Tukar Kad Debit Superman di Maybank

Sebelum solat Jumaat tadi aku sempat pergi singgah Maybank di Seksyen 9 Bangi untuk urusan tukar kad debit Maybank. Kad debit lama aku yang ada gambar buah ceri tu macam dah rosak je.

Aku rasa chip dia yang rosak sebab kadang-kadang bila aku guna mesin tak boleh nak baca kad debit tu.

kad debit superman maybank

Aku dapat tahu kad debit Maybank yang baru ni dari blog HafizRahim.com. Aku cepat-cepat pergi tukar kad debit ni sebab takut kad debit Superman habis stok. Nasib baik ada lagi.

Boleh pilih nak kad debit Superman atau kad debit Manchester United. Aku pilih kad debit gambar Superman sebab tak minat sangat dengan MU. Kalau Arsenal ok jugak.

Proses untuk tukar kad debit Maybank ni sekejap je. Tak sampai 5 minit.

Kad debit baru boleh dapat time tu jugak. Cuma nak menunggu giliran je yang ambil masa sikit, bergantung berapa ramai orang yang ada buat urusan di Maybank masa tu.

Caj untuk buat kad debit Maybank ni adalah sebanyak RM12, akan dipotong terus dari akaun Maybank kita. Tapi aku check Maybank2U tadi takde pulak caj RM12 ditolak dalam akaun Maybank aku.

Maybank tak kenakan caj ke kalau buat penukaran kad debit akibat chip rosak? Lupa pulak nak tanya dengan staf Maybank tadi.

Bila dah dapat kad debit Maybank yang baru, macam biasa kena pergi tukar nombor PIN di mesin ATM. Staf Maybank ada juga bagitau had pindahan dan had keluaran pun kena setting balik.

Lepas selesai buat semua tu, kad debit baru dah boleh digunakan.

43 Comments

    • Kad ATM boleh guna untuk keluarkan duit dari mesin ATM je.. Kad debit pulak boleh guna untuk keluarkan duit jugak + satu lagi fungsi dia sama macam kad kredit, boleh guna untuk shopping dan lain2,. Cuma dalam akaun kena ada duit sebab dia akan terus potong duit dalam akaun bila kita bayar guna kad debit.. Kalau dalam akaun takde duit, kad debit tak boleh guna..

        • Kad ATM biasa tak boleh jadi kad debit.. Kad debit tu kad berbeza.. Kena pergi apply dekat bank.. Bagitau je kat orang bank cakap nak buat kad debit.. Nanti dia akan uruskan.. Sekejap je boleh siap kad debit tu..

          Bila kad debit dah siap, kena setting balik kat mesin ATM.. Lepas tu dah boleh guna dah.. Kad ATM yang lama bank akan ambil balik..

          Masa nak apply kad debit tu boleh tanya detail dengan orang bank..

    • Aku tak kena caj RM12.. Mungkin sebab aku tukar kad je sebab chip rosak.. Kalau taknak kena caj RM12 boleh try ‘cakap’ chip rosak jugak.. hee

  1. M2U pun kena tukar ke tak?ke biar je macam lama..rasanya tukar gak kan?

    btw..theme ko ni best..custom eh?hehehe

  2. peh menarik ni, minggu depan gaji masuk sesuai sgt nk tukar dah..
    aku masih lagi pakai kad atm kaler kuning tu..tak ikut perkembangan semasa btol.
    lagipun kad atm skrg ni dh ada kepatahan sikit, sesuai sgt nak tukar.

    • Kad ATM kaler kuning tu yang kad ATM biasa je kan? Dah lama tak tengok orang guna kad tu.. Bila pergi Maybank tengok orang lain cucuk duit semua dah pegang kad debit je sekarang ni..

      Kad dah patah sikit tu elok la pergi tukar.. Sekejap je boleh siap kalau tukar kad debit ni..

    • Kalau nak kena pergi kat mana-mana Maybank, cakap nak buat/tukar kad debit.. Nanti dia bagi borang, isi borang tu.. lepas tu bagitau orang Maybank nak kad debit Superman.. atau kad debit Manchester United..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *