Tak Sakit Pun Cabut Gigi

Pagi tadi aku pergi klinik gigi untuk cabut gigi. Dah seminggu menderita sakit gigi sebab tampalan simen kat gigi tertanggal. Dah lama aku tampal gigi berlubang tu entah macam mana boleh tertanggal pula simen dia. Terus gigi rasa sakit sebab lubang kat gigi memang dah besar dan dalam.

doktor cabut gigi

Lepas whatsapp member ofis aku cakap masuk ofis lewat sikit, aku pun daftar dan tunggu giliran dipanggil masuk bilik untuk cabut gigi. Rasa berdebar-debar jugak la. Aku memang takut cabut gigi sebab pengalaman lepas dicucuk dengan jarum besar. Hampir sebulan gusi aku sakit dan bengkak.

Lebih kurang 15 minit jugak menunggu lepas tu terpampang nombor giliran aku “1014” di skrin giliran. Aku pun bangun berjalan masuk ke bilik no. 1 dan ternampak doktor wanita berkulit putih gebu. Hilang sikit rasa takut. Hehe.

Doktor wanita tu pun suruh aku duduk dan tanya rawatan macam mana yang aku nak. Aku cakap nak cabut gigi sambil tarik bibir tunjuk gigi yang nak dicabut.

Doktor wanita tu pun check setiap gigi aku sambil bercakap dengan pembantu dia yang sedang pegang buku rawatan gigi aku. Diorang cakap bahasa perubatan sepatah haram aku tak faham.

Tiba-tiba doktor tu tanya aku, “Encik perlukan MC ke hari ni?“. Aku jawab, “Takyah MC. Lagipun saya banyak kerja kat ofis“. Doktor tu angguk kepala dan terus capai jarum suntikan.

Rasa berdebar-debar balik dalam dada aku ni. Jarum! Benda paling aku tak suka. Tapi bila tengok jarum dia kecik halus je, kurang sikit rasa takut. Sejak bila dia tukar jarum kecik?

alat cabut gigi

Untuk tenangkan rasa berdebar-debar aku pandang je mata doktor tu masa dia tengah mengerjakan gigi aku. “Cantik pulak mata doktor ni“, kata aku dalam hati. Kah Kah Kah.

Kena 4 cucuk tadi lepas tu bibir aku rasa kebas dan tebal macam bibir Donald Duck. Kalau sebelum ni lepas kena cucuk ubat bius kena keluar kejap dari bilik rawatan tu sementara tunggu kebas kesan ubat bius. Tapi tadi dia terus goyang-goyang gigi aku lepas dah dibius. Cepat pulak kesan ubat bius sebab tak rasa sakit.

Tak sampai 5 minit gigi yang rosak berjaya dicabut. Alhamdulillah. Lepas ni takde dah sakit gigi. Lain kali nak datang lagi untuk cuci gigi pulak.

23 Comments

  1. Teringat pula bulan may tahun ni saya cabut gigi, memang tak sakit pun. Yang sakit tu lepas cabut gigi. Bukan sakit apa, sakit tak boleh makan dengan seleranya, mulut pun tak boleh buka besar-besar. Darah lagi mengalir terus. Tak boleh hisap rokok lagi, sebab doktor kata jangan bagi mulut benda yang panas-panas kan. huhu

  2. keh3..biasalaa bro ..nampak je sakit, dgn bau hospital/klinik yang tak berapa selesa tu..tapi tak sakit pun ..

  3. kalau tengok banyak alat dlm gambo tu memang buat kecut perut punyalah. macam gigit semut je kan. malam lepas habis bius jangan cakaplah…hu hu…

  4. kan aku dah cakap,tak sakit pun cabut gigi.aku dah 2 kali cabut dah.tapi apesal kau bius sampai 4 kali ek?mcm org nk beranak je.aku bius 2 kali je dah tak rase ape2 dah kat bibir tu. :happy:

    • @pakeri, mana aku tau.. aku rasa macam doktor tu cucuk 4 tempat.. lagipun aku tengok jari dia dok tekan 4 kali nak masukkan ubat bius dalam gusi..

      cabut gigi memang tak sakit.. tapi sekarang ni tengah sakit sebab bekas cabut gigi tu rasa berdenyut.. macam bengkak..

      • @Anarm, aku dulu bius dua kali je,lepas 3 4 jam cabut tu,ubat bius habis effect die,sakit gigi pun takde berlarutan.pelik tol kes kau ni

  5. teringat masa anak sulung saya pegi cabut gigi..sebelum nombornya dipanggil..dia gembira melompat2 mengira nombornya dipanggil.

    tetapi masa mula dibaringkan masa nak cabut gigi..satu klinik dengar dia menjerit n menangis. susah nak handle waktu tu. kelakar + kesian pun ada

    • @akubiomed, ha’ah.. memang tengah sakit berdenyut-denyut rasa kat bekas cabut gigi ni.. tadi terlupa nak minta ubat tahan sakit.. nasib baik tak sakit sangat, masih boleh tahan lagi sakit ni, cuma rasa tak best je sebab berdenyut-denyut..

  6. Rasa sakit cabut gigi adalah pertama kali ketika dokter gigi memberikan suntikan bius (anantesi lokal) pada gigi. Selepas itu waktu gigi dicabut tak akan sakit.
    Semoga giginya tetap sehat ke depannya sahabat

    • @fieznur, itu la pasal.. sebelum ni memang guna jarum besar.. sebab tu jadi takut dah nak pegi cabut gigi.. tapi pegi cabut pagi tadi kecik pulak jarum dia guna.. bila doktor tu cucuk tak rasa apa.. tau2 mulut dah kebas..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *