Timba ilmu di event Social Media 2012

Semalam dan 2 hari lepas lepak di event Malaysia Social Media 2012 memberi banyak ilmu pengetahuan tentang dunia blogging dan trend sosial media masa kini. Aku ke event sosial media yang diadakan di PWTC ni bersama-sama 4 lagi rakan blogger hebat iaitu Denaihati, Jaws Ismail, Zulseffort dan RahsiaEbiz.

Lepak di Malaysia Social Media Event 2012

Kat situ ada juga jumpa dengan rakan blogger yang lain seperti joegrimjow, Amanz, Kak Jie dan suami, kruel74, Broframestone, NamiaCinta, Nisa Kay, Tekong dan lain-lain tapi hanya beberapa orang je sempat bertegur sapa.

Yang lain-lain tu aku segan nak tegur. Maklum sajalah, aku ni bukan jenis orang yang peramah. Aku pemalu.. Kak Jie pulak memang peramah siap lambai-lambai tangan kat tepi pintu. Hehe..

Dewan event Malaysia Social Media 2012
Suasana dalam dewan sebelum dipenuhi orang
Dewan Malaysia Social Media 2012
Dalam dewan ketika berlangsungnya event Malaysia Social Media 2012

Skrin besar yang terdapat di sebelah tepi kanan tu (tengok gambar atas) memaparkan segala jenis tweet yang dihantar oleh para pengguna Twitter. Tweet yang ditulis beserta hashtag #MSMW2012 tu akan muncul di skrin dengan paparan interface aplikasi Tweetdeck.

Twitter Aman kena ‘tweetjack’ pun ada keluar kat situ.

blogger denaihati online dalam dewan
Denaihati sedang tengok entri tugasan akhir Contest Gadget Impian

Semasa berlangsungnya event Malaysia Social Media 2012 ni, aku duduk di kerusi sebelah Denaihati. Walaupun speakers sedang bercakap di depan, Denaihati sempat lagi tengok-tengok tugasan peserta akhir Contest Gadget Impian.

Semua peserta akhir contest gadget impian ternyata hebat-hebat belaka. Mesti susah nak pilih pemenang. Kepada korang yang prihatin dan baik hati tu bolehlah bantu rakan blogger menang gadget impian mereka.

Event dan Makanan

Dalam setiap event macam ni memang tak sah kalau takde makanan. Betul tak? Makanan yang disediakan untuk kitorang semua sedap-sedap. Pagi makan kuih-muih, tengahari makan nasi dan ayam aladdin, petang pulak makan lagi meratah ayam goreng pulak.

Ada banyak lagi la hidangan yang diorang sediakan. Yang aku sebut tadi tu apa yang aku makan je. Sedap!

Rezeki makanan yang sedap
Makanan yang buat aku tak boleh berhenti makan

Dengan menghadiri event sosial media macam ni, banyak ilmu berguna boleh kita ceduk daripada perkongsian oleh ‘speakers’ yang mantap-mantap belaka. Memang rugi kalau kita tak ambil peluang ni untuk belajar ilmu tentang blogging dan sosial media yang selalu kita main hari-hari.

Ilmu tak pernah berhenti. Tapi kalau kita berhenti mencari ilmu, memang apa pun tak boleh. Oleh itu, carilah ilmu sebab ilmu takkan datang cari kita.

Antara banyak-banyak ‘speaker’ yang bercakap dalam event Malaysia Social Media 2012 ni, ada beberapa orang yang bagi ucapan dengan mantap sekali seperti Altimet, Jojo Struys, Karrotgold, AidaSue, memeranglaut, dan beberapa ‘omputih’ yang aku tak ingat nama dia.

Yang lain-lain tu berucap OK juga cuma ada beberapa ‘perkongsian’ tu buat aku jadi bosan dan mengantuk sikit.

hasil seni orang lidi
Perkara yang aku buat untuk hilangkan mengantuk dan bosan semasa #MSMW2012

* * * * * * * * *

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang World Bloggers and Social Media Awards 2012. Kepada yang tak berjaya tu, next time boleh cuba lagi. Aku pon ingat nak cuba juga nanti.

29 Comments

  1. Keren sekali bisa ikut memeriahkan di event tersebut..

  2. hehe.comel anarm kite skech.Terbaikkk..

  3. wah, rugi tak dapat join. maklumlah, asyik buat blah selatan je…bila nak sampai utara tah…

  4. masih lagi tak sure sama ada event ni berbayar atau tidak.. yg datang semua dah establish habis..
    lukisan last sekali tu menarik.. boring sangat ke sampai ngantuk? hehehe..

  5. wahh . . best . . bila la nak ada peluang . .

  6. orang lain sibuk dengar talk dia sibuk ingat makan :biggrin:
    tapi apa pun memang best sesangat MSMW2012
    tak rugi dan tak sia2 datang dari jauh …….

    • @namia, lapar sangat time tu.. sebab tu ingat makan je.. hehe.. sedap ayam aladdin dia.. ingat nk tambah tapi perut dah tak muat.. :tongue:

      memang best pergi MSMW2012.. dapat banyak ilmu..

  7. siap bagitau aku kena tweetjacked tue. haha.

  8. tahniah kepada yg terlibat

  9. hoho..aku suka gambar yang ko lukis tu..kacak!

    • @titan, yang tu baru lukisan introduction je.. dia punya lukisan penutup aku lupa pulak nak ambik gambar.. kalau ko tengok ending dia tu lagi kacak.. buat print kat baju mesti smart.. haha.. :tongue:

  10. pergh!! mantap kot blogger2 yang hadir tue.. huhuh, jeles plak aku, igt nak pegi gak event2 camnie supaya leh networking.. sekali pun takpe.. :)

  11. 1st time dtg sini rasanya…

    lepas tgk komen kat affan punya blog.. dia cakap dia dpt trace penulis tuh..

    hahahhaa

  12. Untung pergi seminar atau forum kerana speaker nya ada dari luar dan yang pakar.

  13. wah2…untungla~
    aku baru nak mntak tiket free dri staff octove tp dah terlewat sbb event tu esok dah start…rugi2

  14. :devil: :devil: :devil: korang suka lari lari kalau nampak kak jie

  15. hehehe… cam best je pergi..

Leave a Comment