AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Aplikasi » Telegram Messenger Aplikasi Alternatif WhatsApp

Telegram Messenger Aplikasi Alternatif WhatsApp

01/09/2014 Anarm 50 Comments

Facebook Twitter WhatsApp

Baru-baru ni aku cuba guna aplikasi Telegram Messenger yang dikatakan sebagai aplikasi alternatif terbaik bagi WhatsApp Messenger.

Ada rakan-rakan beritahu aplikasi Telegram ni berkali-kali lebih bagus daripada WhatsApp. Sebab tu aku rasa nak cuba sendiri.

Telegram Messenger dah lama wujud dan aku nampak ramai juga dok promote sebelum ni. Cuma masa tu tak rasa nak cuba sebab tak berapa menarik minat sangat.

Sejak dua menjak ni cerita tentang Telegram muncul balik dan makin ramai pulak yang promote tentang Telegram ni di Facebook, Twitter dan di blog-blog.

Tertarik dengan review di blog-blog rakan blogger tentang Telegram, aku pun install di smartphone aku nak tengok betul ke tidak seperti yang dikatakan.

Telegram Messenger aplikasi alternatif bagi WhatsApp Messenger

Pengalaman Guna Aplikasi Telegram Messenger

Selepas beberapa hari mencuba, pendapat aku, aplikasi Telegram memang lebih bagus daripada WhatsApp.

Apa yang aku baca di internet, ramai beritahu puas hati menggunakan Telegram Messenger berbanding WhatsApp yang dikatakan lemah dari segi sekuriti.

Terkejut juga aku bila ada yang beritahu sekuriti WhatsApp lemah. Lemah macam mana aku pun tak pasti.

Jom tengok kelebihan yang ada pada aplikasi Telegram Messenger.

Telegram Messenger VS WhatsApp Messenger

Telegram Messenger VS WhatsApp Messenger

  • SEKURITI & KESELAMATAN
    Telegram memberi jaminan keselamatan buat penggunanya, malah dengan berani menawarkan hadiah $200,000 kepada sesiapa yang berjaya menggodam Telegram.

    Menurut pakar teknologi, Data Encryption yang ada pada Telegram sangat bagus dan lebih baik berbanding WhatsApp.

  • PERCUMA & BEBAS IKLAN
    Telegram menyediakan perkhidmatannya secara percuma dan tanpa sebarang iklan. Berbanding WhatsApp yang hanya percuma untuk tahun pertama, tahun seterusnya dikenakan bayaran sebanyak $0.99 setahun.
     
  • LEBIH ‘SMOOTH‘ BERBANDING WHATSAPP
    Aplikasi Telegram lebih smooth dan cepat bila dibuka walaupun terdapat beribu-ribu mesej sama ada mesej personal mahupun daripada group.

    Segalanya lancar tanpa menyebabkan smartphone hang atau tersangkut-sangkut.
     

  • PERKONGSIAN FAIL PELBAGAI FORMAT
    Telegram boleh berkongsi fail-fail seperti gambar, video, jenis format fail seperti doc, zip, mp3 dan lain-lain dengan saiz sehingga 1GB, manakala WhatsApp hanya boleh berkongsi audio, video dan gambar bersaiz 16MB sahaja.
     
  • 200 PENGGUNA DALAM SATU GROUP
    Telegram mampu menampung sehingga 200 pengguna dalam satu group chat berbanding hanya 50 pengguna bagi servis yang sama yang disediakan oleh WhatsApp.
     
  • CLOUD-BASED
    Tidak seperti WhatsApp yang hanya boleh diakses pada satu peranti dalam satu masa, dengan Telegram pengguna juga boleh mengakses mesej melalui PC / Laptop menggunakan Telegram Desktop.
Aplikasi Telegram untuk desktop

Aplikasi Telegram untuk Desktop

Kelebihan Telegram Messenger berbanding WhatsApp Messenger

Menarik juga aplikasi Telegram Messenger. Sebelum ni nampak macam tak best je. Sekali bila dah cuba sendiri guna Telegram terus jatuh hati.

Siapa belum cuba lagi bolehlah download Telegram Messenger.

Download:
Telegram for Android
Telegram for iPhone & iPad
Telegram for WP

Facebook Twitter WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Google Play Store 4.0.25 Dengan Antaramuka Baru
  • Instwogram : Dua Akaun Instagram dalam Satu Phone (Android)

Kategori : Aplikasi Keyword : aplikasi alternatif whatsapp, aplikasi android, kelebihan telegram messenger, review telegram, sekuriti whatsapp, telegram cloud-based, telegram desktop, telegram messenger

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Astro Channel Percuma 29 Ogos hingga 1 September 2014
Next article:
Tutup Akaun Streamyx

50 Comments

  1. wek says

    02/08/2016 at 3:54 AM

    kenapa saya tak boleh masuk dalam channel ? sedangkan kawan saya pakai android boleh masuk.

    Reply
  2. Zul says

    03/02/2016 at 8:24 PM

    As-salam, sy nk tanya ckit… kenapa mesej dlm group telegram saya lambat masuk mesej? Bile sy buka telegram bru semua mesej masuk… t.kasih

    Reply
  3. ros says

    11/10/2015 at 2:25 PM

    Assalamualaikum… saya nak tanya kenapa telegram saya tak dapat hantar mesej pada kenalan baru.. berapa kali dah saya uninstall tetap sama juga.. apa masalah telegram saya ye.

    Reply
  4. aliya says

    14/06/2015 at 10:19 PM

    Slm….nak tanye…klu kita unistall telegram..pastu kita nak install balik….group sebelom nie akan ad balik x?….coz telegram sye xleh nk hntar gmbr…..sebelom nie ok jea….nk buat mcm mne ye?

    Reply
    • Anarm says

      16/06/2015 at 9:49 PM

      Kalau uninstall telegram lepas tu install balik.. group sebelum ni akan ada balik..

      Reply
  5. Khadijah says

    03/06/2015 at 3:00 PM

    nak tanya, waktu kat telegram saya salah, macam mana nak betulkan ye ?

    Reply
    • Anarm says

      09/06/2015 at 12:33 PM

      Waktu kat Telegram ikut setting waktu di handphone.. Kalau waktu salah, betulkan di setting handphone..

      Reply
  6. Scha says

    13/05/2015 at 10:33 AM

    assalam… mcm mana nak tutup no hp kita di telegram ye..? ada yg boleh bgth x…?

    Reply
    • Anarm says

      13/05/2015 at 11:31 AM

      Waalaikumussalam.. Tutup no hp di Telegram? No hp memang tak nampak kan kecuali orang tu ada save no hp kita dalam phone dia..

      Reply
  7. bain haron says

    21/04/2015 at 6:25 PM

    Macamana nak share video dlm telegram ke wasap……kena guna app apa ??
    Sbb tiap kali saya nak share video tu kat org lain akan timbul arahan tiada app yg boleh sepot!!!!

    Reply
    • Anarm says

      21/04/2015 at 7:01 PM

      Kalau ikut cara saya, saya play dulu video dari Telegram tu guna app “QuickPic”.. Lepas tu share ke Whatsapp guna fungsi share yang ada pada QuickPic..

      QuickPic ni apps gallery untuk tengok gambar dalam phone, dan boleh play video jugak..

      Reply
  8. Noriza Rahman says

    05/11/2014 at 11:08 AM

    Baru install dan guna dalam seminggu ni, memang menarik la

    Reply
    • Anarm says

      05/11/2014 at 11:49 AM

      Ha’ah.. Telegram ni fungsi dia sama je macam WhatsApp, tapi dengan kelebihan tersendiri..

      Reply
  9. Noriza Rahman says

    29/10/2014 at 4:09 PM

    Belum ada member yg guna telegram lagi, masing2 suka ke wassap

    Reply
  10. Bro Framestone says

    07/09/2014 at 9:19 PM

    Bila la facebook masseger nak semantap macam nie… buka dekat android gua terus hang he…23x

    Reply
  11. Hazman Fadzil says

    05/09/2014 at 4:16 PM

    Hurmmm…. bebudak grup skolah aku pun pakai telegram gak….. tapi kalau untuk grup gadis remaja gua pakai LINE atau KAKAO TALK… hiks

    Reply
  12. Raihanah Ahmad says

    05/09/2014 at 10:35 AM

    dah install tapi tak aktif guna pun. kena start la camni

    Reply
  13. aishah ahmad says

    04/09/2014 at 5:22 PM

    Pernah guna tp mcm x best.mgkn sbb dh biasa Sgt dgn what’s.nanti lah nk cuba sekali lagi

    Reply
  14. Ani Haryani says

    04/09/2014 at 11:15 AM

    Menarik info ni. tertarik nak cuba :)

    Reply
  15. ainun says

    04/09/2014 at 8:58 AM

    tak download lagi app ni. lagipun ramai kenalan guna whatsapp

    Reply
  16. sohoque says

    02/09/2014 at 10:59 PM

    Owh kena cuba gak ni

    Reply
  17. jaymiee says

    02/09/2014 at 10:28 PM

    ada download tapi masih ramai yg tak praktikkan lagi….

    Reply
  18. blogger lelaki says

    02/09/2014 at 7:15 PM

    aku install kejap je ari tu..sebab tak ramai kawan yg guna jadi aku buang balik je la

    Reply
  19. Sumijelly says

    02/09/2014 at 3:32 PM

    Ada lg satu….

    kak sumi dah try security nya juga…

    Bila kita dah install dlm 1 hp.. boleh install lg dlm hp lain… contoh mcm hp kene curi/hilang

    install dlm hp lain… pastu dpt notification menyatakan ada install di phone lain… boleh g kat bahagian setting ..dan tekan deactivate telegram yg lain (hp yg hilang/curi) …jadi telegram kat situ terus ilang…

    Reply
    • Anarm says

      03/09/2014 at 11:11 AM

      Yup.. Salah satu fungsi yang menarik jugak tu.. Selamat sikit boleh buat macam tu bila phone hilang atau kena curi.. kan?

      Reply
  20. hafiz hafizol says

    02/09/2014 at 10:35 AM

    Bila baca entry nie, terus gatai tangan pegi download Telegram. Lepas download terus ada member dalam contact tegur kat Telegram HAHAHA.

    Reply
  21. bistari says

    02/09/2014 at 8:38 AM

    boleh guna 2 nombor x anarm?
    whatsapp tak penah kena bayar pun anarm..gimit je tu..setiap kali update patch baru dia akan auto renew kalo dah nak expired.
    setakat ni aku rasa dah 3 kali nak expired tp x jugak expired. mesti tambah lagi setahun.

    Reply
    • Anarm says

      02/09/2014 at 10:22 AM

      Guna 2 nombor macam tak dapat je.. Mungkin akan datang ada orang akan buat ‘OGTelegram’ pulak macam ‘OGWhatsApp’.. Haha..

      Aku pun rasa WhatsApp memang free. Gimik je tu suruh bayar.. Aku dah 4 kali dia extend tempoh akaun.. Tapi ada jugak sesetengah user yang bagitau dia kena bayar.. Taktau lah kenapa..

      Reply
      • bistari says

        02/09/2014 at 10:50 AM

        Kahkahkah..pastu kena sound mcm OGWhatsapp..

        tu sebab dorg tak update whatsapp..
        macam member aku..dia pun kata nak kena bayar..whatsapp dah expired..
        tapi bila dah update yang latest version dah boleh pakai balik..
        biasanya jadi pada yg disable auto-update play store..
        sape yg bayar tu nasib ler..

        Reply
        • Anarm says

          03/09/2014 at 11:07 AM

          Ada jugak ek orang yang tak update apps dalam phone? huhu..

          Aku pun disable auto-update kat play store.. Nak jimat kuota internet, jimat bateri, etc.. Biasanya bila keluar notification bagitau app ada versi baru, baru aku tekan update.. Tak suka sangat dengan benda2 auto-update ni..

          Reply
          • bistari says

            03/09/2014 at 12:02 PM

            Whatsapp mane ade notification kate expired anarm. Paling kuat kene block. Tu pun kalo ade major changes pd whatsapp. Kalo x on notification mmg x berupdate la apps. Turn on update via wifi je. Jgn guna data plan.

            Reply
            • bistari says

              03/09/2014 at 12:04 PM

              Silap. Bukan expired. Xde notification update.

              Reply
              • Anarm says

                03/09/2014 at 2:39 PM

                Ada je notification keluar kat phone aku.. Baru kejap tadi dapat, suruh update WhatsApp..

                Reply
                • bistari says

                  03/09/2014 at 3:28 PM

                  Aik. Aku xde pun.
                  Maybe sbb on update play store kot. So whatsapp x terlalu lama.

                  Reply
  22. Mus says

    01/09/2014 at 9:56 PM

    baru tukar kepada telegram.. mmg best

    Reply
  23. nikkhazami says

    01/09/2014 at 9:46 PM

    Not bad telegram ni.. tapi ramai yg dah terbiasa guna Whatsapp.
    mungkin makan masa sikit kalau nak brpindah kpd Telegram.

    Reply
  24. diana says

    01/09/2014 at 8:30 PM

    Whatsapp,wechat,line ke hape semua saya tak install pun.hehehhe..tak perlu lagi..buat masa ni la..lain masa akan datang tak tahu la..

    Reply
    • Anarm says

      02/09/2014 at 10:19 AM

      WhatsApp, WeChat, Line, Telegram hape semua majoriti ramai guna sebab dapat jimat duit (credit).. Hantar mesej guna internet je.. Kalau nak hantar mesej guna cara biasa kan kena caj untuk setiap mesej (walaupun caj murah tapi sayang duit.. hehe)

      Reply
  25. zaid says

    01/09/2014 at 8:27 PM

    Nak cuba gak lah.. tq review..

    Reply
    • Anarm says

      02/09/2014 at 10:13 AM

      Sama2.. Selamat mencuba..

      Reply
  26. KiD says

    01/09/2014 at 7:27 PM

    ada best nya tu… tapi aku kurang suka kalau ahli group sampai 200 orang… ada yang skip baca mesej dan mute je lah.. hehehee

    Reply
    • Anarm says

      02/09/2014 at 10:13 AM

      Kalau ahli group sampai 200 orang memang aku leave group terus.. Haha.. Aku suka Telegram sebab dia laju.. Sekuriti pun agak meyakinkan..

      Reply
  27. wazy says

    01/09/2014 at 7:02 PM

    Boleh tahan jugak la Telegram ni…memang berbaloi-baloi

    Reply
  28. titan says

    01/09/2014 at 6:54 PM

    dah lama gak guna telegram nih.

    Reply
  29. reezluv says

    01/09/2014 at 6:47 PM

    aku masih selesa dengan Whatsapp..ada je install..:D

    Reply
    • Anarm says

      02/09/2014 at 10:12 AM

      Aku pun selesa guna WhatsApp.. Dah lama guna jadi dah terbiasa..

      Cuma risau jugak bila ada yang bagitau guna WhatsApp tak selamat sebab ada kelemahan dari segi sekuriti.. Terutama bila guna public WiFi.. Kalau guna data mobile ok sikit., Orang dapat baca mesej2 kita sebab text yang dihantar tu dia tak encrypt.. Kalau dapat kat orang tak bertanggungjawab, dia boleh baca sebijik2.. Kalau encrypt memang tak dapat baca kecuali orang tu pandai ‘pecah masuk’..

      Reply
  30. ejam says

    01/09/2014 at 6:39 PM

    Tidak syak lagi…memang Telegram best.
    Aku aktifkan di 4 device (2 hp, 1 ipad mini dan 1 laptop).
    Bila dapat mesej waktu anak guna hp masih boleh baca di ipad mini…kalau dengan wasap memang dah jadi pertengkaran mulut dah anak beranak ni…hehe

    Reply
    • Anarm says

      02/09/2014 at 10:05 AM

      Paling best Telegram ada versi desktop.. Sambil buat kerja, dapat mesej, boleh terus balas guna laptop je.. Terbaik!

      Reply
      • ros says

        11/10/2015 at 1:42 PM

        Assalamualaikum… saya nak tanya.. kenapa telegram saya tak dpat hntar mesej dekat kenalan baru… berapa kali saya uninstall tapi tetap sama juga.. apa masalah ye?

        Reply
  31. akubiomed says

    01/09/2014 at 6:22 PM

    Belum install lagi. Lagi lenguh jari hendak baca. :-)

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy