AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Informasi » Tukar Kad Debit CIMB MasterCard

Tukar Kad Debit CIMB MasterCard

08/12/2011 Anarm 42 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Semalam aku pergi ke CIMB cawangan UPM Serdang buat Kad Debit CIMB MasterCard. Ni semua gara-gara Jaws yang mengajak aku pergi ke bank CIMB sebab dia nak buat kad debit ni.

Aku pun jadi rasa nak buat juga memandangkan kad CIMB Bank aku pon dah macam nak rosak dah.

Tukar Kad Debit CIMB MasterCard

Kad Debit CIMB MasterCard ni merupakan kad pembayaran yang membolehkan debit langsung daripada akaun deposit bagi pembelian barangan dan perkhidmatan di kedai-kedai global yang menyertainya menerusi rangkaian MasterCard.

Korang boleh guna untuk membeli belah atau shopping. Tak payah bawak duit dah bila pergi shopping. Bayar guna kad debit ni je.

Bagi yang dah ada kad ATM CIMB pun boleh juga bertukar ke Kad Debit CIMB MasterCard ni. Fungsi kad ATM dan fungsi kad debit digabungkan dalam satu Kad Debit CIMB MasterCard. 2 fungsi dalam 1 kad.

Korang boleh guna untuk cucuk duit atau keluarkan duit di mesin ATM, dan juga boleh guna untuk buat sebarang pembayaran. Tapi, sebelum korang buat apa-apa bayaran menggunakan kad debit ni, pastikan dalam akaun CIMB korang ada baki duit yang mencukupi kerana duit akan ditolak terus dari baki dalam akaun.

Cara buat pertukaran Kad Debit CIMB MasterCard

Korang boleh apply Kad Debit CIMB MasterCard di mana-mana cawangan CIMB Bank yang berdekatan atau yang korang rasa tak ramai orang. Kalau ramai orang, kena jadi penunggu la jawabnya.

Syarat untuk apply Kad Debit CIMB MasterCard ni korang mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.

  1. Pergi ke kaunter pertanyaan di bank CIMB, beritahu atau tanya macam mana nak apply Kad Debit CIMB MasterCard.
  2. Dapatkan borang dan isi borang untuk pertukaran kad baru.
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga dipanggil ke kaunter urusan.
  4. Beritahu staff bank yang bertugas bahawa korang ingin buat pertukaran Kad Debit CIMB MasterCard.
  5. Bagi kad pengenalan dan kad ATM yang lama bersama borang pertukaran kad baru kepada staff bank yang berurusan dengan korang.
  6. Kemudian korang akan diberi PIN sementara untuk kad baru dan perlu tukar PIN tersebut dalam tempoh 24 jam.
  7. Untuk perkhidmatan CIMB Clicks (online banking), korang perlu create e-PIN baru di mesin ATM kerana e-PIN tersebut akan diminta bila korang login ke akaun CIMB Clicks.

Untuk pertukaran kad baru ni, caj sebanyak RM8 akan dikenakan dan duit akan ditolak dari akaun CIMB korang. Bila dah ada kad baru tu, jaga elok-elok ye.

Sekiranya Kad Debit CIMB MasterCard korang dicuri, hilang atau rosak, caj sebanyak RM12 pula akan dikenakan untuk replacement kad baru.

Debit Card Spend and Win

Kelebihan menggunakan Kad Debit CIMB MasterCard

  • Kad Debit CIMB MasterCard menawarkan pelbagai ganjaran kepada kita antaranya mendapat diskaun daripada peniaga-peniaga yang mengambil bahagian jika kita berbelanja di kedai atau premis mereka.
     
  • Mendapat rebat tunai sebanyak 1% yang boleh ditebus bagi setiap pembelian barangan harian atau isian minyak dengan Kad Debit CIMB MasterCard.
     
  • Membolehkan kita bayar barang-barang yang dibeli tanpa menggunakan wang tunai kerana setiap bayaran menggunakan kad debit, duit akan ditolak terus dari dalam akaun bank kita. Tapi, pastikan dalam akaun bank ada baki duit yang mencukupi.
     
  • Kad debit membantu kita mengawal perbelanjaan setiap bulan agar tak melebihi dari apa yang telah kita rancang.
     
  • Mendidik kita supaya lebih berjimat cermat kerana bila banyak menggunakan kad debit, duit dalam akaun akan berkurangan. Oleh itu, untuk pastikan baki duit sentiasa ada di dalam akaun, jangan terlalu banyak berbelanja terutamanya berbelanja untuk benda yang tak berfaedah atau yang tak diperlukan.
     

