Sulam T-Shirt Sendiri di Rumah

Semalam adik ipar aku tolong sulam t-shirt yang aku beli di Tesco. Kerja-kerja sulam dibuat menggunakan mesin jahit sulam berkomputer yang bersaiz kecil.

Design untuk benda yang nak disulam atas t-shirt atau baju dibuat menggunakan software khas yang dah dipasang dalam komputer. Bila dah siap design, mesin jahit sulam akan ikut apa yang dah disetkan dalam software.

Aku minta sulam tulisan domainanarm.net” di bahagian belakang baju.

Sulam T-Shirt di Rumah

Rasa tertarik pula dengan mesin jahit sulam yang diguna. Dah la saiz kecil. Tengok adik ipar aku guna semalam nampak macam senang je dia buat.

Bisnes Sulam T-Shirt

Kalaulah ada sebuah mesin sulam macam ni kat rumah, boleh buat bisnes sulam t-shirt. Tapi harga sebuah mesin ni cecah ribuan ringgit juga kalau nak beli.

Tengok kerja menyulam baju ni teringat syarikat percetakan tempat aku bekerja dulu. Ada buat servis sulam t-shirt juga. Tapi guna mesin sulam besar.

Tak tahu berapa puluh atau ratus ribu harga mesin tu. Sekali jalan boleh sulam sampai berpuluh helai baju.

Sulaman T-Shirt DIY

Mesin sulam baju T-shirt bersaiz mini

Agak kemas dan rapi hasil sulaman “anarm.net” di bahagian belakang baju walaupun cuma guna mesin sulam bersaiz mini. Tempoh masa diambil untuk kerja-kerja sulam pun tak lama. Sekejap je boleh siap.

Tapi lama atau sekejap tu bergantung pada design juga. Kalau design tu banyak, proses sulam akan ambil masa lama sikit untuk disiapkan.

Wife aku pun ada buat sulam juga tulis nama blog dia kat baju.

Sulam T-shirt nama blog anarm.net

Baju bertulis “anarm.net” dah siap sulam. Lepas ni boleh pakai bila pergi ke mana-mana acara dan aktiviti. Pergi event blogger ke, lepak dengan member ke, atau sebagainya.

35 Comments

  1. mesin sulam ni walaupun mini mencecah harga ribu juga .. dah beli satu, boleh guna bertahun-tahun .. kira satu pelaburan jangka masa panjang jugalah..

    • Mesin sulam tu memang beli untuk sulam name tag.. Kakak ipar saya beli.. Dia kerja cikgu.. Beli mesin senang nak sulam name tag anak2 murid dia.. Kedai tak terima order name tag sikit.. Terpaksa la beli mesin sulam sendiri..

      • tu la… mencari gak nak sulam nama anak.. maklumla.. anak dah 3 org bersekolah…

        setakat order name tag sikit2 org tak nak…

        nak tunggu name tag dr sekolah… lama.. dalam bulan 2 kot baru dapat…huhuh

  2. best kalau ada mesin sulam baju nih….
    rasa 1 buah mesin jahit nih dlm rm4-5 ribu kalau tak silap…
    adik ipar Anarm beli mesin jahit tuh, berapa harga?

Leave a Reply