AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Informasi » Tukar Kad Debit Superman di Maybank

Tukar Kad Debit Superman di Maybank

22/03/2013 Anarm 43 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Sebelum solat Jumaat tadi aku sempat pergi singgah Maybank di Seksyen 9 Bangi untuk urusan tukar kad debit Maybank. Kad debit lama aku yang ada gambar buah ceri tu macam dah rosak je. Aku rasa chip dia yang rosak sebab kadang-kadang bila aku guna mesin tak boleh nak baca kad debit tu.

kad debit superman maybank

Aku dapat tahu kad debit Maybank yang baru ni dari blog HafizRahim.com. Aku cepat-cepat pergi tukar kad debit ni sebab takut kad debit Superman habis stok. Nasib baik ada lagi. Boleh pilih nak kad debit Superman atau kad debit Manchester United. Aku pilih kad debit gambar Superman sebab tak minat sangat dengan MU. Kalau Arsenal ok jugak.

Proses untuk tukar kad debit Maybank ni sekejap je. Tak sampai 5 minit. Kad debit baru boleh dapat time tu jugak. Cuma nak menunggu giliran je yang ambil masa sikit, bergantung berapa ramai orang yang ada buat urusan di Maybank masa tu.

Caj untuk buat kad debit Maybank ni adalah sebanyak RM12, akan dipotong terus dari akaun Maybank kita. Tapi aku check Maybank2U tadi takde pulak caj RM12 ditolak dalam akaun Maybank aku. Maybank tak kenakan caj ke kalau buat penukaran kad debit akibat chip rosak? Lupa pulak nak tanya dengan staf Maybank tadi.

Bila dah dapat kad debit Maybank yang baru, macam biasa kena pergi tukar nombor PIN di mesin ATM. Staf Maybank ada juga bagitau had pindahan dan had keluaran pun kena setting balik. Lepas selesai buat semua tu, kad debit baru dah boleh digunakan.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Telemarketer Jual Insurans Minta Maklumat Peribadi
  • Semak Status Daftar Pemilih Persiapan Mengundi PRU13
  • Aktifkan Kad Debit Maybank Untuk Kegunaan PayPal

Kategori : Informasi, Santai Keyword : bayaran tukar kad debit, caj buat kad debit, cara tukar kad debit maybank, kad debit manchester united, kad debit maybank, kad debit mu, kad debit rosak cip, kad debit superman, kad debit vs kad kredit, kad maybank terbaru, tukar kad debit baru

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Kertas Iklan Rosakkan Cermin Kereta
Next article:
“Cheezy Rice Treasure” Menu Sedap di Kenny Rogers ROASTERS

43 Comments

  1. Maria Ravera says

    28/01/2015 at 5:01 PM

    NaK Tanya Minimun Umo Untuk Buat Kad Debit Ni Berape Yer.?

    Reply
  2. Ahmad Maskulin says

    09/02/2014 at 10:36 AM

    apa perbezaan antara kad atm dgn kak debit?

    Reply
    • Anarm says

      09/02/2014 at 2:47 PM

      Kad ATM boleh guna untuk keluarkan duit dari mesin ATM je.. Kad debit pulak boleh guna untuk keluarkan duit jugak + satu lagi fungsi dia sama macam kad kredit, boleh guna untuk shopping dan lain2,. Cuma dalam akaun kena ada duit sebab dia akan terus potong duit dalam akaun bila kita bayar guna kad debit.. Kalau dalam akaun takde duit, kad debit tak boleh guna..

      Reply
      • Ahmad Maskulin says

        09/02/2014 at 3:12 PM

        Mcm mane nk apply kad debit? dan mcm mane nk taw yg kad atm kita tuh bleh djadikan kad debit ke x?

        Reply
        • Anarm says

          10/02/2014 at 12:34 AM

          Kad ATM biasa tak boleh jadi kad debit.. Kad debit tu kad berbeza.. Kena pergi apply dekat bank.. Bagitau je kat orang bank cakap nak buat kad debit.. Nanti dia akan uruskan.. Sekejap je boleh siap kad debit tu..

