AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Terima Kasih Cikgu, Selamat Hari Guru

Terima Kasih Cikgu, Selamat Hari Guru

16/05/2015 Anarm 11 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Terlupa hari ni Hari Guru. Dah lama kan tinggalkan zaman persekolahan. Huhu. Nasib baik isteri aku ingatkan pagi tadi masa nak hantar dia pergi kerja.

Dia pun cikgu jugak. Mengajar dan melatih budak-budak guna otak kanan.

Selamat Hari Guru 2015

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua sahabat, kenalan dan kakak aku yang bertugas sebagai guru atau cikgu.

Selamat Hari Guru juga buat cikgu-cikgu sekolah di Kelantan yang pernah mengajar aku dulu semasa di Pusat Tarbiyah Anak-Anak Islam, Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1, Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa, dan tak lupa buat pensyarah-pensyarah di Noble College of Technology, Taiping.

Terima kasih kerana mendidik dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Jasa kalian amat-amat berharga. Semoga kalian takkan jemu dan terus mencurahkan ilmu, memberi yang terbaik buat anak bangsa.

Kenangan bersama cikgu kelas dan rakan seperjuangan di Sekolah Menangah Teknik Pengkalan Chepa, Kelantan

Kenangan bersama cikgu kelas dan rakan-rakan seperjuangan di Sekolah Menangah Teknik Pengkalan Chepa, Kelantan

Guru ibarat lilin. Orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia namun melupakan dirinya sendiri, seperti lilin yang menerangi orang lain namun membakar dirinya.

Ungkapan ni dah sebati dalam diri aku sejak kecil lagi, masa mula-mula masuk sekolah.

Besar sungguh pengorbanan cikgu-cikgu demi mencurahkan ilmu pengetahuan kepada anak didiknya. Jadi, hargailah cikgu-cikgu kita ya. Jangan bersikap kurang ajar dengan diorang takut nanti ilmu tu jadi tak berkat.

Kalau kena denda, kena rotan ke, kena pulas telinga ke, atau macam-macam lagi jenis hukuman yang kita dapat dari cikgu, terima je. Itu semua untuk tujuan mendidik kita.

Masa sekolah kalau kena hukuman macam tu memang rasa marah jugak la. Sakitnya tuh di sini. Tapi sekarang ni dah jadi satu kenangan manis.

Terima kasih cikgu. Jasa kalian akan kami kenang sampai bila-bila. Termasuk rakan-rakan yang banyak memberi tunjuk ajar dan memberi nasihat. Korang pun cikgu juga.

Terima kasih banyak-banyak. Selamat Hari Guru.

Kenangan menuntut ilmu multimedia di Noble College of Technology, Taiping

Kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan semasa menuntut ilmu di kolej.
(Al-Fatihah buat sahabatku, Nabil Abdul)

Rasa rindu sangat-sangat zaman sekolah dan zaman kolej. Rasa nak jumpa balik semua cikgu dan pensyarah yang mengajar dulu. Sebelum ni pernah jumpa beberapa orang tapi sekarang dah lost contact dah.

Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Selamat Hari Guru 2010 Kepada Semua Cikgu

Kategori : Santai Keyword : guru bestari, Guru Bestari Sekolah Bestari, guru ibarat lilin, guru membina ilmu menyempurnakan akhlak, guru sebagai pendidik, guru sekolah, kena denda cikgu disiplin, kenangan zaman persekolahan, pendidikan, selamat hari guru

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Cara Beli Barang China Secara Online
Next article:
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015, Maaf Zahir Batin

11 Comments

  1. Cik Puan Ida says

    26/08/2015 at 5:59 PM

    Tak terbalas budi baik dan jasa guru..

    Reply
  2. Akmal rusydi says

    03/07/2015 at 12:15 AM

    Siapa la kita tanpa cikgu..besarnya pengorbanan cikgu nak bentuk saya jadi orang macam hari ni..terima kasih cikgu

    Reply
  3. rika says

    02/07/2015 at 10:57 PM

    guru insan yang banyak memberi inspirasi dan perubahan kepada pelajar. Rindu juga zaman sekolah dulu bila dikenang semula.

    Reply
  4. azham ahmad says

    04/06/2015 at 10:50 AM

    Sedih beb teringat zaman sekolah..

    Reply
  5. azham ahmad says

    04/06/2015 at 10:49 AM

    Teringat beb zaman sekolah , sedihnye kejap je masa berlalu

    Reply
  6. Khairul Zamri says

    28/05/2015 at 9:04 PM

    Setiap hari guru teringatkan arwah pengetua di sekolah menengah dulu

    Reply
  7. AUC says

    27/05/2015 at 10:39 AM

    rasanya belum terlambat lagi nak ucap hari guru ni…
    selamat hari guru bro…

    Reply
  8. Ani Haryani says

    22/05/2015 at 12:33 PM

    Pengorbanan guru tak ternilai harganya. Terima Kasih Cikgu :D

    Reply
  9. titan says

    18/05/2015 at 6:44 PM

    pehh..

    hensem gila hang eh zaman muda-muda dulu..

    Reply
    • Anarm says

      18/05/2015 at 7:19 PM

      Hahahahaha..

      Reply
  10. farah says

    18/05/2015 at 1:05 AM

    selamat hari guru, banyak jasa telah guru beri utk mendidik anak bangsa…..

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy