Tahniah Pemenang Contest Gadget Impian

Majlis “Sepetang Bersama Blogger” telah berlangsung dengan meriah sekali semalam. Ucapan terima kasih banyak-banyak daripada Team Denaihati kepada semua yang hadir ke majlis semalam dan terima kasih juga kerana telah bersama-sama menjayakan hasrat besar pemilik Denaihati.com iaitu Encik Amir Hassan.

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Seronok sangat bila dapat berkumpul ramai-ramai macam semalam. Tambahan pula semua yang hadir boleh dikatakan majoritinya adalah BLOGGER, termasuk juga 30 orang peserta Seminar WordPress anjuran Akademi Denaihati. Diucapkan selamat datang ke dunia Blogger Malaysia. Apa-apa permasalahan atau tak berapa faham tentang WordPress bolehlah tanya aku atau kakitangan Akademi Denaihati yang lain.

Dalam Majlis Sepetang Bersama Blogger semalam, pemilik Denaihati.com telah melancarkan theme wajah baru blog Denaihati yang 100% dibina sendiri oleh saudara Eizil.com khas untuk blog Denaihati.

Bro Eizil boleh tak buatkan theme untuk blog Anarm.Net ni pulak? Hehe..

Pemenang Contest Gadget Impian

Ramai yang menang hadiah best semalam, dan yang paling dinanti adalah pengumuman pemenang Contest Gadget Impian yang dianjurkan oleh Denaihati.com.

Senarai 5 orang pemenang Contest Gadget Impian:

  1. yanmieonline.com (iPhone 4S)
  2. puanbee.com (iPhone 4S)
  3. zulseffort.com (Samsung Galaxy Tab 10.1)
  4. normj1001.blogspot.com (Nikon D90)
  5. eiz1004.upprofits.com (Samsung Galaxy Note)

Tahniah juga kepada Teratakarmo.com kerana telah memenangi hadiah cabutan bertuah paling best iaitu 1KG Silver Bar tajaan Silver Asia Trade.

Blogger jumpa Denaihati

Terima kasih kepada semua penaja Majlis Sepetang Bersama Blogger seperti P1, Strawberry Park Resort, Rouge Communications, Little Scarf Collections, dan banyak lagi. Aku tak boleh nak ingat semua sebab banyak sangat penaja.

* * * * * * * * *

PS : Dapat jugak dengar Zarul Umbrella nyanyi live lagu ‘Sayang Bersebab’. Best!

26 Comments

  1. Salam tuan yang budiman

    maaf kerana mengganggu

    dengan rendah hati saya ingin menjemput tuan menyertai contest iPhone 5S yang dianjrukan di blog saya

    ini pertama kali saya menganjurkan contest besar begini dan sangat berharap penyertaan blogger hebat seperti tuan

    contest ini sempena bulan oktober ini tahun kelahiran anak saya yang pertama

    antara hadiah yang ditawarkan ialah iPhone 5S sebagai hadiah utama dan juga wang tunai untuk pemenang lain

    jemput join ya tuan

    http://superibu.com/2013/10/contest-iphone-5s-sempena-bulan-kelahiran-pertama-ibrahim

    terima kasih :)

    *tuan saya juga amat mengalu2kan cadangan untuk mencantikkan lagi contest ini

    moga tuan sudi bantu dan sudi join

    sekarang masih peringkat preliminary

    belum launch

    hanya promo

    jika tuan sudi join dan sudi memberi komen untuk saya improve lagi

    saya dahulukan dengan jutaan terima kasih

    hanya ALLAH dapat membalas jasa dan kebaikan tuan

    terima kasih

  2. Alhamdullilah Rezeki..Good Job bro & team denaihati…meh..meh..sampaikan cadang gua next round takde majlis lagi dah..cer buat Karnival Denaihati pulak mesti gempak..

    ** Bro nampak slimlah..hehe

  3. Salam,

    Best sangat event semalam, antara event yang paling best akak join, untungnya siapa yang dapat gadget impian tu kan, tahniah hehee :D

  4. Tahniah kepada pemenang2 semua semalam.
    memang meriah dan santai majlis yg dianjurkan oleh team DH.
    semoga akan lebih banyak lagi majlis menarik akan dianjurkan oleh team DH.

    Terima kasih juga atas layanan yang diberikan.
    dapat juga bersua muka dengan DH dan beberapa rakan blogger yang lain…seronok.

Leave a Reply