          Bila kad debit dah siap, kena setting balik kat mesin ATM.. Lepas tu dah boleh guna dah.. Kad ATM yang lama bank akan ambil balik..

          Masa nak apply kad debit tu boleh tanya detail dengan orang bank..

          Reply
  3. deanz says

    03/05/2013 at 2:59 PM

    bergaya gak kad debit superman tu…. kad ceri aku ni… mcm dah nak patah jer….

    Reply
    • Anarm says

      03/05/2013 at 4:00 PM

      Kalau dah nak patah tukar je kad baru.. Dia caj RM12 je untuk tukar kad baru.. Kalau taknak kena caj, bagitau chip kad ceri tu ada masalah, kadang2 mesin tak boleh baca kad tu..

      Reply
      • deanz says

        03/05/2013 at 4:49 PM

        dah hitam habis dah chip ceri ni… kadang2 boleh guna…kadang2 tak leh guna

        Reply
        • Anarm says

          03/05/2013 at 5:19 PM

          Dah sampai masa tukar kad baru tu..

          Reply
  4. Suhairi Alias says

    26/03/2013 at 3:13 PM

    huhu.. nak tukar tapi mls pulak nak ke bank..

    Reply
    • Anarm says

      26/03/2013 at 4:19 PM

      Kalau malas nak ke bank memang tak boleh tukar kad baru..

      Reply
  5. anif says

    25/03/2013 at 9:38 AM

    Lawa la kad debit ni. Mau tukar juga tapi kalau kena RM12 macam tak berbaloi pulak! :(

    Reply
    • Anarm says

      26/03/2013 at 4:18 PM

      Aku tak kena caj RM12.. Mungkin sebab aku tukar kad je sebab chip rosak.. Kalau taknak kena caj RM12 boleh try ‘cakap’ chip rosak jugak.. hee

      Reply
  6. reezluv says

    25/03/2013 at 12:10 AM

    M2U pun kena tukar ke tak?ke biar je macam lama..rasanya tukar gak kan?

    btw..theme ko ni best..custom eh?hehehe

    Reply
    • Anarm says

      25/03/2013 at 12:43 AM

      M2U tak kena tukar.. Dia tak kacau.. Staf Maybank tu cakap just tukar nombor PIN dan setting balik had pengeluaran / had pindahan.. Tu je..

      Theme ni custom sendiri.. Guna theme free je..

      Reply
      • reezluv says

        25/03/2013 at 12:46 AM

        guna theme ape tu?leh kasi tau?hehehe

        Reply
        • Anarm says

          25/03/2013 at 11:40 AM

          Theme ni nama dia “ColorWord” dari Siteground.com.. Ni preview theme yg asal sebelum diedit.. http://www.siteground.com/template-preview/wordpress/siteground-wp72

          Reply
          • reezluv says

            25/03/2013 at 6:14 PM

            terbaiklah..hehe

            Reply
  7. ejam says

    23/03/2013 at 5:10 PM

    peh menarik ni, minggu depan gaji masuk sesuai sgt nk tukar dah..
    aku masih lagi pakai kad atm kaler kuning tu..tak ikut perkembangan semasa btol.
    lagipun kad atm skrg ni dh ada kepatahan sikit, sesuai sgt nak tukar.

    Reply
    • Anarm says

      23/03/2013 at 5:21 PM

      Kad ATM kaler kuning tu yang kad ATM biasa je kan? Dah lama tak tengok orang guna kad tu.. Bila pergi Maybank tengok orang lain cucuk duit semua dah pegang kad debit je sekarang ni..

      Kad dah patah sikit tu elok la pergi tukar.. Sekejap je boleh siap kalau tukar kad debit ni..

      Reply
  8. Amir says

    23/03/2013 at 11:09 AM

    urm… nak jugakkk !!!

    Reply
    • Anarm says

      23/03/2013 at 1:20 PM

      Kalau nak kena pergi kat mana-mana Maybank, cakap nak buat/tukar kad debit.. Nanti dia bagi borang, isi borang tu.. lepas tu bagitau orang Maybank nak kad debit Superman.. atau kad debit Manchester United..

      Reply
  9. akubiomed says

    23/03/2013 at 6:05 AM

    Menarik kad debit adiwira Superman.

    Reply
    • Anarm says

      23/03/2013 at 1:18 PM

      Apa tunggu lagi.. Tukar la kad debit Superman.. kejap je siap.. Hee..

      Reply
  10. titan says

    23/03/2013 at 5:08 AM

    tak apalah..aku pakai dulu apa yang ada ni..

    Reply
    • Anarm says

      23/03/2013 at 1:17 PM

      Orang ada duit banyak dapat dari affiliate mesti pakai kad kredit. Pebarang kad debit.. Kan? Kan? Hahaa..

      Reply
  11. Katak Comel says

    23/03/2013 at 12:08 AM

    cicakman xde ke???
    hihi

    Reply
    • Anarm says

      23/03/2013 at 1:15 PM

      Cicakman takde lagi.. Mungkin Maybank kena bekerjasama dengan KRU dulu baru boleh guna design Cicakman..

      Reply
  12. itdecade says

    22/03/2013 at 11:55 PM

    Huyoo..superman plak….dulu man u…hehehe..nk tukar gak laa..

    Reply
    • Anarm says

      23/03/2013 at 1:14 PM

      Sekarang pun ada jugak kad debit MU.. Boleh pilih nak kad debit Superman atau MU..

      Reply
  13. sukma says

    22/03/2013 at 8:33 PM

    masih kekal lagi dengan kad debit ceri Maybank tu…kad superman nie terhad sehingga clear stok…

    Reply
    • Anarm says

      23/03/2013 at 1:12 PM

      Yes.. Kad debit Superman ni stok terhad. Kalau nak boleh tukar cepat2 kat mana-mana bank Maybank sebelum stok habis..

      Reply
  14. Shahrul says

    22/03/2013 at 7:13 PM

    nak tukar versi superman jgk la…baru ganah

    Reply
    • Anarm says

      23/03/2013 at 1:11 PM

      Betul tu. Pakai kad Superman baru nampak ganah. Haha..

      Reply
  15. hafizrahim says

    22/03/2013 at 6:15 PM

    Geng la kite..hehehe..super..super..supermannnn..

    Reply
  16. fariq says

    22/03/2013 at 5:56 PM

    fuh mcm menarik.. nak try tukar jugak la walaupun kad skrg ni ok lg.. kekeke

    Reply
    • Anarm says

      23/03/2013 at 1:09 PM

      Boleh je nak tukar kad debit baru ni walaupun kad lama masih elok lagi..

      Reply
  17. Oneblogsocial says

    22/03/2013 at 5:35 PM

    Guna debit kad ini lebih senang di banding kad credit,saya baru buat bulan lepas

    Reply
  18. Jaws says

    22/03/2013 at 5:22 PM

    hebat.. pasni jadi superman laa ko… mesti byk duit am superman dalam tu..

    Reply
    • Anarm says

      22/03/2013 at 5:28 PM

      Superman jaga duit dalam akaun aku.. Haha..

      Reply
      • galut says

        22/03/2013 at 8:44 PM

        Kad superman,duit dalam pun superduit…aku pun tukar jugalah sebab kadang kad aku juga tdk dapat dibaca,kadang pilih mesin,ada yg bole baca juga….

        Reply
  19. Bro Framestone says

    22/03/2013 at 5:20 PM

    bro masih setia dengan MU…

    Reply
    • Anarm says

      22/03/2013 at 5:22 PM

      MU pun ok.. Aku peminat Arsenal..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy