Telegram Messenger Aplikasi Alternatif WhatsApp

Baru-baru ni aku cuba guna aplikasi Telegram Messenger yang dikatakan sebagai aplikasi alternatif terbaik bagi WhatsApp Messenger.

Ada rakan-rakan beritahu aplikasi Telegram ni berkali-kali lebih bagus daripada WhatsApp. Sebab tu aku rasa nak cuba sendiri.

Telegram Messenger dah lama wujud dan aku nampak ramai juga dok promote sebelum ni. Cuma masa tu tak rasa nak cuba sebab tak berapa menarik minat sangat.

Sejak dua menjak ni cerita tentang Telegram muncul balik dan makin ramai pulak yang promote tentang Telegram ni di Facebook, Twitter dan di blog-blog.

Tertarik dengan review di blog-blog rakan blogger tentang Telegram, aku pun install di smartphone aku nak tengok betul ke tidak seperti yang dikatakan.

Telegram Messenger aplikasi alternatif bagi WhatsApp Messenger

Pengalaman Guna Aplikasi Telegram Messenger

Selepas beberapa hari mencuba, pendapat aku, aplikasi Telegram memang lebih bagus daripada WhatsApp.

Apa yang aku baca di internet, ramai beritahu puas hati menggunakan Telegram Messenger berbanding WhatsApp yang dikatakan lemah dari segi sekuriti.

Terkejut juga aku bila ada yang beritahu sekuriti WhatsApp lemah. Lemah macam mana aku pun tak pasti.

Jom tengok kelebihan yang ada pada aplikasi Telegram Messenger.

Telegram Messenger VS WhatsApp Messenger

Telegram Messenger VS WhatsApp Messenger

  • SEKURITI & KESELAMATAN
    Telegram memberi jaminan keselamatan buat penggunanya, malah dengan berani menawarkan hadiah $200,000 kepada sesiapa yang berjaya menggodam Telegram.

    Menurut pakar teknologi, Data Encryption yang ada pada Telegram sangat bagus dan lebih baik berbanding WhatsApp.

  • PERCUMA & BEBAS IKLAN
    Telegram menyediakan perkhidmatannya secara percuma dan tanpa sebarang iklan. Berbanding WhatsApp yang hanya percuma untuk tahun pertama, tahun seterusnya dikenakan bayaran sebanyak $0.99 setahun.
     
  • LEBIH ‘SMOOTH‘ BERBANDING WHATSAPP
    Aplikasi Telegram lebih smooth dan cepat bila dibuka walaupun terdapat beribu-ribu mesej sama ada mesej personal mahupun daripada group.

    Segalanya lancar tanpa menyebabkan smartphone hang atau tersangkut-sangkut.
     

  • PERKONGSIAN FAIL PELBAGAI FORMAT
    Telegram boleh berkongsi fail-fail seperti gambar, video, jenis format fail seperti doc, zip, mp3 dan lain-lain dengan saiz sehingga 1GB, manakala WhatsApp hanya boleh berkongsi audio, video dan gambar bersaiz 16MB sahaja.
     
  • 200 PENGGUNA DALAM SATU GROUP
    Telegram mampu menampung sehingga 200 pengguna dalam satu group chat berbanding hanya 50 pengguna bagi servis yang sama yang disediakan oleh WhatsApp.
     
  • CLOUD-BASED
    Tidak seperti WhatsApp yang hanya boleh diakses pada satu peranti dalam satu masa, dengan Telegram pengguna juga boleh mengakses mesej melalui PC / Laptop menggunakan Telegram Desktop.
Aplikasi Telegram untuk desktop
Aplikasi Telegram untuk Desktop

Kelebihan Telegram Messenger berbanding WhatsApp Messenger

Menarik juga aplikasi Telegram Messenger. Sebelum ni nampak macam tak best je. Sekali bila dah cuba sendiri guna Telegram terus jatuh hati.

Siapa belum cuba lagi bolehlah download Telegram Messenger.

Download:
Telegram for Android
Telegram for iPhone & iPad
Telegram for WP

50 Comments

  1. As-salam, sy nk tanya ckit… kenapa mesej dlm group telegram saya lambat masuk mesej? Bile sy buka telegram bru semua mesej masuk… t.kasih

  2. Assalamualaikum… saya nak tanya kenapa telegram saya tak dapat hantar mesej pada kenalan baru.. berapa kali dah saya uninstall tetap sama juga.. apa masalah telegram saya ye.

  3. Slm….nak tanye…klu kita unistall telegram..pastu kita nak install balik….group sebelom nie akan ad balik x?….coz telegram sye xleh nk hntar gmbr…..sebelom nie ok jea….nk buat mcm mne ye?

    • Waalaikumussalam.. Tutup no hp di Telegram? No hp memang tak nampak kan kecuali orang tu ada save no hp kita dalam phone dia..

  4. Macamana nak share video dlm telegram ke wasap……kena guna app apa ??
    Sbb tiap kali saya nak share video tu kat org lain akan timbul arahan tiada app yg boleh sepot!!!!

    • Kalau ikut cara saya, saya play dulu video dari Telegram tu guna app “QuickPic”.. Lepas tu share ke Whatsapp guna fungsi share yang ada pada QuickPic..

      QuickPic ni apps gallery untuk tengok gambar dalam phone, dan boleh play video jugak..

  5. Ada lg satu….

    kak sumi dah try security nya juga…

    Bila kita dah install dlm 1 hp.. boleh install lg dlm hp lain… contoh mcm hp kene curi/hilang

    install dlm hp lain… pastu dpt notification menyatakan ada install di phone lain… boleh g kat bahagian setting ..dan tekan deactivate telegram yg lain (hp yg hilang/curi) …jadi telegram kat situ terus ilang…

    • Yup.. Salah satu fungsi yang menarik jugak tu.. Selamat sikit boleh buat macam tu bila phone hilang atau kena curi.. kan?

  6. boleh guna 2 nombor x anarm?
    whatsapp tak penah kena bayar pun anarm..gimit je tu..setiap kali update patch baru dia akan auto renew kalo dah nak expired.
    setakat ni aku rasa dah 3 kali nak expired tp x jugak expired. mesti tambah lagi setahun.

    • Guna 2 nombor macam tak dapat je.. Mungkin akan datang ada orang akan buat ‘OGTelegram’ pulak macam ‘OGWhatsApp’.. Haha..

      Aku pun rasa WhatsApp memang free. Gimik je tu suruh bayar.. Aku dah 4 kali dia extend tempoh akaun.. Tapi ada jugak sesetengah user yang bagitau dia kena bayar.. Taktau lah kenapa..

      • Kahkahkah..pastu kena sound mcm OGWhatsapp..

        tu sebab dorg tak update whatsapp..
        macam member aku..dia pun kata nak kena bayar..whatsapp dah expired..
        tapi bila dah update yang latest version dah boleh pakai balik..
        biasanya jadi pada yg disable auto-update play store..
        sape yg bayar tu nasib ler..

        • Ada jugak ek orang yang tak update apps dalam phone? huhu..

          Aku pun disable auto-update kat play store.. Nak jimat kuota internet, jimat bateri, etc.. Biasanya bila keluar notification bagitau app ada versi baru, baru aku tekan update.. Tak suka sangat dengan benda2 auto-update ni..

          • Whatsapp mane ade notification kate expired anarm. Paling kuat kene block. Tu pun kalo ade major changes pd whatsapp. Kalo x on notification mmg x berupdate la apps. Turn on update via wifi je. Jgn guna data plan.

  7. Whatsapp,wechat,line ke hape semua saya tak install pun.hehehhe..tak perlu lagi..buat masa ni la..lain masa akan datang tak tahu la..

    • WhatsApp, WeChat, Line, Telegram hape semua majoriti ramai guna sebab dapat jimat duit (credit).. Hantar mesej guna internet je.. Kalau nak hantar mesej guna cara biasa kan kena caj untuk setiap mesej (walaupun caj murah tapi sayang duit.. hehe)

  8. ada best nya tu… tapi aku kurang suka kalau ahli group sampai 200 orang… ada yang skip baca mesej dan mute je lah.. hehehee

    • Kalau ahli group sampai 200 orang memang aku leave group terus.. Haha.. Aku suka Telegram sebab dia laju.. Sekuriti pun agak meyakinkan..

    • Aku pun selesa guna WhatsApp.. Dah lama guna jadi dah terbiasa..

      Cuma risau jugak bila ada yang bagitau guna WhatsApp tak selamat sebab ada kelemahan dari segi sekuriti.. Terutama bila guna public WiFi.. Kalau guna data mobile ok sikit., Orang dapat baca mesej2 kita sebab text yang dihantar tu dia tak encrypt.. Kalau dapat kat orang tak bertanggungjawab, dia boleh baca sebijik2.. Kalau encrypt memang tak dapat baca kecuali orang tu pandai ‘pecah masuk’..

  9. Tidak syak lagi…memang Telegram best.
    Aku aktifkan di 4 device (2 hp, 1 ipad mini dan 1 laptop).
    Bila dapat mesej waktu anak guna hp masih boleh baca di ipad mini…kalau dengan wasap memang dah jadi pertengkaran mulut dah anak beranak ni…hehe

      • Assalamualaikum… saya nak tanya.. kenapa telegram saya tak dpat hntar mesej dekat kenalan baru… berapa kali saya uninstall tapi tetap sama juga.. apa masalah ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *