Tonton Lawak Ke Der 2 di Pawagam

Semalam aku bersama isteri pergi Media Screening Filem Lawak Ke Der 2 di GSC Alamanda Putrajaya. Memang kelakar giler persembahan lawak daripada Nabil, Jozan, Boboi dan Harith Iskander. Ramai yang gelak sakan tengok filem “Lawak Ke Der 2” termasuk aku sendiri dok gelak terbahak-bahak sampai sakit tekak. Aku paling suka lawak Harith Iskander. Memang terbaiklah lawak yang dia buat.

blogger screening lawak ke der 2
Antara rakan blogger yang hadir screening semalam (sori tangan bergegar)

5 pasang tiket free media screening filem “Lawak Ke Der 2” semalam kitorang dapat daripada blogger Ruby melalui jemputan di FB Group Denaihati Network. Terima kasih banyak-banyak sebab bagi tiket free. Tugas menguruskan blogger yang pergi pulak telah dilaksanakan dengan penuh jayanya oleh Shakiddo. Blogger lain yg turut join adalah blogger Dkna, Nadot dan Sharidawati dengan pasangan masing-masing.

tengok wayang filem lawak ke der 2 gsc alamanda
Semua tak sabar nak layan “Lawak Ke Der 2”, paling awal masuk dan dapat duduk seat belakang

Lawak Ke Der 2 Persembahan Komedi Pelawak Malaysia

Malaysia mula diperkenalkan dengan persembahan komedi “Lawak Ke Der” pada bulan Februari tahun lepas. Kejayaan yang ditempa melalui persembahan tu kemudiannya disusuli dengan Lawak Ke Der 2 pulak. Seramai 30,000 rakyat Malaysia menutup tirai tahun 2012 mereka dengan gelak ketawa bersama “Lawak Ke Der 2” di Istana Budaya.

Artis Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya

Memandangkan Lawak Ke Der 2 hanya dipentaskan sebanyak 6 persembahan je di Istana Budaya, banyak permintaan untuk re-stage diterima dari peminat-peminat yang gagal dapatkan tiket. Tiket sold out kate ko! Dari situ timbul idea dari Tall Order Productions, syarikat milik Hans Isaac untuk bawa persembahan komedi pentas ni ke panggung wayang supaya dapat ditonton oleh lebih ramai peminat.

Filem Lawak Ke Der 2 ni dibintangi oleh 6 pelawak terbaik tanah air. Nabil menghiburkan penonton dengan aksi stand-up comedynya. Harith Iskander yang juga dikenali sebagai Malaysia’s King of Comedy, persembahannya ternyata berjaya mendekatkan penonton Malaysia dengan stand up comedy yang sebenar.

lawak ke der 2 nabil harith iskander

Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik (BOBOI) sering muncul dengan sketsa-sketsa baru yang kreatif dan bermesej. Dalam Lawak Ke Der 2, BOBOI mempersembahkan sketsa komedi kisah hantu pontianak dan sketsa dalam kapal terbang.

Johan dan Zizan (JOZAN) juga tidak dapat disangkal lagi kerana mereka sering menampilkan sketsa-sketsa yang akan kekal di hati penonton. Untuk Lawak Ke Der 2, komedi yang dipersembahkan oleh JOZAN adalah tentang kisah cinta tiga segi yang sangat kelakar.

jozan boboi lawak ke der 2

Lawak Ke Der 2 boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013, HARI INI.. Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei. Jom pergi serang pawagam yang berdekatan tengok Lawak Ke Der 2. Best gila bab siolll..

Selamat menonton Lawak Ke Der 2.

40 Comments

  1. Best dapat tengok lawak kerder 2.

  2. ada johan gempak selalu lah lawak tu..tak leh tgok muka johan..rasa nak gelak dah..hehe..best arr dapat tiket free.. :cool:

  3. Ramai cakap citer ni best.. nampaknya nak kena tonton gaklah ;D

  4. aku nak tonton hari tu tp takut ni lawak ker der yg masuk youtube tuh

  5. kalau lagi penat maslaah hidup baguslah nonton lawak nak hilangkan stress

  6. Pandai Lawak Ke Der 2 masuk wayang dulu sebelum masuk Astro First

  7. Rupanya Anarm penyuka lawak juga, sama dong dengan saya :)

  8. semuanya otai2 belaka…sudah tentu best filem tuh kan…tak sabar lak den nak tengok…hehe

  9. wajib tonton nih… :w00t:

  10. hi there, hehe mmg tgh havoc sal filem ni sume kwn2 dok ajak nonton ;) mrk mmg terbaek lah kn..neway just wanna say HI ^^ :cheerful:

  11. Tggu feedback dari kawan2 dulu…kalau most cakap best, bawak anak terus gi tgk wayang..haha

  12. Baru tahu ia adalah kumpulan babak dijadikan filem.

  13. ramai dok kata best ni.. kena tengok ni..

  14. berpuluh tahun tak jejak panggung ni, mcm best je cerita ni :)

  15. dah lama tak masuk panggung tengok wayang..sejak beranak kecil ni.
    hanya boleh tengok dari hasil “sedutan” saja..
    tunggu kluar kat astro 1st ler nanti..

  16. promosi filem lawak ke der…hebat…

  17. semua memang otai lawak nih. memang best habiss..

  18. Senangnya bisa nonton bersama dengan sahabat-sahabat blogger lainnya…apalagi bila berpasangan

  19. ada terasa aper-aper tak bab lawak Harith Iskander tu? hahhahaa.. dush dushhh

  20. wah esok xde kelas boleh ler pi tengok malam ni hahaha :biggrin:

  21. ingat malam ni nak layan wayang sorang2. tapi tak tahu lagi nak tgk cite apa.

Leave a Comment