Tukar Kad Debit CIMB MasterCard

Semalam aku pergi ke CIMB cawangan UPM Serdang buat Kad Debit CIMB MasterCard. Ni semua gara-gara Jaws yang mengajak aku pergi ke bank CIMB sebab dia nak buat kad debit ni.

Aku pun jadi rasa nak buat juga memandangkan kad CIMB Bank aku pon dah macam nak rosak dah.

Tukar Kad Debit CIMB MasterCard

Kad Debit CIMB MasterCard ni merupakan kad pembayaran yang membolehkan debit langsung daripada akaun deposit bagi pembelian barangan dan perkhidmatan di kedai-kedai global yang menyertainya menerusi rangkaian MasterCard.

Korang boleh guna untuk membeli belah atau shopping. Tak payah bawak duit dah bila pergi shopping. Bayar guna kad debit ni je.

Bagi yang dah ada kad ATM CIMB pun boleh juga bertukar ke Kad Debit CIMB MasterCard ni. Fungsi kad ATM dan fungsi kad debit digabungkan dalam satu Kad Debit CIMB MasterCard. 2 fungsi dalam 1 kad.

Korang boleh guna untuk cucuk duit atau keluarkan duit di mesin ATM, dan juga boleh guna untuk buat sebarang pembayaran. Tapi, sebelum korang buat apa-apa bayaran menggunakan kad debit ni, pastikan dalam akaun CIMB korang ada baki duit yang mencukupi kerana duit akan ditolak terus dari baki dalam akaun.

Cara buat pertukaran Kad Debit CIMB MasterCard

Korang boleh apply Kad Debit CIMB MasterCard di mana-mana cawangan CIMB Bank yang berdekatan atau yang korang rasa tak ramai orang. Kalau ramai orang, kena jadi penunggu la jawabnya.

Syarat untuk apply Kad Debit CIMB MasterCard ni korang mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.

  1. Pergi ke kaunter pertanyaan di bank CIMB, beritahu atau tanya macam mana nak apply Kad Debit CIMB MasterCard.
  2. Dapatkan borang dan isi borang untuk pertukaran kad baru.
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga dipanggil ke kaunter urusan.
  4. Beritahu staff bank yang bertugas bahawa korang ingin buat pertukaran Kad Debit CIMB MasterCard.
  5. Bagi kad pengenalan dan kad ATM yang lama bersama borang pertukaran kad baru kepada staff bank yang berurusan dengan korang.
  6. Kemudian korang akan diberi PIN sementara untuk kad baru dan perlu tukar PIN tersebut dalam tempoh 24 jam.
  7. Untuk perkhidmatan CIMB Clicks (online banking), korang perlu create e-PIN baru di mesin ATM kerana e-PIN tersebut akan diminta bila korang login ke akaun CIMB Clicks.

Untuk pertukaran kad baru ni, caj sebanyak RM8 akan dikenakan dan duit akan ditolak dari akaun CIMB korang. Bila dah ada kad baru tu, jaga elok-elok ye.

Sekiranya Kad Debit CIMB MasterCard korang dicuri, hilang atau rosak, caj sebanyak RM12 pula akan dikenakan untuk replacement kad baru.

Debit Card Spend and Win

Kelebihan menggunakan Kad Debit CIMB MasterCard

  • Kad Debit CIMB MasterCard menawarkan pelbagai ganjaran kepada kita antaranya mendapat diskaun daripada peniaga-peniaga yang mengambil bahagian jika kita berbelanja di kedai atau premis mereka.
     
  • Mendapat rebat tunai sebanyak 1% yang boleh ditebus bagi setiap pembelian barangan harian atau isian minyak dengan Kad Debit CIMB MasterCard.
     
  • Membolehkan kita bayar barang-barang yang dibeli tanpa menggunakan wang tunai kerana setiap bayaran menggunakan kad debit, duit akan ditolak terus dari dalam akaun bank kita. Tapi, pastikan dalam akaun bank ada baki duit yang mencukupi.
     
  • Kad debit membantu kita mengawal perbelanjaan setiap bulan agar tak melebihi dari apa yang telah kita rancang.
     
  • Mendidik kita supaya lebih berjimat cermat kerana bila banyak menggunakan kad debit, duit dalam akaun akan berkurangan. Oleh itu, untuk pastikan baki duit sentiasa ada di dalam akaun, jangan terlalu banyak berbelanja terutamanya berbelanja untuk benda yang tak berfaedah atau yang tak diperlukan.
     

Dapatkan info selanjutnya tentang Kad Debit CIMB MasterCard di laman web CIMB Bank.

42 Comments

  1. Salam…. Saya Nak tanya ,
    saya org Indonesia yg krja di sini , saya sdh bergabung dgn CIMB BANK +- 3 tahun. Boleh tak saya tukar ATM ke debet card(MasterCard)

  2. Salam… maaf bertanya adakah cimb mastercard ni boleh buat online payment or online shopping buying…

    • @Zaki, ada orang cakap boleh.. setakat ni tak pernah try lagi.. so, tak berapa pasti.. kalau benda2 online ni biasa bayar guna paypal je.. lebih mudah..

    • tak boleh la bro…. gua nak beli games euro 2012 kat origin guna debit cimb tak boleh…tp gua try guna maybank debit boleh pulak…. secara keseluruhannya cimb debit hanya sesuai utk perniagaan premis yg ada mastercard je… yg online….tak boleh… kalau nak beli online gunalah maybank debit card…

  3. bagi saya, tak kisah sangat nak guna apa-apa kad bank pun, yg penting nafsu berbelanja kena dikawal baik.

  4. aku guna maybank visa debit punya kad je…
    yang cimb tak tukar lagi sebab xde uit gak dalamnyer..haha… :)

  5. Kad atm CIMB aku dah sampai koyak dah sebab lama dok dalam wallet. Selalu kalau shopping barang dapur memang guna kad debit jer. Bagus dan mendidik kita supaya lebih berdisiplin dalam berbelanja.

  6. bagus juga ni..tak tahu pun pasal ni..kalau tahu hari tu aku terus tukar ke kad debit ni..tak payah pakai kad atm biasa dh.

  7. huh..kalau aku tahu..aku buat tadi. tadi dah la aku buat kad baru sebab kad lama hilang. aduh..rugi masa aku.. :angry:

  8. nice entri bro, aku pon dah tahu lama, budak2x kaki ebay dok buat debit card cimb nih. tapi kalau cimb islamic. debit pon islamic juga ke?

    • @Safwan Seth,
      Urusniaganya jelas, sebab kalau ikut apa yang dinyatakn oleh Anarm “pastikan dalam akaun CIMB korang ada baki duit yang mencukupi kerana duit akan ditolak terus dari baki dalam akaun”.. takde yang sorok2 kat situ.Klu x cukup balance x dpt buat payment la. IMO

  9. Boleh buat kat mana2 cawangan ke? Sebab ngan CIMB ni rumit ckit, klu ikut pengalaman ngan diorang. Kalau dulu, nak tukar kad baru pun kena pegi ke cawangan bank kita bukak akaun, pastu yang baru2 ni lagi parah aku kena, sampai 3 bulan duit aku tak dapat draw. Nasib baik gaji pakai Maybank. Pegi ke kaunter macam2 alasan diorang bagi, kena pi ke cawangan asal la, kena pi main branch la, kena jumpa manager la… semua aku buat Nasib baik dpt settle.

    • @shraqs, aku tak pernah lagi kena camtu.. naye la kat orang kalau nk tukar kad pon kena pergi cawangan bank yang kita bukak akaun.. buatnya orang tu bukak akaun kat negeri lain, jauh, tak pasal2 kena pergi sana pulak..

      aku tukar kad ni semalam ok je takde masalah apa2.. akaun bank aku bukak kat perak.. aku tukar kad baru ni kat serdang.. takde masalah macam yang ko cakap tu.. boleh la try kalau nak tukar kad debit macam ni..

      • @Anarm,
        Akaun aku dahla bukak kat Penang masa blajar dulu lagi. Cawangan tu pun dah tutup, muamalat ambik alih. Nanti aku cuba p apply, mesti diorang menyampah tengok muka aku pasni takde orang lain ke?

  10. aku punya kad atm cimb ni kad biasa je tapi memang dah boleh guna sebagai kad debit dah pun. pelik jugak bila ramai duk tanya cemane aku buat. padahal memang dari waktu aku buat kad tu dulu memang dah dapat. aku buat kad tu januari 2009.

    tapi orang lain tak dapat pulak macam tu. hmm.. musykil2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *