Baru lepas baca entri tentang “Pepero tiada sijil halal” di blog Shakiddo tadi. Terkejut jugak. Rasa macam baru je aku makan coklat Pepero ni beberapa minggu lepas. Memang sedap.
Tapi tak tahu pula benda tu tiada sijil halal. Pihak JAKIM pun tak dapat sahkan status halal produk tersebut.
Pepero Coklat Dari Korea
Pepero ni produk coklat dari Korea yang dikeluarkan oleh syarikat Lotte Confectionery.
Ramai cakap Pepero mengandungi bahan yang meragukan. Ditambah dengan tiada status pengesahan halal dari mana-mana Badan Pensijilan Halal membuatkan status halalnya pun diragui.
Menurut JAKIM, produk Pepero tidak mempunyai pengesahan halal daripada Badan Islam negara tersebut ataupun dari Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf mahupun dari JAKIM.
Justeru, pihak JAKIM pun tak dapat mengesahkan status halal produk berkenaan.
Menurut Sahabat Halal pula melalui status mereka di Facebook, banyak soalan diajukan berkenaan status halal coklat Pepero dari Korea ni. Kesimpulan yang dapat mereka buat adalah:
- Didapati coklat Pepero ini tiada status halal dari mana-mana Badan Pensijilan Halal.
- Pada kandungan produk ini mengandungi beberapa ramuan yang diragui (syubhah) antaranya WHEY POWDER, GLYCERIN, SODIUM PHOSPHATE & SHORTENING.
- Apabila sesuatu produk mengandungi ramuan yang syubhah dan tiada pula status halal, maka wajar dielakkan produk sebegini.
Perkara syubhah ni sangat bahaya. Ada dijelaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara yang syubhah (yang masih samar-samar sama ada halal atau haram) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang.
Sesiapa yang menghindarkan diri daripada perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka (dibimbangi) ia akan terjatuh dalam perkara haram.
(Shahih Al-Bukhari, no. 52, 2051. Muslim, no. 1599)
Sebaik-baiknya kita elakkanlah daripada terlibat dengan benda-benda syubhah ni. Selagi coklat Pepero belum disahkan halal oleh Badan Pensijilan Halal yang diiktiraf, jangan mengada-ngada nak makan jugak (kalau dah tahu tiada pengesahan halal).
Sebagai umat Islam, perkara macam ni jangan dianggap remeh atau dibuat main-main.
Semoga hidup kita semua akan dirahmati dan diredhai Allah SWT.
UPDATE:
Atas pertanyaan orang ramai tentang status halal produk Pepero, pihak admin sebuah Facebook Page iaitu Halal Korea telah menghubungi syarikat Lotte Confectionery (pengeluar coklat Pepero) untuk dapatkan pencerahan mengenai isu halal Pepero ni.
Menurut pengeluar biskut coklat Pepero ni, kandungan dalam Pepero yang dieksport adalah menggunakan sumber tumbuhan dan bebas dari sumber haiwan yang diragui status halalnya.
nampak ya “Halal Korea” telah mengeluarkan berita terkini di laman facebook nya tentang status halal produk tersebut. Dan mereka mendapati bahawa produk tersebut halal. Kalau anda mahukan bukti sila buka lama fb mereka dan scroll trough nanti ada gambar yang di post oleh mereka.
aku rasa coklat ni sedap dan murah kalau kat langkawi. biasa jgk la makan… time belajar kat luar negara pon biasa makan jugak..kalau beli biasa mmg berkotak2 la. plu pon suka makan.
Nasib baik tak pernah masuk perut lagi coklat ni. Dah nak terbeli dah hari tu, cuma tak terbeli je. Sekarang confirm tak beli.
blom pernah mkn lagi pepero..ade satu lg biskut mcm pepero nie..x ingt nama die..famous jugak..x sure yg tu ade sijil halal ke x
Oh! Takde status Halal rupenyer
wah dah puas aku melantak ber kotak kat langkawi .
status penjualan di pusat beli belah langkawi .
kebanyakan produk LOTTE di pasaran malaysia memang tiada sijil halal .
cuba lihat produk syarikat lotte pasarkan bukan sahaja pepero ini .
jenama kat gula2 getah pon ” LOTTE” wahhhh
bantu aku nie
utk pengetahuan, kandungan yg anda katakan syubhah tu, whey powder=made from milk, glycerin=pemanis, sodium phosaphate=garam, shortening=fat. Tetapi shortening tu blh diragui sumbernya. Biasanya diambil dr sumber tumbuhan tetapi ada kemungkinan juga drpd sumber binatang kerana ada jenis yg diperbuat dr lemak babi.
Shortening dlm produk tu derived dr palm oil.. so tak de masalah.. mostly yg jd isu adalah emulsifier (lecithin selalunya dari soya but glycerin?)… tak dinyatakan sama ada vegetable or animal based. itu yg timbul keraguan..
Bukan menjadi tanggungjawab JAKIM untuk sahkan status HALAL produk tersebut kerana pensijilan halal JAKIM hanyalah bersifat “pilihan”.. jadi jika company itu sendri yg mahu memohon sijil halal JAKIM, mereka perlu melalui prosedur biasa seperti mana companies lain..
berkenaan isu syubhah ke tak? keraguaan itu boleh dihilangkan jika kita sendri direct contact company tersebut bertanya tentang kandungan produk tersebut (maybe boleh email). tak bermakna jika sesuatu produk makanan tak de sijil halal JAKIM, maka ianya tidak halal.. itu yg selalu dipraktis oleh masyarakat muslim luar negara, bertanya jika tak tahu dan ingin tahu.. wallahualam..
Aku tak pernah makan.. tapi depa kata sedap..
Hari tue mmbr opis p langkawi beli nie.. Tak sempat rasa.. Bini aku dah mkn semua…
nampaknya lepas nie kena hati2 laa..
Baru terasa nak beli tapi lepas baca entri nie terus batalkan niat tu
tak pernah try lagi coklat ni. sedap ke??
Bahan yg digunakan tu lebih kepada bahan dlm bt kek.. Mcm glycerin tu sejenis pemanis jaa..cuma xda sijil halal tu yg org kita ragu skit
Nasib belum pernah makan. Kena sebarkan ni !
tak pernah makan coklat ni.
Biasa ada dijual dekat mana Coklat ni? Saya tak pernah jumpa pun… Walaubagaimanapun terima kasih di atas perkongsian info…. Kalau terjumpa lepas ni memang confirm saya tak beli…
Coklat Pepero ni biasanya orang borong kat Langkawi.. Kat situ je kot ada jual.. Tempat2 lain tak pernah nampak lagi.. Siapa pergi bercuti kat Langkawi memang akan bawa balik banyak2 coklat ni.. Siap ada kawan2 kirim beli coklat ni kat sana..
thanks bro berkongsi..nampaknya, mulai saat ni..cokelat ni wajar kita jauhi kena sangat dgn saranan hadith yg bro tampalkan di atas…
thanks bro
aku xpenah makan pun..hoho..lain kali kalau jumpa..aku tak amek le jawabnya :D
Aku suka coklat Pepero ni.. Sedap.. Bila dah tahu macam ni, tak rasa nak makan dah.. Risau termakan benda haram je..
Terima kasih untuk info ni Anarm..Alhamdulillah, saya tak pernah lagi makan pepero ni..harap2 pihak Jakim dapat memperjelaskan lagi isu mengenai pepero ini dengan kadar segera..
Setuju.. Pihak JAKIM kena sahkan dengan segera status halal atau haram produk Pepero.. Ramai tak tahu tentang status produk ni.. Tapi ramai yang suka makan..
Tak tau pula ada jenama ni. dulu ada ada jajan macam ni juga tapi dah tak makan sebab meragukan. Bendanya lebih kurang sama macam ni cuma dah lupa apa brandnya.
Selain Pepero, jajan yang macam ni jugak jenama Rocky kot..
saya x pernah lagi makan coklat ni, tp bagus artikel ni sebab kalau jumpa kita elakkan dulu makan coklat ini sehingga ianya mendapat perakuan halal
Seeloknya macam tu lah.. Elakkan terlibat dengan benda2 yang syubhah.. Sebagai umat Islam memang kena ambil berat tentang perkara ni.. Isu halal haram tak boleh buat main-main.. Kecuali dalam keadaan darurat tu takpe laa kan.. Dah memang takde pilihan..
Tapi kat Malaysia ni masih ada banyak pilihan..
masing-masing kena lebih berhati hati lah selepas ini…
Semoga kita semua lebih berhati-hati dengan semua produk yang kita makan. Bukan sekadar coklat pepero ini sahaja.
Makan produk2 biasa jela lepas ni.. Kalau nak try produk baru kena check dulu status halal.. Risau jugak takut terlibat dengan benda-benda syubhah macam ni..
Tu aa kan bro, banyak lagi produk lain yang kita perlu hati-hati, terutama laici dalam tin. Kalau check kat pasaraya, ada satu jenama jer yang tak meragukan, yang lain memang sangat meragukan. huhuhu.
Yup.. Laici dalam tin pun dah lama tak beli lepas dengar cerita dia.. Tapi semalam boleh terlupa pulak, ter-order air laici masa lunch kat Giant.. Taktau laici tu dari dalam tin atau dari mana.. Erkkk..
nak laicikang jugak… huhuhuhu