Streamyx Ditukar Kepada Unifi Lite, Harga Langganan RM69 Sebulan

TM (Telekom Malaysia) mengumumkan pelanggan Unifi Lite akan menikmati harga baru RM69 sebulan bermula September 2019.

Walaupun aku bukan pengguna Unifi Lite, tetapi tumpang gembira juga sebab mak dan abah aku di kampung guna pakej internet ni.

Aku ingatkan masih guna Streamyx, rupanya dah tukar ke Unifi Lite. Patut lah rasa laju je berbanding sebelum ni bila aku guna internet masa balik kampung.

Lepas ni boleh dapat lebih penjimatan dengan perubahan harga baru pakej Unifi Lite. Alhamdulillah..

Harga baru Unifi Lite RM69 sebulan

Streamyx Ditukar Kepada Unifi Lite

Berita baik juga untuk pengguna pelan internet Streamyx.

Sementara menunggu pihak TM dalam usaha mempertingkat dan memperluaskan lagi rangkaian mereka, semua pengguna Streamyx akan dipindahkan ke Unifi Lite secara automatik bermula 1 September dengan kelajuan internet sehingga 8Mbps.

Jadi, semua pelanggan Streamyx sedia ada akan dapat menikmati harga langganan hanya RM69 sebulan berbanding pakej sebelum ni.

Pengguna boleh lihat perubahan pada bil bermula September 2019.

Streamyx ditukar kepada Unifi Lite RM69 sebulan

Streamyx ditukar kepada Unifi Lite RM69 sebulan

Pihak TM menyatakan Unifi Lite bukan penyelesaian tetap, tetapi ianya cuma langkah sementara sebelum rangkaiannya ditingkatkan melalui penggunaan pelbagai teknologi termasuk fiber, wireless, dan GigaWire yang dijangka siap menjelang 2021.

Dengan pengumuman ini juga, tiada lagi Streamyx dan hanya satu pelan sahaja yang akan ditawarkan iaitu Unifi Lite.

Bagi pengguna yang baru mendaftar Unifi Lite, harga langganan adalah RM89 sebulan.

Unifi Air, Pelan Internet Tanpa Wayar RM79 Sebulan

Bagi pelanggan Streamyx yang berada di dalam kawasan liputan LTE, pihak TM akan menawarkan pakej Unifi Air iaitu pelan internet tanpa wayar dengan bayaran bulanan RM79 sahaja.

Pelanggan yang berada dalam kawasan LTE tersebut jika terpilih akan dihubungi oleh Pihak TM bagi menawarkan mereka pilihan untuk menaik taraf ke Unifi Air dan diberi tempoh percubaan selama 30 hari.

Maknanya, tak semua orang boleh melanggan pakej Unifi Air buat masa ni melainkan anda ditawarkan sendiri oleh pihak TM untuk bertukar daripada Streamyx.

Unifi Air RM79 sebulan

Modem Unifi Air RM79 unlimited internet

Unifi Air didatangkan dengan modem tanpa wayar yang sangat mudah. Cuma pasang dan guna. Ianya boleh menghubungkan sehingga 64 peranti dengan kelajuan purata 20Mbps. Tiada had kuota.

Macam menarik pulak aku tengok Unifi Air ni. Speed 20Mbps lebih laju daripada Unifi Lite 8Mbps tu. Tambah RM10 je.

Siapa pengguna Streamyx? Suka tak dengan tawaran daripada TM ni?

Sumber: FB Unifi | Unifi Fibre Broadband

3 Comments

  1. Saya adalah pengguna streamyx dgn 4Mbps bayaran bulanan 118.00.Pelan terbaru tersangat sukalah sebab bill bulanan turun.

Leave a Comment