AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Sulam T-Shirt Sendiri di Rumah

Sulam T-Shirt Sendiri di Rumah

25/12/2013 Anarm 35 Comments

Facebook Twitter WhatsApp

Semalam adik ipar aku tolong sulam t-shirt yang aku beli di Tesco. Kerja-kerja sulam dibuat menggunakan mesin jahit sulam berkomputer yang bersaiz kecil.

Design untuk benda yang nak disulam atas t-shirt atau baju dibuat menggunakan software khas yang dah dipasang dalam komputer. Bila dah siap design, mesin jahit sulam akan ikut apa yang dah disetkan dalam software.

Aku minta sulam tulisan domain “anarm.net” di bahagian belakang baju.

Sulam T-Shirt di Rumah

Rasa tertarik pula dengan mesin jahit sulam yang diguna. Dah la saiz kecil. Tengok adik ipar aku guna semalam nampak macam senang je dia buat.

Bisnes Sulam T-Shirt

Kalaulah ada sebuah mesin sulam macam ni kat rumah, boleh buat bisnes sulam t-shirt. Tapi harga sebuah mesin ni cecah ribuan ringgit juga kalau nak beli.

Tengok kerja menyulam baju ni teringat syarikat percetakan tempat aku bekerja dulu. Ada buat servis sulam t-shirt juga. Tapi guna mesin sulam besar.

Tak tahu berapa puluh atau ratus ribu harga mesin tu. Sekali jalan boleh sulam sampai berpuluh helai baju.

Sulaman T-Shirt DIY

Mesin sulam baju T-shirt bersaiz mini

Agak kemas dan rapi hasil sulaman “anarm.net” di bahagian belakang baju walaupun cuma guna mesin sulam bersaiz mini. Tempoh masa diambil untuk kerja-kerja sulam pun tak lama. Sekejap je boleh siap.

Tapi lama atau sekejap tu bergantung pada design juga. Kalau design tu banyak, proses sulam akan ambil masa lama sikit untuk disiapkan.

Wife aku pun ada buat sulam juga tulis nama blog dia kat baju.

Sulam T-shirt nama blog anarm.net

Baju bertulis “anarm.net” dah siap sulam. Lepas ni boleh pakai bila pergi ke mana-mana acara dan aktiviti. Pergi event blogger ke, lepak dengan member ke, atau sebagainya.

Facebook Twitter WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Tukang Paip Tak Bertauliah Tukar Paip Sinki

Kategori : Santai Keyword : diy, sulam, t-shirt

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Blogger Sukarelawan Projek Iqra’
Next article:
Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014

35 Comments

  1. Rina says

    07/01/2014 at 7:30 AM

    Bagusnya ni T-Shirt di sulam seperti itu, hasilnya sepertinya lebih bagus dari pada menggunakan sablon ..

    Reply
  2. hazman aka species1980 says

    28/12/2013 at 11:32 AM

    Hurmmm…. lepas nie gua nak hantar baju t shirt untuk sulam yea…. branding tu

    Reply
  3. Kamil Salleh says

    27/12/2013 at 11:28 AM

    Cantik.. boleh beli satu ni untuk buat nama di baju anak-anak. Cute dan penuh kesenian.

    Reply
  4. Mus says

    26/12/2013 at 1:26 PM

    mesin singer ni kalau tak silap

    Reply
  5. zool says

    26/12/2013 at 9:20 AM

    memang nampak menarik tu..
    tu boleh buat bisnes tu..
    tak payah nak sulam sendiri

    Reply
  6. iAwani says

    26/12/2013 at 8:17 AM

    mesin sulam ni walaupun mini mencecah harga ribu juga .. dah beli satu, boleh guna bertahun-tahun .. kira satu pelaburan jangka masa panjang jugalah..

    Reply
    • Anarm says

      26/12/2013 at 11:14 AM

      Betul tu.. Kalau guna untuk jana pendapatan boleh jadi pelaburan jangka masa panjang yg sangat bagus..

      Reply
  7. akubiomed says

    26/12/2013 at 1:02 AM

    Canggih. Rakan sekerja ada mengusahakan sulam kepada t-shirt dan lain-lain.

    Reply
    • Anarm says

      26/12/2013 at 11:11 AM

      Oo yeke? Kalau ada nak buat sulam t-shirt boleh la order dengan rakan sekerja bro ek..

      Reply
  8. MK Kimi says

    25/12/2013 at 10:31 PM

    Menarik! Tp , harga mesin tu mahal sgt plak.

    Reply
  9. blogger lelaki says

    25/12/2013 at 4:11 PM

    berapa bro harga mesin sulam tu

    Reply
    • Anarm says

      25/12/2013 at 10:04 PM

      Semalam ada survey harga mesin ni kat internet.. Lebih kurang RM4,000 lebih..

      Reply
  10. Cikgu Hailmi says

    25/12/2013 at 3:29 PM

    Wah.. best! macam nak beli 1

    Reply
    • Anarm says

      25/12/2013 at 10:03 PM

      Beli 1 je? Belilah 2.. Bagi kat sini 1.. Hehe..

      Reply
  11. cikgu naman says

    25/12/2013 at 2:12 PM

    Fulamak..boleh buat part time bisnes ni..

    Reply
  12. Sobri Mansor says

    25/12/2013 at 1:37 PM

    Wah!!!!!! cantek jugak ni. Camne nak tempah nih

    Reply
  13. Sumijelly says

    25/12/2013 at 1:34 PM

    ni kalu ada 1 best ni…

    x yah la jahit name tag anak..sulam jer kat baju terus…

    Reply
    • Anarm says

      25/12/2013 at 10:01 PM

      Mesin sulam tu memang beli untuk sulam name tag.. Kakak ipar saya beli.. Dia kerja cikgu.. Beli mesin senang nak sulam name tag anak2 murid dia.. Kedai tak terima order name tag sikit.. Terpaksa la beli mesin sulam sendiri..

      Reply
      • Sumijelly says

        26/12/2013 at 8:14 AM

        tu la… mencari gak nak sulam nama anak.. maklumla.. anak dah 3 org bersekolah…

        setakat order name tag sikit2 org tak nak…

        nak tunggu name tag dr sekolah… lama.. dalam bulan 2 kot baru dapat…huhuh

        Reply
  14. Zuan says

    25/12/2013 at 1:07 PM

    smart bro! nak buat gak hehe :D

    Reply
  15. kakmahh says

    25/12/2013 at 12:59 PM

    Cantik warna baju T tu.

    Reply
  16. Shakiddo says

    25/12/2013 at 12:55 PM

    Nak sulam nama aku jugak… huhuu

    Reply
  17. Bahrain says

    25/12/2013 at 12:44 PM

    teringin pula nak ada nama blog sendiri kat blog.

    Reply
    • Bahrain says

      25/12/2013 at 12:44 PM

      typo: kat baju.

      Reply
  18. Sunshine Kelly says

    25/12/2013 at 12:12 PM

    Nak! buat satu untuk SunshineKelly.com hehehe

    Reply
  19. Fadhil says

    25/12/2013 at 12:00 PM

    Lepas ni boleh buat side income buat sulaman pulak. hehe

    Reply
  20. titan says

    25/12/2013 at 11:56 AM

    wahh..dah ada baju nama blog sendiri plakk..

    Reply
  21. Faizalpj says

    25/12/2013 at 11:52 AM

    Menarik
    Baju warna pink siot

    Reply
    • Anarm says

      25/12/2013 at 9:57 PM

      Pergi Tesco semalam tengok baju pink ni nampak cantik pulak. Terus beli.. Haha..

      Reply
  22. Akuro San says

    25/12/2013 at 11:23 AM

    best kalau ada mesin sulam baju nih….
    rasa 1 buah mesin jahit nih dlm rm4-5 ribu kalau tak silap…
    adik ipar Anarm beli mesin jahit tuh, berapa harga?

    Reply
    • Anarm says

      25/12/2013 at 9:56 PM

      Tak pasti pulak berapa dia beli.. Tapi kalau tengok harga kat internet lebih kurang RM4,000 lebih juga mesin ni..

      Reply
  23. Hafiz Rahim says

    25/12/2013 at 11:09 AM

    Kalau aku ada mesin ni..tiap2 baju aku sulam..haha

    Reply
    • Anarm says

      25/12/2013 at 9:55 PM

      Aku pun.. Haha.. Ada mesin macam ni kat rumah memang semua baju aku sulam nama blog..

      Reply
  24. Anuar says

    25/12/2013 at 11:07 AM

    Cantik sulaman tulisan Anarm.net ni… Bila bro nak bagi give away dekat pembaca blog setia sepeti saya?.. hehehe ;)

    Reply
    • Anarm says

      25/12/2013 at 9:53 PM

      Pernah jugak bercadang nak buat giveaway, tapi blom dilaksanakan lagi.. tahun depan kot boleh mula..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy