Tayar kereta pecah antara perkara paling menakutkan dan mencemaskan ketika memandu di jalan raya. Baru-baru ni berlaku pada kereta aku sebab terlanggar sesuatu semasa dalam perjalanan nak hantar isteri pergi kerja.
Terlanggar objek apa aku pun tak pasti. Sampai pecah tayar depan!
Mungkin terlanggar objek tajam atau batu. Masa tu aku lalu dekat dengan kawasan tapak projek pembinaan. Memang banyak batu kat tepi tepi jalan.
Lepas terlanggar benda tu, tiba-tiba dengar bunyi pelik dan stereng susah nak kawal. Rasa berat semacam dan kereta bergerak ke arah tepi. Walaupun aku dah luruskan stereng tapi kereta tetap nak pergi ke tepi.
Terus aku lepas sikit pedal minyak, nyalakan lampu signal dan berhentikan kereta perlahan-lahan kat tepi jalan. Keluar dari kereta tengok tayar depan dah kempis, takde angin langsung!
Nasib baik aku bawa kereta perlahan je masa tu. Kalau bawa laju macam biasa tak tahulah apa akan jadi. Mungkin terbabas atau kereta terbalik kot..
Bila tayar dah pecah dan takde angin langsung, kena la tukar tayar ganti (tayar spare). Sepanjang 5 tahun bawa kereta tak pernah guna lagi tayar spare tu.
Aku belum ada pengalaman tukar tayar sebenarnya sebab ini baru kali pertama tayar kereta pecah. Tapi pernah tengok kawan tukar tayar kereta dia. Kat bengkel kereta pun pernah tengok.
Dari pengalaman tengok orang lain buat tu, aku cuba sendiri tukar tayar walaupun tak berapa pandai. Lagipun isteri dah lambat nak pergi kerja pagi tu.
Pengalaman Tukar Tayar Kereta Pecah
Sebelum mulakan aktiviti tukar tayar, matikan enjin dulu dan nyalakan lampu isyarat kecemasan. Kalau ada kon atau segitiga amaran tu boleh letak juga, takut ada kenderaan lain datang langgar dari belakang.
Lepas tu pergi ambil tayar spare, ‘jack’ dan spanar.
Rasa macam leceh sikit nak keluarkan tayar spare kereta Perodua Alza. Tempat simpan tayar tu terletak di bahagian belakang, bawah kereta.
Sebenarnya tak susah pun nak keluarkan tayar spare tu. Cuma aku je yang tak pandai. Tapi sekarang dah pandai dah. Haha.
Cara keluarkan tayar spare kereta Alza — Buka penutup ‘Spare Tire‘ dan longgarkan sedikit skru yang diguna untuk memegang ‘carrier‘ tempat simpan tayar. Kemudian hulur tangan bawah kereta dan tolak ke atas / naikkan pemegang ‘carrier‘ sampai terlepas daripada cangkuk.
Lepas tu bolehlah keluarkan tayar spare.
Bila dah berjaya keluarkan tayar tu, aku tekan-tekan dengan jari. Rasa macam lembik je. Maknanya tayar spare kurang angin! Alahai…
Tengok depan ada signboard stesen minyak Petron. Ingat nak bawa tayar spare pergi isi angin dulu kat stesen Petron tu tapi terasa jauh pulak nak jalan kaki. Aku pun pasang jela tayar spare tu. Kemudian baru pergi isi angin.
Cara Tukar Tayar Kereta
Bila dah siap sedia dengan tayar spare, spanar dan ‘jack’, bolehlah mulakan proses tukar tayar.
- Longgarkan nat tayar menggunakan spanar. Tak perlu buka habis, cuma longgarkan saja.
- Letak ‘jack’ di bahagian bawah kereta dekat dengan tayar yang nak ditukar. Pastikan ‘jack’ berada di bahagian ‘tulang’ kereta.
- Pusing pemutar ‘jack’ ikut arah jam sampai bahagian tayar kereta terangkat.
- Buka semua skru tayar yang dah dilonggarkan tadi.
- Cabut atau tarik keluar tayar yang pecah / pancit / rosak.
- Sebagai langkah keselamatan, tayar yang dah dicabut tu letakkan di bawah kereta, takut kereta terjatuh sebab ‘jack’ tak stabil atau tertendang.
- Masukkan tayar spare dan pasang balik semua nat tayar. Ketatkan sikit-sikit dulu.
- Turunkan ‘jack’ sampai tayar yang dah diganti tu cecah ke permukaan jalan.
- Ketatkan nat tayar sampai habis. Nak pastikan betul-betul ketat, naik sebelah kaki atas pemegang spanar dan henyak 2-3 kali.
- Simpan spanar, ‘jack’ dan tayar yang dah pecah / pancit tadi.
Dah siap pasang tayar spare, bolehlah sambung perjalanan. Aku bawa kereta perlahan-lahan ke stesen minyak dulu untuk isi angin tayar. Lepas tu terus hantar isteri pergi kerja dan cari kedai tayar.
Tayar spare guna untuk sementara sahaja. Tak boleh guna untuk jalan jauh-jauh. Bawa laju pun tak boleh. Jadi, kena segera tukar tayar baru sebelum berlaku apa-apa.
Nasib baik ada duit beli tayar baru.
Pakai kereta memang banyak guna duit. Kena sediakan duit belanja khas untuk kereta. Duit untuk servis, bayar pinjaman beli kereta, insurans, cukai jalan, duit isi minyak yang naik harga setiap minggu, duit kecemasan (bateri kong, minyak habis, kereta rosak, tayar pecah, kemalangan, dan lain-lain).
Dari kejadian tayar kereta pecah ni sekarang aku dah ada pengalaman baru. Dapat belajar cara buka tayar kereta. Hehe. Lepas ni kalau jadi lagi senang sikit sebab dah tahu cara tukar tayar kereta.
Harap-harap tak jadi dah…
Sebelum ni biasa tengok je orang lain buka tayar. Bila kena buat sendiri baru tahu susah juga nak ‘jack’ kereta sampai terangkat tayar, lepas tu buka tayar dan pasang semula tayar. Apa-apa pun, kena utamakan keselamatan semasa proses tukar tayar tu.
Pengajaran yang aku dapat bila tayar kereta pecah semasa memandu:
- Jangan pandu kereta laju-laju sangat
- Sentiasa periksa angin tayar spare kereta
- Tahu cara guna peralatan untuk buka tayar kereta
- Mesti belajar cara tukar tayar kereta
- Sentiasa berhati-hati, ingat orang tersayang
Tayar kereta kita yang bergolek setiap hari tu pastikan juga check ada angin ke tidak. Jangan biarkan tayar kurang angin atau terlebih tekanan angin. Takut nanti tayar merekah dan meletup pula. Bahaya tu!
Tekanan tayar yang tepat sangat penting bagi keselamatan, kelancaran dan ketahanan tayar kereta kita. Termasuk keselamatan diri kita.
Hati-hati memandu di jalan raya.
Penting untuk sediakan tayar spare yang cukup angin kan
Untuk keadaan seperti ini
Uish den kalau tayar pecah memang tak reti nak tukar sendiri huhu
allhamdulilah tuan.mujur tak ada yang berlaku ketika itu.nasib baik tuan boleh lagi kawal kereta tu dengan baik,sekarang banyak juga kes kemalangan yang disebabkan tayar pecah ni.berhati-hati selalu ye.semoga dilindungi oleh allah swt selalu.
Tayar kereta pecah ya tuan
Takutnya
Mujur bawa kereta tak laju
Banyak kemalangan terjadi sebab tayar pecah
Memang kena hati hati
Tuan ada cek tarikh luput tayar tu ?
Kadang kadang ada kedai jual tayar expired
Alhamdulillah tak jadi apa apa pada tuan sebab bahaya tu tayar pecah
terutama kalau bawa laju
Belum pernah mengalami kes tayar pecah tetapi pernah terkena tayar bocor sebab nut angin bocor.
Hadir tak tengok cara buka tayar Alza. Betul ke idak rupe macam tu esok kena pergi tengok. Terima kasih atas perkongsian