AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Event » Timba ilmu di event Social Media 2012

Timba ilmu di event Social Media 2012

15/02/2012 Anarm 29 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Semalam dan 2 hari lepas lepak di event Malaysia Social Media 2012 memberi banyak ilmu pengetahuan tentang dunia blogging dan trend sosial media masa kini. Aku ke event sosial media yang diadakan di PWTC ni bersama-sama 4 lagi rakan blogger hebat iaitu Denaihati, Jaws Ismail, Zulseffort dan RahsiaEbiz.

Lepak di Malaysia Social Media Event 2012

Kat situ ada juga jumpa dengan rakan blogger yang lain seperti joegrimjow, Amanz, Kak Jie dan suami, kruel74, Broframestone, NamiaCinta, Nisa Kay, Tekong dan lain-lain tapi hanya beberapa orang je sempat bertegur sapa.

Yang lain-lain tu aku segan nak tegur. Maklum sajalah, aku ni bukan jenis orang yang peramah. Aku pemalu.. Kak Jie pulak memang peramah siap lambai-lambai tangan kat tepi pintu. Hehe..

Dewan event Malaysia Social Media 2012

Suasana dalam dewan sebelum dipenuhi orang

Dewan Malaysia Social Media 2012

Dalam dewan ketika berlangsungnya event Malaysia Social Media 2012

Skrin besar yang terdapat di sebelah tepi kanan tu (tengok gambar atas) memaparkan segala jenis tweet yang dihantar oleh para pengguna Twitter. Tweet yang ditulis beserta hashtag #MSMW2012 tu akan muncul di skrin dengan paparan interface aplikasi Tweetdeck.

Twitter Aman kena ‘tweetjack’ pun ada keluar kat situ.

blogger denaihati online dalam dewan

Denaihati sedang tengok entri tugasan akhir Contest Gadget Impian

Semasa berlangsungnya event Malaysia Social Media 2012 ni, aku duduk di kerusi sebelah Denaihati. Walaupun speakers sedang bercakap di depan, Denaihati sempat lagi tengok-tengok tugasan peserta akhir Contest Gadget Impian.

Semua peserta akhir contest gadget impian ternyata hebat-hebat belaka. Mesti susah nak pilih pemenang. Kepada korang yang prihatin dan baik hati tu bolehlah bantu rakan blogger menang gadget impian mereka.

Event dan Makanan

Dalam setiap event macam ni memang tak sah kalau takde makanan. Betul tak? Makanan yang disediakan untuk kitorang semua sedap-sedap. Pagi makan kuih-muih, tengahari makan nasi dan ayam aladdin, petang pulak makan lagi meratah ayam goreng pulak.

Ada banyak lagi la hidangan yang diorang sediakan. Yang aku sebut tadi tu apa yang aku makan je. Sedap!

Rezeki makanan yang sedap

Makanan yang buat aku tak boleh berhenti makan

Dengan menghadiri event sosial media macam ni, banyak ilmu berguna boleh kita ceduk daripada perkongsian oleh ‘speakers’ yang mantap-mantap belaka. Memang rugi kalau kita tak ambil peluang ni untuk belajar ilmu tentang blogging dan sosial media yang selalu kita main hari-hari.

Ilmu tak pernah berhenti. Tapi kalau kita berhenti mencari ilmu, memang apa pun tak boleh. Oleh itu, carilah ilmu sebab ilmu takkan datang cari kita.

Antara banyak-banyak ‘speaker’ yang bercakap dalam event Malaysia Social Media 2012 ni, ada beberapa orang yang bagi ucapan dengan mantap sekali seperti Altimet, Jojo Struys, Karrotgold, AidaSue, memeranglaut, dan beberapa ‘omputih’ yang aku tak ingat nama dia.

Yang lain-lain tu berucap OK juga cuma ada beberapa ‘perkongsian’ tu buat aku jadi bosan dan mengantuk sikit.

hasil seni orang lidi

Perkara yang aku buat untuk hilangkan mengantuk dan bosan semasa #MSMW2012

* * * * * * * * *

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang World Bloggers and Social Media Awards 2012. Kepada yang tak berjaya tu, next time boleh cuba lagi. Aku pon ingat nak cuba juga nanti.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Senarai Pemenang Social Media Awards MSMW 2013

Kategori : Event Keyword : amanz kena tweetjack, berkongsi ilmu, denaihati pilih pemenang gadget impian, event dan makanan, event social media 2012, ilmu blogging, ilmu sosial media, jojo struys hot, jumpa rakan blogger hebat, timba ilmu pengetahuan

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Lelaki Tak Solat Jumaat sebab Uzur
Next article:
Dropbox Simpan Fail Secara Online

29 Comments

  1. Rina As says

    01/03/2012 at 6:26 AM

    Keren sekali bisa ikut memeriahkan di event tersebut..

    Reply
  2. W.HabibuRahman says

    29/02/2012 at 6:33 PM

    hehe.comel anarm kite skech.Terbaikkk..

    Reply
  3. leena says

    22/02/2012 at 4:02 PM

    bagus ni!!

    Reply
  4. Mohd Isa says

    21/02/2012 at 5:34 PM

    wah, rugi tak dapat join. maklumlah, asyik buat blah selatan je…bila nak sampai utara tah…

    Reply
  5. Izwan says

    17/02/2012 at 1:18 AM

    masih lagi tak sure sama ada event ni berbayar atau tidak.. yg datang semua dah establish habis..
    lukisan last sekali tu menarik.. boring sangat ke sampai ngantuk? hehehe..

    Reply
  6. Mr.Sepet says

    16/02/2012 at 10:24 AM

    wahh . . best . . bila la nak ada peluang . .

    Reply
    • Anarm says

      16/02/2012 at 3:39 PM

      @Mr.Sepet, akan ada banyak lagi event2 macam ni nanti.. dunia social media kan semakin berkembang pesat..

      Reply
  7. namia says

    16/02/2012 at 8:22 AM

    orang lain sibuk dengar talk dia sibuk ingat makan :biggrin:
    tapi apa pun memang best sesangat MSMW2012
    tak rugi dan tak sia2 datang dari jauh …….

    Reply
    • Anarm says

      16/02/2012 at 3:08 PM

      @namia, lapar sangat time tu.. sebab tu ingat makan je.. hehe.. sedap ayam aladdin dia.. ingat nk tambah tapi perut dah tak muat.. :tongue:

      memang best pergi MSMW2012.. dapat banyak ilmu..

      Reply
  8. aman says

    16/02/2012 at 8:16 AM

    siap bagitau aku kena tweetjacked tue. haha.

    Reply
    • Anarm says

      16/02/2012 at 3:07 PM

      @aman, nasib baik aku bagitau camtu je.. ingat nak embed ke screenshot ke, tapi terlupa nak buat.. haha..

      Reply
  9. Juan says

    16/02/2012 at 1:51 AM

    tahniah kepada yg terlibat

    Reply
  10. titan says

    15/02/2012 at 11:22 PM

    hoho..aku suka gambar yang ko lukis tu..kacak!

    Reply
    • Anarm says

      16/02/2012 at 12:34 AM

      @titan, yang tu baru lukisan introduction je.. dia punya lukisan penutup aku lupa pulak nak ambik gambar.. kalau ko tengok ending dia tu lagi kacak.. buat print kat baju mesti smart.. haha.. :tongue:

      Reply
  11. samanosuke_04 says

    15/02/2012 at 10:48 PM

    pergh!! mantap kot blogger2 yang hadir tue.. huhuh, jeles plak aku, igt nak pegi gak event2 camnie supaya leh networking.. sekali pun takpe.. :)

    Reply
    • Anarm says

      16/02/2012 at 12:30 AM

      @samanosuke_04, takpe.. ada banyak peluang lagi untuk join event2 macam ni.. kalau umur masih panjang, nanti boleh la jumpa blogger2 mantap tu dan bina networking..

      Reply
      • samanosuke_04 says

        16/02/2012 at 9:23 PM

        @Anarm, iA

        Reply
  12. sjiehan says

    15/02/2012 at 10:47 PM

    1st time dtg sini rasanya…

    lepas tgk komen kat affan punya blog.. dia cakap dia dpt trace penulis tuh..

    hahahhaa

    Reply
    • Anarm says

      16/02/2012 at 12:28 AM

      @sjiehan, siapa penulis tu tak penting.. yang penting fokus pada contest untuk menang gadget impian.. hehe..

      Reply
  13. akubiomed says

    15/02/2012 at 4:58 PM

    Untung pergi seminar atau forum kerana speaker nya ada dari luar dan yang pakar.

    Reply
    • Anarm says

      15/02/2012 at 8:21 PM

      @akubiomed, yup.. tapi speaker dari Malaysia pun mantap jugak..

      Reply
  14. Haru says

    15/02/2012 at 12:58 PM

    wah2…untungla~
    aku baru nak mntak tiket free dri staff octove tp dah terlewat sbb event tu esok dah start…rugi2

    Reply
    • Anarm says

      15/02/2012 at 1:25 PM

      @Haru, takpe.. tahun depan ada lagi kot.. boleh la join nanti.. siap sedia dari sekarang..

      Reply
  15. Kujie says

    15/02/2012 at 12:09 PM

    :devil: :devil: :devil: korang suka lari lari kalau nampak kak jie

    Reply
    • Anarm says

      15/02/2012 at 1:24 PM

      @Kujie, mana ada lari lari.. segan je.. kitorang kan penyegan.. :tongue:

      Reply
  16. ggg says

    15/02/2012 at 11:30 AM

    hehehe… cam best je pergi..

    Reply
    • Anarm says

      15/02/2012 at 1:23 PM

      @ggg, memang best.. dapat tau banyak benda tentang social media..

      Reply
  17. azmanisma says

    15/02/2012 at 10:56 AM

    Sempat lagi tu DH :)

    Reply
    • Anarm says

      15/02/2012 at 11:04 AM

      @azmanisma, tak kira masa, tak kira tempat, mesti bukak tengok2 blog.. macam tu la kalau kerja sebagai blogger.. hehe..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy