Trackback.my Mudahkan ‘Tracking’ Barang Yang Dipos

Sejak buat bisnes Simkad ONEXOX aku kerap ulang alik pejabat pos untuk hantar simkad ONEXOX yang diorder oleh pelanggan. Satu benda yang aku cukup risau bila pos barang ialah takut barang terlewat sampai atau tak sampai-sampai ke tangan pelanggan.

Nasib baik teringat entri yang blogger Ejam Othman tulis di blog dia tentang Trackback.my. Trackback.my ni satu laman web yang menyediakan kemudahan untuk kita ‘track’ barang yang dihantar tak kira guna kurier apa sekalipun. Guna Pos Ekspress, Pos Laju, Ta-Q-Bin, GDExpress, Skynet, Kangaroo atau lain-lain semuanya boleh ‘track’ di laman web tu.

Trackback.my laman web untuk track barang yang dihantar

Dengan menggunakan laman web Trackback.my ni sangat mudah untuk kita ‘track’ barang-barang yang dihantar. Kita cuma perlu pilih kurier yang digunakan dan isi kod tracking barang tu. Kemudian Trackback.my akan paparkan status terkini barang tersebut sama ada masih dalam proses penghantaran ataupun sudah diterima oleh pelanggan.

Setiap ‘tracking’ yang dibuat di laman web Trackback.my ni boleh disimpan dalam akaun. Bila setiap kali ada sebarang perubahan pada status penghantaran, kita akan terima email pemberitahuan tentang status terkini barang yang dihantar.

Trackback.my untuk track barang yang dipos

Trackback detail penghantaran barang pos

Terima kasih kepada pembangun laman web Trackback.my iaitu Akif Rabbani kerana telah menyediakan kemudahan untuk pantau penghantaran bungkusan. Sangat berguna dan bermanfaat bagi mereka yang sering hantar barang melalui kurier.

Siapa yang selalu pos barang (terutamanya peniaga-peniaga online) boleh la register akaun di Trackback.my untuk lebih mudahkan urusan ‘tracking’ dan dapat pastikan barang yang kita hantar tu selamat sampai kepada pelanggan.

15 Comments

  1. bagusnya lah org yg bangunkan trackback.my nie. memang sgt2 membantu terutamanya utk yg buat bisnes online mcm saya..
    n thanks for sharing info nie ya. :)

  2. wah bagus juga applikasi ni amat membantu usahawan online.

    nak tanya onexox ni ok ke? terlalu banyak telco yang membuat tawaran hebat tapi takut jadi cam yang sebelum ni terkubur saja.

    • ONEXOX ni ok je. Saya dah selidik dulu sebelum buat keputusan bertukar dari Celcom pergi ke ONEXOX ni.. Mula2 tu rasa ragu2 dan takut2 jugak nak tukar.. Tapi kalau dah ada peluang untuk berjimat, apa salahnya ambil peluang tu kan..

      Lagipun telco-telco sekarang ni dah mula kenakan caj yang merepek repek pada pengguna.. Bila saya dah tukar ke ONEXOX ni baru rasa lega dan Alhamdulillah dapat jimat credit sebab ONEXOX takde sebarang caj yang tersembunyi..

      Tentang telco yang terkubur sebelum ni saya pun tahu cerita dia.. Cuma banyak cerita tak betul sebenarnya yang orang dok sebar-sebarkan..

  3. Ha, lepas ni boleh guna trackback je la, tak payah nak buka setiap satu web delvery service ni kan

  4. Sangat bagus apps yang dibangunkan. Saya juga telah mula mendaftar selepas membaca entri ini. Senang nak track penerimaan produk kepada pelanggan.

  5. Alhamdulillah kita ada genius muda ini dalam menyediakan medium penyelesaian masalah.
    Rugi sangat kalau peniaga online yg selalu kurier barang tak gunakan kemudahan percuma ini.

    Dulu ada hantar wasap setiap kali update status, skrg mcm dah takde rasanya.
    Email tu pun dh sgt membantu juga.

    • Ha’ah.. Sekarang ada fungsi hantar email je.. Itupun dah cukup membantu.. Yang penting tetap dapat notification jugak bila ada email masuk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *