Urusan pindah rumah dah selesai sebelum Raya Aidilfitri tempoh hari. Alhamdulillah.
Sekarang ni balik kerja aku dan wife sibuk dengan kerja-kerja mengemas rumah pulak. Barang-barang banyak berlonggok dalam bilik tak sempat lagi nak kemas sepenuhnya.
Selain kemas barang rumah, kena tukar mentol lampu sebab mentol asal lampu dia yang warna oren tu. Rasa macam panas je dan tak berapa terang.
Jadi aku pun tukarlah dengan mentol lampu warna putih. Baru terang sikit.
Lagi satu, kena tukar kepala paip atau pili paip kat sinki dapur sebab rapat sangat dengan sinki. Susah nak basuh pinggan mangkuk, asyik berlaga je dengan sinki.
Ingat nak upah plumber je minta dia tukarkan pili paip tu. Bila fikir balik, baik buat sendiri lagi jimat.
Pengalaman Tukar Paip Sendiri (DIY)
Jadi pengalaman pertama tukar paip sendiri. Sebelum ni tak pernah buat walaupun ada belajar “Kemahiran Hidup” masa kat sekolah dulu.
Paip asal jenis plastik. Aku ganti dengan pili paip jenis besi beli kat kedai hardware. RM16 je yang paling murah.
Sebelum tanggalkan paip, kena pastikan tutup terlebih dahulu punca air.
Dulu pernah tengok member serumah tukar paip tapi tak tutup punca air dengan elok. Habis bersembur air keluar sampai banjir dapur.
Balut atau lilit bahagian benang pada paip menggunakan pita putih (white tape) bagi mengelakkan air meleleh keluar dan untuk bagi paip kemas dan ketat bila dipasang.
Baru la air tak terkeluar dari celah-celah tu.
Tadaa.. Dah pun siap pasang paip sinki baru kat dapur rumah. Lepas ni senang sikit nak membasuh pinggan, mangkuk, cawan, sudu.
Rasa macam seronok pulak bila dapat buat kerja-kerja DIY macam ni. Rasa puas hati pun ada juga bila tengok hasil kerja sendiri berfungsi dengan baik.
Setakat kerja paip mudah macam ni aku rasa sape-sape pun boleh buat, kan? Kalau yang rumit sikit tu lebih baik upah tukang paip yang bertauliah dan lebih mahir.
Sememangnya kemahiran berkaitan DIY nie sangat membantu untuk banyak situasi kan….Yang best adalah perasaan puas hati bila dah berjaya buat kan….
ala..senang je tuh..bukan susah mana buat..aku pun aritu tukar sendiri je..tak tengok Youtube pun..hihih
Ada perkara-perkara yang mudah dan boleh dibuat sendiri tanpa perlu keluarkan belanja berlebihan. Baiki paip adalah salah satu darinya.
jimat duit bila tahu tukar sendiri…bila upah plumber…mahu melayang duit…sedangkan bukannya susah mana pun tukar paip ni…hee…
hehe, senang je tukar paip
Ha’ah.. Senang je tukar paip.. Ingatkan susah.. Dah cuba buat sendiri baru tau senang sangat rupanya.. Hehe
dh boleh jimat braper dh tu kalau buat sendiri,
nampk cam susah je.
belum coba blum tahu.
lpas ni nk tukar ler pulak tue :)
Kalau upah plumber tak tahu lah berapa dia caj.. Dengar2 ada yang amik upah RM100 lebih.. Buat sendiri lagi jimat..
dulu masa belajar kemahiran hidup kan dah belajar.kire dah ada ilmu la tu.hehe
Yup.. Memang ada belajar benda ni dalam subjek Kemahiran Hidup.. beberapa puluh tahun lepas.. Nasib baik ingat lagi ilmu tu.. Terima kasih kepada cikgu yang mengajar Kemahiran Hidup dulu..
ada bakat dah tu.
Ini kena buka balik buku kemahiran hidup ni.
:) Kalau semua nak panggil plumber.. Mana berbaloi.. Mahal tu cajnya
Betul tu.. Upah plumber mahal.. Kalau buat sendiri cuma keluar duit beli paip dengan white tape tu je.. dengan beli sepanar (kalau blom ada)..
Bila baca poat ni teringat paip yg bocor kt bilik air tak ganti2..
Kena ganti cepat2 tu sebelum paip bocor tu jadi makin teruk..
Senang lepas ni takyah upah plumber..
yang basic macam ni boleh je buat sendiri.. Kalau yang nak kena tebuk dinding bagai tu kenalah upah plumber jugak..
ok dah tu.
bukan senang tu sebenarnya nak buat. haha
Meh datang tukar kepala paip rumah aku leh..
Tengah malas nak g kedai beli kepala paip dan tukarkan.
Haha.. Aku pun malas sebenarnya.. Ini pun sebab kena paksa dengan bini dia cakap susah nak basuh pinggan.. Kih kih kih..
Bagus ini, nanti bila nak buat kerja boleh rujuk tutorial ni lagi.. :D
montoknye tangannnn…. kikiki :)
Dah tangan orang gemuk.. Memang montok lah.. Hehe..
mantop!!! lampu dah tu ker? lepas ni tunggu TV dan internet pulak
Lampu dah tukar.. yang tu senang sangat.. TV dgn internet je kena tunggu orang datang buatkan..
Tidak susah hendak tukar kepala paip ini. Bolehlah recall zaman sekolah dahulu ada kelas Seni Perusahaan. :-)
Ha’ah.. Zaman sekolah dulu belajar benda2 camni dalam kelas Kemahiran Hidup.. Nasib baik ingat lagi sikit2.. Kalau upah plumber buatkan mesti mahal.. Baik buat sendiri bleh jimat kos..