Dapatkan info selanjutnya tentang Kad Debit CIMB MasterCard di laman web CIMB Bank.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Informasi Keyword : bijak wang, cara buat pertukaran kad debit cimb, cara tukar Kad Debit CIMB MasterCard, Kad Debit CIMB MasterCard, kawal perbelanjaan harian, kelebihan menggunakan kad debit, mengurus kewangan dengan bijak, merancang kewangan dengan kad debit

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Wordless Wednesday #13 – Wishlist Tercapai
Next article:
Duit Gaji Tak Pernah Cukup

42 Comments

  1. musbikin says

    28/10/2013 at 10:42 PM

    Salam…. Saya Nak tanya ,
    saya org Indonesia yg krja di sini , saya sdh bergabung dgn CIMB BANK +- 3 tahun. Boleh tak saya tukar ATM ke debet card(MasterCard)

    Reply
  2. kamarul says

    29/05/2012 at 9:03 PM

    Nak tanya, kalau buat pertukaran kad ni, berapa lama leh dpt kad debit 2?

    Reply
    • Anarm says

      29/05/2012 at 9:46 PM

      @kamarul, Pergi ke mana-mana cawangan CIMB, berurusan untuk pertukaran kad.. On the spot dapat terus kad baru tu..

      Reply
  3. Zaki says

    06/03/2012 at 2:51 PM

    Salam… maaf bertanya adakah cimb mastercard ni boleh buat online payment or online shopping buying…

    Reply
    • Anarm says

      09/03/2012 at 6:32 AM

      @Zaki, ada orang cakap boleh.. setakat ni tak pernah try lagi.. so, tak berapa pasti.. kalau benda2 online ni biasa bayar guna paypal je.. lebih mudah..

      Reply
    • singa says

      02/05/2012 at 5:59 PM

      tak boleh la bro…. gua nak beli games euro 2012 kat origin guna debit cimb tak boleh…tp gua try guna maybank debit boleh pulak…. secara keseluruhannya cimb debit hanya sesuai utk perniagaan premis yg ada mastercard je… yg online….tak boleh… kalau nak beli online gunalah maybank debit card…

      Reply
  4. abu85 says

    04/02/2012 at 8:02 PM

    kira baru lagi kan kad ni offer sbb aritu kad aku rosak.. dia tak bg tahu aku pun

    Reply
  5. alamonline says

    31/12/2011 at 8:39 PM

    ingatkan kad ATM cimb dah ada fungsi debit card. kena apply barulah nampaknya…

    Reply
  6. kedaikasperskyonline says

    31/12/2011 at 11:05 AM

    wah..bagus ni..macam nak pegi tukar jugak la..boleh masuk duit gaji jugak kan?

    Reply
  7. wandisini says

    29/12/2011 at 10:39 AM

    dah boleh guna untuk paypal ni kan

    Reply
    • Anarm says

      29/12/2011 at 1:08 PM

      @wandisini, aku tak pasti.. tak try lagi.. untuk paypal aku dah guna maybank card..

      Reply
  8. Mus says

    26/12/2011 at 1:24 PM

    bagi saya, tak kisah sangat nak guna apa-apa kad bank pun, yg penting nafsu berbelanja kena dikawal baik.

    Reply
  9. topiJerami90 says

    21/12/2011 at 7:55 AM

    xpernah guna cimb,maybank jela

    Reply
  10. Izuddin says

    17/12/2011 at 11:53 AM

    Saya ada kad debit maybank je.. alhamdulillah setakat ni ok.. mgkin masa depan akan apply kad ni plk :)

    Reply
  11. nizam says

    16/12/2011 at 5:25 PM

    aku guna maybank visa debit punya kad je…
    yang cimb tak tukar lagi sebab xde uit gak dalamnyer..haha… :)

    Reply
  12. Lizz says

    14/12/2011 at 9:56 PM

    aku tak pernah ada debit card.wahahaha!!!!

    Reply
  13. dataseven says

    13/12/2011 at 8:29 PM

    Bagus la pakai kat debit drpd credit.
    Boleh kawal sket kite punya duit keluar..

    Reply
  14. hdn952 says

    13/12/2011 at 9:00 AM

    mudahnya…boleh tukar camtu jer??

    Reply
  15. levelsatu says

    13/12/2011 at 3:20 AM

    boleh plak tukar macam tu ye. tak tahu la plakk.. :lol:

    Reply
  16. Sobri Mansor says

    13/12/2011 at 12:12 AM

    Kad atm CIMB aku dah sampai koyak dah sebab lama dok dalam wallet. Selalu kalau shopping barang dapur memang guna kad debit jer. Bagus dan mendidik kita supaya lebih berdisiplin dalam berbelanja.

    Reply
  17. hdn952 says

    11/12/2011 at 9:08 PM

    macam bagus je.nak try lah……….tk krn bagi info……. :cheerful:

    Reply
  18. blackrosehunter says

    10/12/2011 at 7:52 PM

    bagus juga ni..tak tahu pun pasal ni..kalau tahu hari tu aku terus tukar ke kad debit ni..tak payah pakai kad atm biasa dh.

    Reply
  19. akubiomed says

    09/12/2011 at 11:30 AM

    Saya dengan CIMB hunya ada akaun pinjaman rumah sahaja. :-)

    Reply
  20. shaharil says

    09/12/2011 at 8:21 AM

    Jom pakat ramai tukar kad atm masing-masing ke kad debit mastercard. hehhe..

    Reply
  21. titan says

    09/12/2011 at 12:53 AM

    huh..kalau aku tahu..aku buat tadi. tadi dah la aku buat kad baru sebab kad lama hilang. aduh..rugi masa aku.. :angry:

    Reply
    • blackrosehunter says

      10/12/2011 at 7:50 PM

      @titan, xpe..ko kan kacak..haha

      Reply
  22. Juan says

    08/12/2011 at 11:03 PM

    kalau mcm tu aku pon nk tukar la, aku ni jenis yg biasa punya

    Reply
  23. Safwan Seth says

    08/12/2011 at 10:25 PM

    nice entri bro, aku pon dah tahu lama, budak2x kaki ebay dok buat debit card cimb nih. tapi kalau cimb islamic. debit pon islamic juga ke?

    Reply
    • shraqs says

      08/12/2011 at 11:18 PM

      @Safwan Seth,
      Urusniaganya jelas, sebab kalau ikut apa yang dinyatakn oleh Anarm “pastikan dalam akaun CIMB korang ada baki duit yang mencukupi kerana duit akan ditolak terus dari baki dalam akaun”.. takde yang sorok2 kat situ.Klu x cukup balance x dpt buat payment la. IMO

      Reply
  24. Adi Putra says

    08/12/2011 at 7:19 PM

    Wah nak pegi buat la dalam minggu ini…Tq for the information…..

    Reply
  25. Mohd Isa says

    08/12/2011 at 2:52 PM

    wah, menarik ni. akaun cimb aku dah putus, kena apply balik ni. hehe

    Reply
    • Anarm says

      08/12/2011 at 4:15 PM

      @Mohd Isa, uik.. macam mana boleh putus? lama sangat tak masuk duit kot..

      Reply
      • Mohd Isa says

        08/12/2011 at 7:14 PM

        @Anarm, haha…tahu takpa. dah lama sangat tak aktif, time guna dulu CIMB pakai nama lagi. hehe

        Reply
  26. shraqs says

    08/12/2011 at 2:11 PM

    Boleh buat kat mana2 cawangan ke? Sebab ngan CIMB ni rumit ckit, klu ikut pengalaman ngan diorang. Kalau dulu, nak tukar kad baru pun kena pegi ke cawangan bank kita bukak akaun, pastu yang baru2 ni lagi parah aku kena, sampai 3 bulan duit aku tak dapat draw. Nasib baik gaji pakai Maybank. Pegi ke kaunter macam2 alasan diorang bagi, kena pi ke cawangan asal la, kena pi main branch la, kena jumpa manager la… semua aku buat Nasib baik dpt settle.

    Reply
    • Anarm says

      08/12/2011 at 4:14 PM

      @shraqs, aku tak pernah lagi kena camtu.. naye la kat orang kalau nk tukar kad pon kena pergi cawangan bank yang kita bukak akaun.. buatnya orang tu bukak akaun kat negeri lain, jauh, tak pasal2 kena pergi sana pulak..

      aku tukar kad ni semalam ok je takde masalah apa2.. akaun bank aku bukak kat perak.. aku tukar kad baru ni kat serdang.. takde masalah macam yang ko cakap tu.. boleh la try kalau nak tukar kad debit macam ni..

      Reply
      • shraqs says

        08/12/2011 at 11:11 PM

        @Anarm,
        Akaun aku dahla bukak kat Penang masa blajar dulu lagi. Cawangan tu pun dah tutup, muamalat ambik alih. Nanti aku cuba p apply, mesti diorang menyampah tengok muka aku pasni takde orang lain ke?

        Reply
  27. Nasih says

    08/12/2011 at 11:04 AM

    aku punya kad atm cimb ni kad biasa je tapi memang dah boleh guna sebagai kad debit dah pun. pelik jugak bila ramai duk tanya cemane aku buat. padahal memang dari waktu aku buat kad tu dulu memang dah dapat. aku buat kad tu januari 2009.

    tapi orang lain tak dapat pulak macam tu. hmm.. musykil2..

    Reply
    • Anarm says

      08/12/2011 at 4:08 PM

      @Nasih, memang pelik.. aku punya takde dapat camtu pon.. sebab tu tukar yang baru ni..

      Reply
  28. Luthfi says

    08/12/2011 at 10:43 AM

    tenkiu.. esok hamba nak pg buat :)

    Reply
  29. Shahrul says

    08/12/2011 at 10:27 AM

    Sebenarnya apa diff antara visa dan mastercard :blush:

    Reply
    • Anarm says

      08/12/2011 at 10:58 AM

      @Shahrul, aku rasa dua2 sama je.. tak tau la ade perbezaan ke tak.. :ermm:

      Reply
      • Denaihati says

        12/12/2011 at 3:11 PM

        @Anarm, Kalau tak silap VISA lagi besar coverage

        Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy