Mudahnya Tempah Aqiqah Secara Online melalui eQurban.com

Aqiqah merupakan suatu ibadat berbentuk penyembelihan binatang tertentu sebagai tanda gembira dan bersyukur kerana kelahiran bayi.

Binatang yang disembelih untuk tujuan tersebut ialah unta, lembu atau kambing. Tetapi sembelihan kambing untuk aqiqah adalah lebih afdal dan lebih bagus.

Bagi anak lelaki disembelih 2 ekor kambing atau 2 bahagian daripada lembu atau unta.

Bagi anak perempuan pula 1 ekor kambing atau 1 bahagian daripada lembu atau unta.

Untuk lembu dan unta dibenarkan berkongsi 7 bahagian.

Sembelihan aqiqah kambing di Kazakhstan
CEO eQurban.com, Haji Masrukhin Marzoki semasa sembelihan aqiqah kambing di Kazakhstan sempena Kembara Wilayah Subur Ummat Islam

Program Aqiqah bersama eQurban.com

Bagi mereka yang belum tahu, syarikat eQurban ini berperanan menguruskan sembelihan Aqiqah dan Qurban selain membantu meningkatkan taraf ekonomi di beberapa kawasan seperti Kemboja dan lain-lain.

Apa yang menarik dengan eQurban.com ni adalah mereka memudahkan lagi urusan tempahan untuk Aqiqah dan Qurban dengan menyediakan perkhidmatan tempahan secara online.

Tempahan untuk aqiqah dengan eQurban.com dibuka sepanjang tahun.

Selepas dah buat tempahan lembu atau kambing untuk aqiqah, pihak pengurusan eQurban akan melaksanakan sembelihan tersebut di lokasi-lokasi terpilih bagi pihak kita dalam tempoh 60 hari.

Bila semua sembelihan dah selesai, sijil online akan dikeluarkan untuk rujukan kita atas sembelihan yang telah dibuat.

eQurban.com - Peneraju Qurban Aqiqah di Kemboja

Dengan adanya perkhidmatan sebegini ianya sangat memudahkan urusan orang ramai untuk laksanakan ibadah aqiqah terutama bagi mereka yang selalu sibuk dengan urusan kerja.

Tempahan lembu, kambing boleh dibuat secara online tanpa menggangu urusan kerja lain.

Sebelum ni pun aku pernah bantu beberapa orang rakan yang selalu sibuk dengan urusan kerja sampai tak sempat nak laksanakan aqiqah untuk anak dia.

Aku kenalkan eQurban pada rakan tu.

Alhamdulillah, aqiqah anak-anak dia dah pun dilaksanakan di Kemboja oleh pihak pengurusan eQurban. Tanggungjawab untuk menunaikan aqiqah selesai dengan cukup mudah.

Sesiapa nak buat tempahan untuk aqiqah boleh layari laman web eQurban.com

11 Comments

Leave a Reply