan msg.asyik wasap je
    ..bole cuba try penggunaan call guna nombor prepaid Altel ni..

    Ingat mmg nk.tukar le umobile ni.bengang,kt kampung Xde line.Jgn kata kampung,kt PLUS pun Xde line.

    Reply
    • Anarm says

      06/10/2014 at 9:15 PM

      Kalau line Umobile tu rasa tak ok atau teruk, better tukar jela ke telco lain. Tukar ke Altel pun ok jugak. Setakat ni ramai cakap line Altel tak mengecewakan. Mana2 tempat pun ada.

      Kalau nak kekalkan nombor boleh buat MNP keluar dari Umobile, masuk ke Altel.

      Reply
  28. Ismail N says

    06/10/2014 at 2:45 PM

    Kawe pun ada rasa nak tukar ke pre-paid balik. Bil kredit tak de limit ni, syok je mendail, biarpun tak penting.

    Reply
    • Anarm says

      06/10/2014 at 9:10 PM

      Bahaya tu kalau takde limit. Nanti dapat bil tengok banyak kena bayar, boleh kena sakit jantung.

      Reply
  29. Hairul Azni says

    06/10/2014 at 11:04 AM

    Salam bro Anarm..
    Kiranya sekarang ni bro kena keluar dari Celcom dan daftar dulu di Telco lain dengan nombor yang sama lepas tu bila habis kontrak Telco tu, masuk ke Celcom semula..
    Macam tu ke proses nak tukar dari postpaid Celcom ke prepaid Celcom?
    Agak leceh jugak ye?

    Reply
    • Anarm says

      06/10/2014 at 9:08 PM

      Waalaikumussalam. Yup, macam tu lah cara nak tukar postpaid Celcom ke prepaid Celcom. Agak leceh jugak la proses dia.

      Tapi telco lain boleh je buat terus. Contoh macam Maxis, boleh terus tukar postpaid ke prepaid guna telco sama, cuma ada caj RM25. Kira ok sikit tak perlu nak pindah2 macam Celcom.

      Reply
  30. Sobri Mansor says

    06/10/2014 at 12:04 AM

    Pelanggan postpaid syarikat telco adalah aset paling berharga bg mereka. Sebab tu diorang cuba lengah2kan benda mcm ni. Biar pelanggan dlm keadaan tertekan supaya mereka harap yg pelanggan akan ubah fikiran semula untuk kekalkan pakai postpaid.

    Reply
    • Anarm says

      06/10/2014 at 1:01 AM

      Haa.. Itulah apa yang aku fikir. Pengguna postpaid banyak bagi untung pada syarikat. Takkan diorang senang2 nak lepaskan. Diorang saja buat lengah2.

      Tapi aku tetap nak tukar ke prepaid jimat.

      Reply
  31. akubiomed says

    05/10/2014 at 11:35 PM

    Serius leceh dengan kekangan oleh pihak Telco. Nampaknya teknologi mengusutkan keadaan.

    Reply
    • Anarm says

      06/10/2014 at 12:58 AM

      Rasanya Celcom boleh je nak tukar terus postpaid ke prepaid. Telco lain ada yang boleh buat (cuma ada caj sikit). Celcom taknak buat sebab taknak rugi kot.

      Reply
  32. Firdaus Azizi says

    05/10/2014 at 11:12 PM

    Leceh jugak rupanya nak tukar dari postpaid ke Prepaid. Mujur aku tukar nombor terus.

    Reply
    • Anarm says

      06/10/2014 at 12:56 AM

      Memang leceh. Tukar nombor baru lagi senang. Aku nak kekalkan nombor sebab dah banyak guna nombor ni untuk urusan bank, loan, contact kawan2, etc. Kalau tukar nombor baru banyak kerja pulak nak kena inform bank, bagitau kawan2..

      Reply
  33. titan says

    05/10/2014 at 8:00 PM

    dah nampak lama dah benda nih..

    sebab tu still stay dengan prepaid. nak lebih rm30 pun dah jarang sekarang. hoho..

    Reply
    • Anarm says

      06/10/2014 at 12:51 AM

      Tak lebih RM30? Jimat betul guna prepaid. Menyesal pulak aku tukar postpaid. Dah banyak bazir duit..

      Reply
  34. Weschairs says

    05/10/2014 at 7:40 PM

    Dari dulu saya cuma guna prepaid je… Senang nak kawal penggunaan sebenarnya..

    Reply
    • Anarm says

      06/10/2014 at 9:02 PM

      Betul tu. Guna prepaid senang kita nak kawal penggunaan.

      Reply
  35. Bahrain says

    05/10/2014 at 6:52 PM

    Leceh juga nak tukar dari postpaid ke Prepaid.

    Reply
    • Anarm says

      05/10/2014 at 7:00 PM

      Tu la pasal. Tukar prepaid ke postpaid senang pulak. Saje la tu taknak bagi orang tutup langganan postpaid. Diorang untung banyak bila ramai guna postpaid..

      Reply
      • ain says

        08/04/2016 at 8:39 AM

        Sy dh lm gn postpaid dkt 5 tahun rsnya..hr tu tep kn block sb x byr rm50..bila tgk bln ni dh naik rm114..walaupn kn block n x guna pape. Mula lah hti ni nk nyumpah celcom ni. Ap yg dia cas x thu lh..nk tkr pd prepaid ln xnk dh celcom. Tp nk kekal no mcm mn nk buat. Celcom ni byk mkn duit lh

        Reply
        • Anarm says

          08/04/2016 at 10:02 AM

          Walaupun tak guna, bil postpaid tetap jalan. Postpaid kan kira langganan setiap bulan. Kita guna ke atau tak guna ke tetap kena bayar.

          Nak tukar ke prepaid boleh pergi mana2 centre telco yang kita nak tukar. Contoh, nak tukar ke Maxis, pergi centre Maxis untuk buat urusan pertukaran. Pastikan bayar dulu semua bill Celcom. Ada tunggakan, tak boleh tukar.

          Kalau nak tukar ke prepaid ONEXOX boleh contact saya : 011-3244 8800

          Info tentang Prepaid ONEXOX: KLIK SINI

          Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy