Tragedi di Karnival JomHeboh, Bukit Jalil

21/12/2008 (Ahad) — Jumpa budak-budak forum Sifoo.com di Karnival JomHeboh, Bukit Jalil lebih kurang jam 3 petang.

Aku sampai lewat sikit hari tu sebab terlupa jalan nak ke Bukit Jalil. Rasa kelakar betul tersesat jalan. Haha.. Nasib baik tuan punya kereta kuning tolong guide tunjukkan jalan.

Karnival JomHeboh di Bukit Jalil

Dah sampai sana, susah giler nak mencari tempat parking. Encik-encik polis pulak ramai sangat masa tu, tak boleh nak buat kerja gila.

Tapi akhirnya jumpa juga tempat parking. Dengan penuh sopan santun, aku parking motor di tempat yang disediakan.

Lepas tu tunggu budak-budak lain sampai. Tunggu tengah panas terik pulak tu. Berpeluh peluh.

Tunggu punya tunggu, punya tunggu macam penunggu, akhirnya semua bebudak tiba dengan selamat. Takda cacat cela sepanjang perjalanan ke lokasi. Yang datang cuma aku, Mira, Anys, Hizral, Shida, Syacz, Aidil, dan Khairul83.

Lepas dah berkumpul semuanya, kitorang pergi jalan-jalan cari makan minum, beli fishball, nugget, sosej. Lepas tu makan beramai-ramai kat tempat ada arca keris bersaiz besar gedabak. Kagum juga aku tengok arca keris tu.

Petang tu hujan turun. Tak lebat sangat. Tapi boleh basah lencun jugak la kalau berdiri tengah dataran tu.

Kemudian kitorang pergi jalan-jalan kat Endah Parade. Dapat makan ayam goreng free kat McDonalds. Alhamdulillah.

Layan Konsert di Karnival JomHeboh

Malam tu.. Mira, Penyu dan Anys balik sebelum konsert mula. Jadi kurang meriah dah sebab yang tinggal cuma aku, Aidil Bosz, Khairul83, Syacz dan Shida je.

Kitorang pun gerak ke tapak konsert. Syacz dan Shida dah laju mencelah sampai ke depan. Aku ikut je diorang dari belakang.

Tak ramai artis yang best malam tu. Paling best pun tengok band Bunkface buat persembahan. Hilang sekejap rasa mengantuk bila dengar lagu diorang.

Aku gerak balik ke Bangi lebih kurang pukul 11 malam. Syacz dan Shida dah balik awal sikit dari aku. Khairul83 orang last tinggal kat situ. Entah pukul berapa dia balik.

Itu saja ceritanya Tragedi di Karnival Jom Heboh, Bukit Jalil pada hari tu.

Sekian, terima kasih.

7 Comments

  1. aku tak habis view semua gambar beserta komen kat fb shida… aku sedang usaha..

    view gambar+komen gambar+kutip duit kat pet sosaiti+harvest tanaman.. wah banyak bende aku tak leh wat kat opis tadi.. gila sakit kepala keje huhuhu!!

  2. aku dh post gambar² yg adik bagi tu.. aku kepenatan.. dapat post sikit je gambar event tu.. huh!

  3. ooi aku cuti tkejut semlm.. puteri aku kena keracunan makanan. jadik pg ni (iya hari ni) aku tgh sedaya upaya menyebarkn photo2 yg terlampau itew.. ngeee.. tenang ye kakak2 abg2… adik cuba!

  4. adekah ‘adik’ yg ade gmbr2 tu?

  5. ha ah gambar2 aku suka gambar2 nie.. di manakah empunya hp yang berkamera itew..

  6. gambar apekah yang dimaksudkan? aku rasa mcm x sedap hati je.. ishh!!

  7. aku pun menanti-nanti jugak gamba nih…hmmm..

Leave a Reply