Telemarketer Jual Insurans Minta Maklumat Peribadi

Pagi tadi ada nombor tak dikenali call aku. Nombor tu call aku sampai 3 kali tapi aku tak jawab. Kali ke-4 dia call baru aku jawab. Sekali ejen jual insurans laaa..

Malas betul nak bercakap dengan orang jual insurans. Tambah-tambah yang jenis telemarketer cakap melalui telefon. Risau penipu je. Walaupun kita dah bagitau elok-elok kita taknak tapi diorang akan terus push kita supaya beli insurans dengan diorang.

panggilan telemarketer jual insurans

Biasanya kalau aku duduk depan laptop time terima apa-apa call dari nombor tak dikenali, aku akan google dulu nombor tu sebelum jawab panggilan. Tadi boleh terlupa pulak nak google.

Lepas dah selesai bercakap dengan wanita ejen jual insurans tersebut, aku try google nombor dia. Memang betul nombor telemarketer jual insurans. Kalau aku tau itu nombor ejen jual insurans memang aku takkan jawab.

panggilan ejen insurans
Screenshot dari laman web WhoCallsMe.com

Susah giler nak tamatkan perbualan dengan telemarketer jual insurans. Walaupun kita dah bagitau kita tak berminat diorang akan terus bercakap dan bercakap, memujuk kita supaya beli insuran dengan dia, siap tolong kira wang yang bakal kita dapat sekiranya berlaku kemalangan, ceritakan tentang kebaikan medical card, bagitau 2 atau 3 insuran tak cukup zaman sekarang ni, kena ada 20 insurans untuk setiap orang. Blablablabla.. Fuhh..

Tadi sebelum letak telefon dia tanya aku boleh tak dia nak call lagi kalau ada promosi insurans atau sebagainya. Aku jawab “Tak perlu sebab saya tak berminat dan tak yakin dengan urusan melalui telefon. Tambah-tambah yang membabitkan maklumat peribadi dan duit. Kalau dapat jumpa depan-depan mungkin ok sikit“. Tapi dia pulak bagi bermacam-macam alasan seperti mengelak daripada berjumpa.

Minta Maklumat Peribadi untuk Pengesahan

Bahaya bercakap dengan orang ‘jual insurans’ melalui telefon ni sebab dia ada minta maklumat peribadi kita seperti NAMA PENUH, NOMBOR IC, ALAMAT dan NAMA IBU kononnya nak buat pengesahan atau pengaktifan (walaupun kita dah cakap taknak).

Jangan mudah terpedaya atau tertipu dengan helah macam ni. Dah la kita tak kenal orang tu, tiba-tiba mintak maklumat peribadi takkan kita nak bagi maklumat peribadi tu kat dia. Lagi-lagi yang membabitkan NAMA IBU yang biasa digunakan sebagai salah satu security dalam sesetengah urusan seperti urusan bank dan lain-lain.

Ada juga yang minta 3 digit nombor yang tertera di belakang kad bank. Itu pun perlu dijaga jugak, tak boleh bagi kepada sesiapa. Sebolehnya elak daripada menjawab bila dia minta maklumat peribadi kita.

rahsiakan maklumat peribadi

Perempuan yang call aku tadi pun ada jugak minta maklumat diri aku tapi aku tak bagi. Mula-mula dia sebut nama penuh aku, lepas tu suruh aku sahkan betul atau tidak. Aku cakap betul memang nama aku. Lepas tu dia bagitau nombor IC aku pulak, pun betul jugak. Aku diam je time tu dok dengar dia bercakap.

Akhir sekali dia mintak aku bagi Nama Ibu untuk dia buat pengesahan. Aku tak bagi sebab aku dah mula rasa pelik lain macam. Bila aku mengelak dari jawab pertanyaan nama ibu tu, dia macam paksa-paksa suruh aku bagi. Aku tetap tak bagi apa yang dia minta. Akhirnya dia mengalah bila berulang-ulang kali aku bagitau aku tak berminat. Tak lama lepas tu dapat tamatkan perbualan.

Ada juga mereka-mereka yang tertipu dan terbagi maklumat peribadi tu bila diminta. Next time kena lebih berhati-hati. Mungkin boleh check dengan pihak-pihak berkaitan sebab banyak kes penipuan sekarang ni. Takut nanti tiba-tiba sampai surat hutang bertimbun yang bukan kita punya atau surat lawyer sebab tak bayar hutang, atau sebagainya. Macam-macam boleh dibuat dengan maklumat peribadi kita bila dah jatuh ke tangan orang yang tak bertanggungjawab.

Korang rasa betul ke bohong orang yang menjual insurans melalui telefon ni? Ada tak apa-apa tips elak bercakap dengan penjual insurans? Adakah perlu bagitau yang kita ni ada ilmu hitam atau ilmu kebal yang membuatkan kita tak perlu langgan apa-apa insurans? Haha..

Cara mengelak dari terpedaya dengan penjual insurans

45 Comments

  1. Jual insurans melalui fon banding servis ni memudahkan cust sbb kite xperlu nk isi form then tggu lme nk aprove dri pihak insurans,insurans penting utk hidup kita sekarang then klu nk tnye duit kite yg skg kite simpan tu cukup ke nk cover utk diri kita mase dpn nti,klu setakat nk berjaga2 tu mmg patut la kita laku kn sbb byk penipuan,tp kite blh check kn n kite blh fikir kn gune la bde itu utk buat keputusan…penipuan byk belaku dri call kata nya dri pihak bank tu mmg btl

  2. Assalamualikum kepada si penulis.. Sebelum tu saya nk bagi tau yg saya ni bekerja abg telemarketing staff.. Dah 6 tahun saya keje dlm bidang ni… Saya aku mmg ada yg rasa annoying dgn panggilan telemarketing ni… Tapi pernah x encik terfikir kita manusia biasa mencari rezeki… Mmg lumrah manusia bila kena byr semua xmau… Bila free laju jer… Tapi xsemua insurans tu xbagus… Kata lebih prefer jumpa face to face utk beli insurans…. Bila jumpa pun xbeli pun… I need to consider first… Last nyer sampai dh masuk hospital pun still xde insurance… Bila xde duit nk byr bil hospital mula lh mintak bantuan zakat… Masuk tv… Masuk surat khabar mintak tolong org…. Diri sendiri xpernah nk fikir utk protect diri sendiri…. U rasa org nk tolong…. Apa yg saya nk bagitau klu xnak xpayaj beli… No need to tell everyone xbagus lh telemarketing ni… Klu xde telemarketing ni sapa nk bagi gaji kt beribu2 org yg keje dlm bidang ni… Kita org juga sumbangkn pertumbuhan dlm ekonomi negara… Kita org pun bayar cukai…

    • Waalaikumussalam.. Pertama sekali saya mintak maaf kalau ada buat sape2 terasa dgn artikel yang saya tulis ni. Artikel ni cuma perkongsian pengalaman saya sahaja..

      Memang kita semua manusia biasa mencari rezeki. Mmg lumrah manusia bila kena bayar semua tak nak, bila free laju jer. Itu pun saya setuju jugak dan saya tak nafikan.

      “No need to tell everyone xbagus lh telemarketing ni”..

      Dalam artikel saya tulis ni takde bagitau pun telemarketing tak bagus. Saya pun tahu telemarketing tu salah satu pekerjaan sah yang wujud dalam dunia ni. Dalam artikel saya cuma kongsikan cerita tentang telemarketer yang call saya dan paksa saya bagi detail peribadi untuk pengesahan dan pengaktifan walaupun saya dah ulang banyak kali saya tak berminat dengan insurans yang dia offer. Pengesahan apa lagi kalau kita dah bagitau tak berminat? Perlu ke paksa orang untuk beli insurans dan paksa2 bagi detail peribadi?

      Bila saya ajak jumpa untuk bincang lebih lanjut, telemarketer insurans tu taknak pulak jumpa. Saya ni jenis orang yang tak yakin dengan urusan hanya melalui telefon dan membabitkan urusan duit serta data peribadi. Kalau dia sudi jumpa masa tu tak mustahil saya akan join insurans tu. Tapi saya perlukan bukti depan mata, bukan sekadar suara dalam telefon.

      Saya pun tahu kepentingan insurans. Saya pun bayar cukai jugak.. Tapi kalau dah sampai memaksa-maksa tu yang buat orang menyampah. Lagipun banyak kes membabitkan telemarketer yang menyamar untuk tipu orang ramai. Sebelum ni pun beberapa kali saya ada buat pengesahan dengan pihak insurans dan juga pihak bank, katanya call yang saya terima bukan dari pihak mereka. So, apa maknanya tu?

      Saya cuma ambil langkah berhati-hati dan itu hak saya untuk buat macam tu supaya tak tertipu.

      Saya minta maaf lagi sekali kalau artikel saya ni menyinggung perasaan mana2 pihak.

  3. korang ni kenapa….ak ni kerja telemarketing dah byk org aku tlg..siap ade customer call ak ckp TQ lg sb ak tlg die amik insrnces…diorg bukan bank tp KERJASAMA dgn BANK..klo korg call bank bahgian yg sepatutnya bende tu benar2 wujud..knp alamat, nama,ic,smua diperlukan supaya customer aware yg uolls amik insurnces..kalau bank bg uolls punye details semua uolls pikir logik la…kite x payah nk kol uollss.terus masukkn je dlm insurnces tu..betol x??THEN,Customer akan marah..sb tu kiite kol uolls uolls nk join bru amik details, kite kalau pasal duit nk beli insurces semua xpuas ati la tipu r…tp kalau org kol u cakap uolls menang kereta, main saham yg untung memg x logik..korang masuk je..korg tahu x sekarg ramai yg sakit yg kemalangn xde insurces bile offer masing2 belagak..kite respect la each other kalau xnk tolak cra baik…

  4. Sabagai Ajen insuran yang sah dan berdaftar, saya setuju dengan artikel ni. Walaupun saya ada buat telemarketing, tapi saya akan jumpa customer ( or ikut istilah insuran “case” ) untuk sain borang-borang dan penyerahan dokumen. Ikut prosedur pun, semasa “case” tu bagi bayaran, kita kena tunjuk IC dan kad kuasa kita. Kalau ada ajen-ajen insuran yang approach anda tanpa tunjukkan dua benda ni, JANGAN SAIN DAN BAYAR apa-apa. Cuma nak beritahu lah, insuran ni benda kedua paling penting selepas basic need kita. Anggap jelah menyimpan untuk masa depan. Sebab ada insuran yang siap dengan investment sekali.

    • tak semua telemarketing akan jumpa customer, sy buat telemarketing tp sy ckp apa yg perlu dickap n if customer cancel pun insurns tu comission tetap ditarik balik…cume kalo nk sahkan benar atau tak mintak contct nombor ..direct nombor….sb kitorg memg xde sign…hanya agent shja yg akan jumpa customer..tp kite nk membantu golongn susah yg perlu insurns…tp tk mampu nk byr mahal..kalau x berminat ckp elok2..kite ade budi bahsa..

  5. Aku pun dah banyak kali dorang telefon,pusing-pusing itu jugak la motifnya,insurans je,lepas tu siap pujuk rayu bagai,last-last terus tamatkan panggilan.Rujukan pada web whocallme tu bagus juga untuk mengesan telemarketer insurans ni

  6. Biasanya kalau agen insuran telefon aku layan jer, tapi aku bagi load speaker. Aku cuma jawab ye..ye..ye..sehingga di minta maklumat aku akan cakap buat masa ini belum ada keperluan untuk membeli insurance sbb aku dah ada insurance. Dan aku ucap tq sbb sudi kongsi ilmu insurance ngan aku. Dan akhir sekali jika jumpa yg degil aku akan cakap hello, hello, hello, line tak clear dan terus putuskan talian. :cheerful:

  7. pernah gak kena, masa tu nak pi melepak kat midvalley, apa lagi cepat2 lah kata kat dia tengah nak masok kelas suruh telefon balik, last2 terus block jer nmbor tu malas nak menyembang dengan deme dah hahaha :lol:

  8. Kalau saya, lepas dengar dia tu bagitau dia nak promote insurans, terus je letak. Itu yang selayaknya mereka dapat.

    aya ada anak sedara yang pernah terjebak kerja telemarketer macam tu sehari dua. Rupanya nombor tu mereka dapat dari syarikat telekomunikasi. Memang hampas la mereka tu.

  9. Pernah skali dapat call mcm ni. Telemarketer tu ckp dia dari pusat kad maybank,nak minta pengesahan no kad atm (debitcard) . Telemarketer tu marah saya sbb tak bagi. Saya was-was nak bagi. Nanti tak pasal2 habis gaji saya. :pinch:

    • Rasanya kalau pihak bank call dia takkan mintak pengesahan no kad atm.. kecuali bila kita sendiri yang call bank tu untuk tanya, buat aduan kad ada masalah atau sebagainya.. Tapi kalau kad ada masalah atau lain2 better terus pergi ke bank, bukan melalui telefon..

  10. baru dapat call dari ejen insurans AIA…cakap semua insurans saya dah beli…minta data peribadi saya cakap mana dapat data nie…siap saya marah-marah dorang…padan muka…malas nak layan…

  11. biasa den cakap tengah sibuk jer, then den terus matikan panggilan tuh…kalau dilayan memang takut melarat pula nanti…

  12. Setahu saya, kerja telesales marketing jual insurans ni memang wujud tapi kena cek betul2 takut menipu …

    Kalau boleh x perlu layan benda2 macam ni ka.au serius nak beli insurans teeus je pergi pusat

  13. sama gak dalam ex-job aku yang bahagian outbound.. soft skill kena ada.. tapi sampai mintak details nama mak, itu macam dah lebeh.. hahahayookkkk

  14. skang trend cari makan macam tu.mentang2 dia tau orang malaysia ni pemurah…biasanya no telefon kita ni dah dijual pada orang2 yang memerlukan …

    • Bukan setakat nombor telefon, maklumat peribadi kita pun rasanya ada yang dah dijual.. Sebab tu diorang dapat tahu semua details pasal kita..

  15. Aku pernah kena banyak kali dengan produk yang berbeza, tapi dengan agen jual kad diskaun pelancongan paling “jauh”; siap dah bagi credit card details. Dalam 2,3 minit lepas tu, baru aku sedar dah kena tipu. Aku call CIMB card center nak batalkan transaction, depa kata hanya merchant aje yang boleh batalkan. So, aku call balik nombor telemarketer tu dan bertekak dalam 30 minit jugalah suruh batalkan transaction. Ugut sikit nak report, last-last dia give up & batalkan. Puh selamat :pinch:

  16. Saya terus cakap tak nak..kalau dia tanya kenapa tak nak,jawab je memang tak nak..jangan ganggu saya..saya tengah kerja..

  17. selalu, aku cakap..saya baru lepas gaduh dengan bini saya ni. awak nak apa?

    terus minah tu kata nanti dia call balik. Aku tunggu gak. Sampai hari ini tak call balik.

    Dah beratus orang call aku. Ini jugak alasan yang aku rasa berkesan untuk halau diorang. Haha..

  18. hahahaha.. ko pegi layan buat apa bro. lain kali lps ko ckp x berminat ko letak tepon jer… aku tau sgt taktik ni. sbb aku pernah pegi training psl cold call ni..

    • Diorang cakap tu tengok skrip kot.. Sebab dah banyak kali jawab call dari ejen2 insurans, dialog dia sama je.. Takpun ada kursus atau seminar yang ajar diorang cara2 nak handle orang melalui telefon..

  19. banyak kali jugak kne ni. tak payah layan sangat. lagi dilayan, macam-macam karenah. yang tak tahannya dia rekod perbualan kita. once kita kata on, mmg sah la. CIMB n Maybank la especially suka benor teknik telemarketing ni. at least, bg la masa nak fikir. Kalo style macam ni, mmg sy cakap tak minat terus. habis cerita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *