Teknologi Masa Hadapan

teknologi masa hadapan

Pernah tak korang fikir tentang teknologi masa hadapan?

Yang biasa kita dengar mesti orang nak kereta boleh terbang, barang-barang boleh ditransform masuk dalam kapsul (macam dalam cerita kartun Dragon Ball tu), komputer/phone canggih tahap giler gaban sampai tak payah sentuh pon dah boleh main internet, dan macam-macam lagi la yang ada dalam kepala otak orang zaman sekarang ni.

Tu semua keperluan yang diidam-idamkan oleh semua orang. Kan? Kan?

Konsep Teknologi Masa Hadapan

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Teknologi juga selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget yang menggunakan prinsip sains dan proses terkini.

Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua pula digunakan dalam bidang ekonomi, di mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki.

Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Takrifan teknologi yang digunapakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Teknologi Dalam Ideologi

Kerap kali, “baru” dianggap “lebih baik” dalam bidang teknologi atau kejuruteraan. Contohnya komputer baru lebih laju dari komputer lama, dan kereta baru lebih menjimatkan petrol dari kereta lama.

Pasti sebuah teknologi yang semakin berkembang akan menjadi lebih baik dan ia semestinya mesra alamtologi supaya pencemaran dan kegagalan manusia untuk menangani kerosakan dapat dikurang serta akhirnya dihindari.

Teknologi mesra alamtologi amat penting untuk kemajuan manusia.

Aku ada search kat Google tentang teknologi-teknologi canggih yang mungkin amat-amat diperlukan oleh semua orang, di mana Amzani Mokhtar telah menyenaraikan 10 produk teknologi yang dianggap penting dalam kehidupan seharian kita.

Paling best kalau teknologi akan datang tu sebijik macam dalam video kat bawah ni. Video ni kalau tak silap aku, tajuk dia “Microsoft’s Future Vision“. Memang smart sape yang buat video ni.

Agak-agak software apa ek dia guna untuk buat video ni?

Bila teknologi dah jadi canggih macam dalam video tu, korang rasa apa akan jadi dengan benda-benda atau gadget-gadget yang dah ketinggalan zaman?

Adakah akan jadi macam dalam gambar kat bawah ni?

teknologi antik

Dah macam dinasor je rupa. Hahaha..

PS: Beberapa potong ayat di atas dipetik dari laman Wikipedia.

60 Comments

  1. hmm..betul lah..aku pun ada keluarkan entry camni dulu…tp aku delete sebab ramai comment mengarut dan menginsafkan…hehe

    anyway, ntah smpi x tau la thn tu…

    Entry di blog aku (Microsoft Ramal Teknologi 2019)
    .-= Post terbaru Omar di blog beliau.. Microsoft Vision 2019 – Ramalan Microsoft =-.

    • @sickchild72: aku tunggu saat semua objek bleh masuk dlm kapsul (mcm dlm dragon ball jugak).. senang nk bawak bende2 besar g mane2..

      kalo doremon ade aku nk pinjam pintu yg bleh g mane2 tu.. bleh ikut suke je nk g mane.. bosan je, lepak perancis.. bosan pastu g lepak zimbabwe plak..hahaha :lol:

    • @cik_pengat: zaman flinstone dh ade ke gadget2 cmtu? flinstone bawak kete pn kene gerak pkai kaki.. baik berjalan je lg senang.. hahhaa :lol:

  2. smartlah teknologi tu.
    tapi mungkinkah manusia akan jd lebih gemuk..
    sebab semua dh jadi malas. yelah..teknologi makin canggih..
    maknanya semua benda jadi lebih mudah.
    ntah² jadi mcm manusia dlm filem Wall-E..nak jalan pun x reti hehe
    .-= Post terbaru Amirez di blog beliau.. Solution – Video Transition & Effect is Missing in Windows Movie Maker =-.

    • @dhiyafaris.com: sebab teknologi tu dah terlampau lama time zaman akan dtg nnt.. tu yg jadi bahan fosil mcm dinasor tu.. hahaha.. :lol:

  3. bro, cam mana nak taruk button kat tepi tu. i mean contact button.
    .-= Post terbaru mohdisa di blog beliau.. Penulisan Di Waktu Kecil =-.

  4. wah maju betul, mampukah nak buat paper blh touch2 jerk tu. siap leh scan2 lg. hurm
    .-= Post terbaru mohdisa di blog beliau.. Penulisan Di Waktu Kecil =-.

  5. boleh start kumpul duit dari sekarang tuk beli semua perkakas tu!
    .-= Post terbaru wanwma di blog beliau.. (Umum) Sup Tulang Yang Dah Di Makan =-.

  6. huk3.. tah sempat ke tak barang2 tu jadik antik.. entah sempat ke tgk zaman canggih manggih tu.. kui3 :whistle:

    • @yash: xtau la sayang oi.. kalo umur panjang, sempat la kot.. aku kalo dh tua nanti, dah pencen, aku nk ngadap komputer je ari2 update blog..

      HARI TUAKU..
      “hari ni saya mkn bubur.. anak saya buatkn.. gigi dah xde, xleh nk mkn bende2 keras..” :lol:

  7. Teknologi berkembang pesat.. Tak mampu aku nak ikutnya…
    .-= Post terbaru zool di blog beliau.. PTPTN telah dikemaskin =-.

    • @zool: aku pn x mampu nk ikut perkembangan teknologi.. laju sgt.. ari2 ade je teknologi baru keluar.. mahal2 plak tu.. haha

  8. hahaha.. klau mcm ni, baik aku simpan je laptop cam ayam aku ni bila dah tak pakai nanti.. boleh jdkan barang antik.. bila tua2 nanti, ada gak benda yg boleh ditgk-tgk. hahaha..
    .-= Post terbaru azizwan(dot)com di blog beliau.. Dr Asri dah ada Kelab Penyokong =-.

  9. Perh..cam best je pe yg dalam video tu..
    kalo la sempat zaman2 kita ni merasa teknologi ni.. :wassat:
    .-= Post terbaru bistari di blog beliau.. Perpisahan: Lelaki ke perempuan yang salah? =-.

  10. Loh? Disket versi zaman dinasaur? Wahahhaha.. Semat siot.. Khazanah IT dunia tuh.. :w00t:
    .-= Post terbaru KertaZ di blog beliau.. Namewee VS TNB Muar, Johor Versi Unrated! =-.

  11. ape la agaknye gadjet yg cucu cicit aku gune nanti ek? :wassat:
    .-= Post terbaru loq di blog beliau.. Terima Kasih Saffa Untuk Blogger Tee =-.

    • @loq: cucu cicit kite nnt lahir2 terus ngadap komputer kot.. blogging.. hahaha.. kite plk guna teknologi ape ek utk gantikan tongkat? org tua kena la jln pkai tongkat.. atau akan ade kerusi berenjin roket yg khas utk warga tua? huhuu :happy:

  12. mcm menakutkan pulak anarm..anyway, aku percaya, teknologi yang memang berkembang pesat adalah teknologi komputer.samada software mahupun hardware. :wub:

    • @Lady Nass: tu dah tentu.. zaman skrg kn ape2 benda pn sume kena pkai komputer dh.. kadang2 ade gak rasa ketinggalan zaman sbb x reti nk guna teknologi baru yg bercambah tiap2 ari..

  13. :w00t: :w00t: :w00t: :w00t:
    sgt teruja dengan teknologi!!!
    hebat2..
    mintak2 sempat laa aku nikmati semua teknologi tu..
    :wub: :face:
    .-= Post terbaru jaws di blog beliau.. Bagaimana nak off API di Twitter?! =-.

  14. :cheerful: :cheerful: ade ke ps one jadi macamtu nanti? hihihi.. lama tak baca blog ko update..

    • @luthtextile: ade la kot jd camtu nnt.. kehkeh.. aku baru update smlm.. tiba2 dtg idea lepas gayut dgn someone.. hahaha :whistle:

  15. mantap2…surat kabar pun leh wat cmtu..pergghh :shocked:
    .-= Post terbaru x-po di blog beliau.. AKU NAK JADI KANAK-KANAK BALIK =-.

    • @x-po: tau xpe.. tp aku pikir yg tu mcm over sgt plak.. hehe.. yg tanam sayur atas bangunan tu mungkin akan jd 1 ari nanti.. abih semua tanah dah pacak bangunan.. terpaksa la tanam sayur atas bumbung bangunan.. haha.. :lol:

  16. giler hebat..
    alaa.. sekarang pun cd dah dekat dekat nak jadi bahan antik.. tak lame dah tu.. :ninja:
    .-= Post terbaru katak di blog beliau.. aku =-.

  17. macam lawa pulak aku tgk batu2 tuuu.. ahahaha
    .-= Post terbaru paeh di blog beliau.. ramai orang suka =-.

    • @paeh, mcm tulah yang akan terjadi pada masa depan..mungkin benda tu semua kita boleh jumpa kat muzium jer nanti
      .-= Post terbaru Mus di blog beliau.. Kronologi Sepanjang Minggu Mengenai Sabah, Air & Alam Sekitar! =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *