Lepas hantar isteri pergi kerja aku singgah kedai ‘Tujuh Sebelas’ (7E) nak beli air dengan jajan. Depan kedai ada seorang pengemis (peminta sedekah) lelaki sedang duduk bersandar di cermin kedai tu. Keadaan diri dia nampak sangat selekeh dan serabai dengan kaki berbalut dan bertongkat. Aku tengok ada kesan darah pada balutan kaki dia.
Masa aku jalan depan lelaki tu, dia tegur aku dan bagi salam dengan suara perlahan – “Assalamualaikum” sambil menadah kedua-dua tangan gaya minta duit. Aku pun jawab “Waalaikumussalam” sambil berjalan terus masuk dalam kedai 7E.
Lepas beli barang aku keluar dari kedai 7E nak pergi ke kereta, lelaki tu tegur aku lagi dia cakap “Dua ringgit pun takpe. Dua ringgit je“. Tiba-tiba rasa kesian pulak bila tengok keadaan lelaki tu. Aku pun berhenti betul-betul depan dia.
Sebelah kedai 7E ada restoren cina. Seorang depan restoren tu tiba-tiba datang dan tanya lelaki tu, “Mau makan ka?“. Lelaki tu geleng kepala dan cakap, “Takpa, takpa. Terima kasih ya“. Bila aku dengar lelaki tu jawab macam tu, aku fikir dia lebih perlukan duit nampaknya.
Aku keluarkan beg duit belek-belek cari duit RM2 tapi takde pulak, cuma ada duit besar. Aku pun hulur sekeping duit yang ada bagi pada lelaki tu. Rezeki dia. Lelaki tu berkali-kali ucap terima kasih. Aku tengok mata dia dah mengalir keluar air mata. Terus aku pun rasa sebak.
Dalam kereta aku terfikir pasal lelaki pengemis tu. Adakah dia betul-betul perlukan duit sampai meminta sedekah? Atau mungkin juga dia menipu? Maklum sajalah zaman sekarang ni memang ramai yang buat duit mudah menipu orang ramai dengan meminta sedekah. Kalaulah dia menipu orang ramai dengan cara macam tu, tak tahu macam mana nasib dia kelak. Harap-harap dia tak menipu.
Oleh sebab taknak susahkan hati, aku bersangka baik je. Kalau kena tipu sekalipun tak perlu rasa sakit hati. Dalam bab bersedekah dan menderma ni amalan kita dinilai berdasarkan niat dan cara. Kalau kita niat sedekah kerana Allah dan cara pun bertepatan dengan syarak, maka ianya tetap berpahala walaupun penerimanya menipu. Orang yang menipu tu biarlah urusan dia dengan Allah SWT.
Kadang-kadang tangisan cuma satu lakonan. Macam drama dalam TV.
memang banyak pengemis yang hanya memanfaatkan rasa iba seseorang, padahal keadaan dirinya sangatlah mampu untuk bekerja.
nak nangis..nak nangiss..
Aku pun pernah berada di dalam situasi ni,sambil bagi duit aku ajak pengemis tu makan dan minum sekali.Kita fikirkan yang positif je
Kalo kena tipu dapat la dua pahala. Pahala sedekah pahala kena tipu
Memang kasihan sesetengah golongan pengemis dan orang tua. Asalkan kita berbuat baik sudahlah, usah fikir sama ada mereka tipu kita ataupun tidak.
kalo kita ikhlas kita takkan pk semua sama ada bohong ataupun tidak. Kalau dia bohong, pembalasan ALLAH itu berat azamnya.
Memang takde fikir apa2 pun masa bagi. Cuma dah lama lepas bagi tu baru terfikir macam tu. Gangguan dari syaitan agaknya..
Disebabkan pengemis yang suka ambil kesempatan ni, abis orang yang susah lain pun jadi mangsa. Aku memang dah susah nak percaya dekat pengemis ni.
Aku tak nak komen lebih2,,, pernah terasa kesusahan bila tiada duit,,,
Aku pun pernah rasa susahnya bila takde duit. Sebab tu bila nampak peminta sedekah aku rasa kesian. Jadi teringat balik masa takde duit dulu.
Benar ni, urusan menipu atau tidak adalah urusan orang itu kalau kita adalah sedekahnya, sebisanya jika sudah mengeluarkan uang untuk bersedekah harus diiringi dengan rasa ikhlas, Insya Allah pahala kita akan dilipatgandakan :)
Memberi lebih mulia daripada yang menerima
takpe kalau dia tipu pun…kita dah bagi sedekah dgn ikhlas
Tidak semua orang bernasib baik. Semoga amalan baik dibalas dengan baik.
Aminn.. InsyaAllah amalan yang baik pasti akan dibalas dengan yang baik juga.
kadang-kadang saya pun ada terserempak dengan pengemis sebegini, ada yg boleh dilayan ada yang tidak sebab dah setiap hari ada di tempat yg sama dan minta duit @ rokok….terpulang tengok mood nak layan @ tak….
kadang2 kita rasa kesian..tapi kita dah banyak kali dengar pasal kes org tipu nak kutip derma…
Kes tipu kutip derma tu memang banyak sekarang ni. Kalau kita tahu orang tu menipu, tak payah la bagi derma/sedekah. Tapi kalau kita tak tahu dia menipu dan kita pun bagi sedekah, Ustaz Azhar Idrus cakap kita akan dapat 2 pahala – Pahala bersedekah dan Pahala kena tipu (teraniaya).
Doa orang teraniaya senang dimakbulkan. Kalau rasa teraniaya, berdoa je mohon pada Allah gantikan penipuan atau sebagainya tu dengan rezeki yang bertambah dan lebih baik untuk kita.
memang selalu duit dalam dompet kita bukan milik kita. ada yg kita sedekahkan di masjid, atau pada pengemis.
tapi jika kita ikhlas bersedekah,insyaAllah Allah akan tambah ganjaran untuk kita.
Betul tu. Ganjaran dari amalan sedekah tu memang ada. Dengan amalan sedekah juga kita boleh tambah reseki kita.
Tapi masih ramai yang taknak bersedekah sebab takut duit dia berkurang. Padahal Allah dah janji dengan sedekah rezeki kita akan bertambah, selain tu dapat pahala.
Pernah jumpa macam ni,aku bagi jer lah,kalau dia guna duit tu ke jalan yg salah,terpulang pada dia.Niat kita nak bersedekah.
Kalau dia guna duit tu ke jalan yang salah, yang tu urusan dia dengan Allah. Kita dah bagi sedekah tu tak boleh nak ambil balik.
mungkin dia sedang perlukan duit untuk anak di rumah.. apa2pun, kita memberi dengan ikhlas, insha Allah ada ganjaran dariNya…
InsyaAllah. Amalan yang baik pasti ada ganjarannya.