SSL Percuma Menggunakan CloudFlare, Tukar “HTTP” kepada “HTTPS”

SSL atau Secure Socket Layer ni sering digunakan untuk tujuan penyulitan dalam menghantar data pada pelayan web dan internet. Dengan SSL kita boleh menukar link laman web atau blog kita dari HTTP kepada HTTPS.

HTTPS ni biasa kita boleh tengok tertera di URL sesebuah laman web seperti Google.com, Facebook.com, Dropbox, Maybank2U, CimbClicks, PayPal dan lain-lain.

Ini merupakan protokol keselamatan bagi menyediakan saluran yang selamat antara dua mesin yang beroperasi melalui internet atau rangkaian dalaman.

SSL percuma 'https' menggunakan CloudFlare

Protokol HTTPS Untuk Keselamatan, SEO dan SERP

Dengan menggunakan protokol HTTPS akan memberikan lebih keselamatan bagi para pengunjung sesebuah laman web atau blog.

Oleh sebab tu pihak Google memasukkan HTTPS sebagai salah satu faktor ranking di search engine (SERP). Dengan menggunakan protokol HTTPS akan meningkatkan nilai SEO blog kita.

Penggunaan HTTPS bagus untuk SEO dan SERP. Cuma aku kurang pasti sama ada ianya betul-betul memberi kesan baik pada SEO / SERP ataupun tidak.

Ada pendapat sesetengah pihak katanya Google baru saja umumkan benda HTTPS ni, jadi ianya belum betul-betul praktikal lagi.

Tapi tak salah kalau nak cuba. Aku pun dah cuba buat di beberapa blog milik aku.

Cara Setting SSL Percuma Menggunakan CloudFlare

SSL percuma dari CloudFlare hanya boleh digunakan di domain sendiri (domain berbayar) – termasuk pengguna Blogspot yang guna domain sendiri.

Siapa nak cuba guna HTTPS secara percuma, langkah-langkah yang perlu dibuat ialah :

  • Daftar akaun CloudFlare (akaun percuma).
  • “Add website” dan tukar setting Domain Name Server (DNS) menggunakan DNS yang diberi oleh CloudFlare.
  • Pergi ke bahagian setting website yang dah didaftarkan dan pilih “CloudFlare Setting”.
  • Aktifkan SSL dengan memilih “Flexible SSL”.
     
  • Aktifkan Flexible SSL di CloudFlare

    Page rules CloudFlare SSL percuma

  • Kemudian pilih setting “Page rules” pula untuk tetapan page yang nak gunakan HTTPS.
  • Pada bahagian “Add new rule” masukkan domainanda.com kemudian klik “Always use https”. Kalau nak semua link dalam blog guna HTTPS, masukkan domainanda.com/* di bahagian Add new rule, atau boleh juga setkan untuk link halaman yang spesifik.
     
  • Page rules SSL CloudFlare

  • Kemudian cuba masuk blog dan tengok address bar ada keluar HTTPS (icon mangga kunci) ataupun tak. Kalau takde, kena tunggu sekejap dan tengok balik sampai muncul benda tu.
     
  • Contoh penggunaan HTTPS di laman web
    Contoh penggunaan HTTPS di laman web

Selamat mencuba.

UPDATE: Bagi pengguna WordPress, sila pasang plugin “CloudFlare Flexible SSL” untuk membolehkan SSL percuma dari CloudFlare ni berfungsi dengan baik.

32 Comments

  1. kat mana nk tukar domain tu??? macam sy guna net.kl, maknanya sy kena masuk kt akaun net kl tukar ke cmne.. lepas tu.. sejauh mana cara ni selamat?

    • Ya, untuk domain dot com.. Pengguna blogspot pun boleh, tapi hanya untuk blogspot yang guna domain berbayar sahaja (.com / .net / .my dan lain2)..

  2. 1st time pakai https dulu masa buat aplikasi FB, sebab kena linkkan ke domain. Mulanya tak perlu https, tapi tak lama kemudian Facebook ubah term setiap aplikasi hendaklah guna platform domain HTTPS, kalau pakai juga http memang aplikasi tak akan keluar. Apalagi, kelam kabut cari cara nak tukar benda alah ni.

  3. Sebenarnya selepas setting semua tu, sila pasang plug in WordPress HTTPS (SSL) kedalam wordpress baru dapat diguna dia punya https ..tak caya cuba check kat blog saya

      • Kejap.pembetulan…,nama plug in tu CloudFlare Flexible SSL, kalau nak guna url biasa pun boleh,tapi untuk muka depan blog saya gunakan biasa saja..dan untuk log in wp-admin saya akan gunakan url ssl,nanti saya cuba buat tutorial

      • dah berapa jam baru muncul bro…,always https tu,bro..bila on kan memang tak boleh terus ke default website cgi sys,bro punya anarm.net ni pun bila bukak guna https pun begitu jugak..terus redirect ke deafault website cgi sys

        • Blog anarm.net ni kalau taip sendiri https tu memang pergi ke page cgi sys sebab blom buat https lagi.. huhu..

          Sepatutnya bila dah set always https tu kat Cloudflare, URL akan automatik keluar https walaupun kita taip http.. Add new rule tu jangan lupa isi domain.. Tak isi rule dia rasanya memang tak jadi..

  4. Bagus la tips ni..kalau boleh menaikkan ranking blog saya, nak juga l atry.terima kasih!

  5. Oooo…. baru tau yang google memandang https sesebuah blog untuk ranking… nak kena https kan la camnih…

    • Google baru umumkan tentang kaitan ranking dengan https.. Rasanya tak praktikal lagi.. Tapi blogger2 oversea nampak dah ramai yang tukar ke https.. Kalau nak cuba buat boleh je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *