Tawaran Untuk Beli Blog

Pagi tadi satu email dengan subjek “Have you thought about selling your website?” masuk dalam inbox Gmail aku. Ingat nak terus delete je email tu sebab fikir mungkin email spam yang terlepas masuk inbox. Tapi rasa macam nak baca pulak.

Bila aku buka email tu dan baca, jadi tertanya-tanya “Betul ke ni?“. Aku pun ulang baca lagi beberapa kali. Nampak macam betul je. Macam tak betul je. Macam betul je.

jual beli blog dan website

Email tu dihantar oleh seorang bernama Andrew Deihl. Katanya dia seorang broker laman web Latonas.comLatona’s Website Brokerage. Dia beritahu lagi dalam email tu ada beberapa pembeli laman web aktif yang berminat dengan blog aku.

Aku cuba google dan terjumpa beberapa sumber yang menyatakan Latonas.com tu merupakan “Most known company in the domaining world” dan ada juga yang cakap ianya scammer besar. Ada masa nanti nak google lagi dengan lebih mendalam.

Sambil-sambil tu boleh try balas dulu email dia tanya berape harga diorang sanggup tawarkan untuk beli blog aku. Tak pun aku terus letak harga $1,000,000 tengok apa respon dia. Hehe.

37 Comments

  1. saya pon ada banyak terima email macam ni…
    saya pernah jual satu site dulu..
    dapat 200$ tapi kerja memang susah gak la..
    nak cari buyer pon bukan senang.. dah tu tros x buat..

  2. Wah.. keren ni ada yang berniat beli blog mas bro
    sekarang gimana dengan kelanjutannya mas bro ?? apa mereka menerima tawarannya ??
    jangan lupa share juga ya info selanjutnya

  3. selalu juga dapat emel camni. suami kata abaikan je… dorang tu tipu je… huhu… memang mahal harga blog ni… BLOG ni smart dan hebat. O ya, Jomniaga dah bertukar kepada ashadee tau

    • Tengok pada email yang orang tu hantar takde apa2 mencurigakan yang boleh jadi kecurian data.. Memang sentiasa hati2 bila dapat email macam tu..

  4. Kalau setuju dgn harga 1 juta, siapa yg tak nak kan..tapi kena selidik betul2 ni mana tau scammer semata-mata je..

  5. kalau 1 juta usd, dah tak payah buat blog dah anarm. melabur kat mana2 yang patut. lepas tu goyang kaki je. hehe. tapi, kalau dah ada 1 juta mesti nak 2 juta kan?

      • Pernah ada orang offer blog ambo, tapi dia nak domain name je, tak nak website. haha kan pelik tu. btw, ambo jual je la sebab web pun tak femes. kebetulan domain pun beli yang domain xpired di expireddomains.net tu. untungg…untunggg.. modal 40 hengget jep :)

  6. tanya la one of reason dia nak beli tu. Kalau org luar, rasanya dia minat sebab domain ko kot, bukan content..sebab kalau blog ni dia minat,mcam tipu je.

    sebab apa sebabnya?biasanya buyer akan tengok monetization blog tu lebih profit kepada mana..biasanya advertiser luar minat dengan income clickbank atau affiliate..lebih kepada domain kot..:D

  7. sayang ooo nak jual blog personal yang dah lama dengan kita, nak buat baru bukan senang bagi aku, tetapi kalau harga dlm USD dan mahal leh jer jual, hehehee

    • Kalau harga dalam USD dan mahal memang boleh jual laa. Haha.

      Nak mula dengan blog baru takde masalah rasanya. Kalau satu blog tu kita boleh naikkan sampai tahap sekarang, tak mustahil kita boleh buat lagi sekali sebab dah tau cara..

Leave a Reply